Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Wednesday, February 20, 2013

Tips-tips belajar versi cik bunbun weuuhuuuu =D


Sempena bermulanya semester baru ni, marilah kita mulakan dengan semangat dan azam belajar yang baru, okayh! Result sem lepas, dah keluar lama dah. Alhamdulillahlaa dengan apa yang ada walaupun takde lagi rezeki nak dapat 4 rata. hukhuk . maka, saya sebagai pelajar-bukan-empat-rata nak kongsikan beberapa tips untuk kau orang survive semester-semester mendatang ni. Hikhikhik *gedik*
                             


Antara tipse tipse yang bunbun nak kongsikan termasuklah;

  1.  Never Hate Your Teacher.


First thing first, janganla sekali-kali dalam hati ni terdetik yang kita benci lecturer sekian sekian, nauzubillah. Yang ni termasukla jangan mengumpat lecturer, jangan mengata lecturer ni dekat lecturer lain. Serious ni, se-tak best tak bestnya lecturer tu, simpan dalam hati sorang-sorang je. Seboleh-bolehnya bagi setiap lecturer tu, cari diorang punya good point. Good point ni boleh diguna untuk brainwash otak korang kalau tetiba rasa macam nak termengumpat diorang. Hahaha.



Tips ni saya dah amalkan sejak zaman sekolah. Logiknya, cikgu ni kan orang yang memberi kita ilmu, so kita kena jaga hubungan kita dengan dia. Kalau tak, tak berkat ilmu tu woaah. Kalau tak berkat, camne ilmu nak lekat. Kan kan kaaannn.



Kalau rasa nak luahkan perasaan jugak, cakap macam ni; 

“lecturer XX tu ajar best jugak kadang-kadang, dah lah tak pernah lambat (dan sambung ayat ni dengan good point beliau tadi), tapiiiii, tapi dia marking paper strict sangatlahhhh” *senyum*



2. Never Think Any Subjects Are Hard.

Dulu masa saya darjah dua, saya pernah cakap dekat mak yang saya taknak masuk darjah tiga sebab saya terbrainwash dengan budak gemok yang mengura-urakan bahawa darjah tiga punya subjek susah. Tapi bila saya dah masuk darjah tiga, saya rasa taklah susah mana pun.


So, sebenarnya takde benda yang senang kat dunia ni. Yang penting kita cuba buat yang terbaik yang kita boleh buat untuk sesuatu subjek tu. And kalau awal-awal kita dah rasa susah, so automatiknya otak akan rasa terbeban dan jiwa pun dah tak semangat dah nak carry subject tu. Hmmm. So hipnotislah diri sendiri; “saya boleh buat”, “senang je woaah subjek ni”

   
  


      3.  Belajar Untuk Diri Sendiri

Dulu masa zaman sekolah  asrama, musim-musim exam dolu-dolu saya pernah mengadu dengan mak yang paper ni susah sekian,sekian, tak tahulaaaahh nak jawab macam mana. Tapi jawapan mak yang buat saya sentap masa tu, “jangan tension-tension, belajarlah untuk diri sendiri”


Sebab masa tu saya fikir nak senangkan hati mak je. Tapi bila fikir-fikir balik, betul kata mak tu. Sebab  yang nak pandai tu kita, yang nak dapat result best pun kita. Kalau hidup nak senangkan hati orang lain, sampai bila-bila pun kita rasa beban. And bila kita belajar untuk diri sendiri, kita akan lebih menghargai ilmu tu, InshaAllah .




 4. Sentiasa  Ada Plan Belajar Untuk Setiap Subjek.

Setiap subjek kan berbeza, so setiap subjek perlukan perhatian yang berbeza. Contohnya, untuk faham sesuatu subjek ni, ada yang boleh dilakukan dengan hanya membaca dari banyak sumber. Tapi kalau bunbun, kalau nak lagi faham, and supaya senang nak recall balik apa yang kita belajar, bunbun sentiasa buat analisis untuk sesuatu topik and subtopik tu. Contohnya buat jadual compare and contrast, macam ni;



A
B
Persamaan

Ciri I


Ciri II





Subjek lain mungkin perlukan pendekatan yang lain. So kita kena kreatif okehh! “alahhh macam dah terlambat je sem 4 baru nak start benda ni. Takpe, dalam hidup ni, selagi kita masih hidup takde benda yang dah terlambat.




      4. Ambil Nota Dengan Efektif.


kalau masuk kelas tu, kalau boleh janganla menonong pandang lecturer macam nak makan orang je kan. At least ada pen dan kertas di tangan. And kalau nak buat nota tu, janganlah salin apa yang ada dalam slide tu. Kalau bunbun, selalunya bunbun akan tulis apa yang keluar dari mulut lecturer and benda yanag dia cakap tu takde dalam nota dia. kalau lecturer batuk, tulis jugak; lecturer batuk, uhuk uhuk. Haha, gurau.


Kalau lecturer tengah bagi description tentang satu-satu rajah (BACA: Diagram) pun tulis jugak apa dia cakap and tak payah nak susah-susah lukis balik rajah tu. Ingat yang rajah tu dah ada dalam slide. And kalau kita tak pasti dengan satu-satu point tu yang lecturer cakap, gantikan dengan tanda soal (?) ataupun tempat kosong _______. Nanti bila kita buat revision, kita boleh repair balik nota tu.


Contohnya:

           Knick points : where we have difference between _____(?)

So nanti, boleh google knick points tu and fill in the blank. Kekadang nak gelak jugak tengok nota sendiri dari atas sampai bawah penuh (?) (?) je. Nampak sangat tak fokus dalam kelas. Haha.




6. Seboleh-bolehnya jangan ponteng.


Dulu zaman sekolah rendah bolehla nak ponteng-ponteng. Dah masuk sekolah menengah, sekali tak datang, sampai sekarang saya tak faham macam mana nak buat soalan logarithm =,= (ß dasar lembab matematik). Kalau nak ponteng tu, pastikan hari tu lecturer cuma nak ajar benda yang tak penting. Haha. Macam mana kau orang nak pastikan tu fikirlah sendiri hokayyy~ karang dapat dosa ajar benda jahat pulak kuikuikui.






Setakat ni, ni je kut tips belajar versi bunbun. kalau nak tips belajar versi pelajar-4flat-setiap-semester sila cari orang lain hukhukhuk. Wishing you guys the best for the upcoming semesters, fighting! ^o^ ~ 



goodbye room with sunset view~


p/s : I've recently moved to room with sunrise view weuhuuuu :DD