Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Sunday, February 15, 2015

One year and 5 month. I’m an ahjumma.



Oh tajuk tu sebenarnya sebab kalau dibundar dan dibahagikan sama rata sebenarnya dah setahun lima bulan gitu jugak aku tak hadpet belog ni. Rasa macam samar-samar je masa depan belog ni (dan apa juga yang bakal aku tuliskan kat sini) baca: entah ada ke tidak orang yang nak baca apa aku tuliskan kat sini bahahh.



Ahjumma = married woman = Bunbun



Hahah. Yeah sebenarnya dalam masa setahun lima bulan ni aku dah pun selamat dikahwinlarikan kepada seorang insan yang aku cintai. Bahahahahaha.


Mesti reader (kalau ada lagi) yang tak follow kat facebook or twitter je yang tak tahu the fact that I’m married and taken forever from the population of available woman on the Earth – walaupun sebenarnya masa available dulu pun takde sape pun pernah consider aku jadi teman sehidup semati mereka (merujuk kepada fakta yang aku ni tak de lah cun macam awek-awek instagram yang encik suami duk follow sebelum kahwin itew)



Anyway, sebab aku mengilangkan diri setahun lima bulan bukanlah sebab aku nak kahwin. Perkahwinan tu hanyalah salah satu proses yang terjadi dalam tempoh masa tersebut.

sepasang manusia dua pasang kaki. logik 


Pada September tahun 2013 yang lalu. Aku ingat lagi. Masa tu aku baru je upgrade dari budak second year jadi budak third year. Kira macam masih budak lagi tapi ada tambah sedikit bongkak ketika itu. Macam ada pertambahan kuasa terjadi ala-ala gitu. Dan pada masa yang sama ada freshie freshie jugak yang baru masuk.


Nak dijadikan cerita, pada hari interaksi (hari di mana pelajar junior dan pelajar senior bergaul mesra – bukan bergaul bebas okeh) ada seorang makhluk ni, freshie, baru dua minggu bernafas di tanah jabatan geologi tu telah menegur aku.

“eh, akak ni bunbun kan”


Masa tu aku belum kahwin lagi. And sambil cover-cover cun aku pun tanya macam mana  dia kenal aku. Mungkinkah dia dah lama usha aku sejak aku baby lagi ke kan.


“sebab saya baca blog akaklaa. Akak kan ada post pasal geology universiti Malaya.”

Dengan kuciwanya saat itu aku telah di friendblogger-zonedkan oleh budak itu lalu aku pun bertekad untuk tidak menghapdet belog ini kerana takut beliau akan ketahuan yang aku telah patah hati pada hari tersebut. Budak tu sekarang dah selamat dah diupgrade kepada budak second year.


Oke over je kat atas tu. Sebenarnya aku tak ingat pun siapa yang cakap kat aku macam tu – tak ingat budaknya mana satu.  Tapi betullah tuh masa tuh aku sedar yang tahtah ada ramai je yang baca belog busuk aku ni so aku pun jadi malas malu nak update. Maintain low profile kononnya. Kah kah kah


Aku risau kalau ada potential secret admirer tapi tak jadi nak admirer lepas dia korek semua sejarah silam dalam belog ni hahaha. Almaklum belog ni dah wujud dari tahun 2009 – entah apobondo tah yang aku pernah merepek dalam ni.


Pada masa yang sama, aku pun agak sibuk jugak masa tu. Yelah, geology/applied geology kat UM tu Cuma tiga tahun setengah / 7 semester je. Makanya, aku yang dah third year masa tu dah start buat final year project (FYP)  atau thesis.


And lepas setahun lima bulan berlalu sebenarnya aku dah pun tamatkan semua keperluan yang UM nak untuk graduatekan aku. Walaupun setiap semester aku yang bayar beribu-ribu nak belajar kat situ, aku jugak yang kena lengkapkan 126 jam kredit tu dengan titik peluh aku sobs. Itulah mahalnya harga segulung ijazah. Tsk tsk.


So sekarang ni aku sebenarnya menganggur bercuti kat rumah. Dah sebulan dah bercuti. Ada member yang dah mula mencari duit sendiri. Tapi aku masih lagi mengkadak kan drama korea dan variety show yang orang lain dah tengok tapi aku baru nak tengok pasal aku kan dulu berpeluh bertitik titik mengejar segulung ijazah.



Bila aku dah bosan dengan rutin tu tetiba aku terfikir apa yang aku nak buat eh sampai bulan 9 nanti. Setelah aku bermain sep sep tom tom dengan encik suami 3 round, tetiba aku teringat blog ni.




So dah faham sekarang kenapa kau orang baca benda ni?

3 comments:

Anonymous said...

yah took long enough to update

Ezy Loy said...

fuhhh.. dh jd puan rupenye!
lame nye menghilang..
ihiks

Zida said...

hai. aku baca kot. haha

(ingat aku lagi tak? :P)