Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Wednesday, June 20, 2012

Dua Puluh dan Satu Hari dan Masih Juga Begini.


ohyeaaahh saya sudah dua puluh tahun-tahun tua! (baca: imma already twenty years old)


infact saya sudah duapuluh dan satu hari. birthday saya semalam tapi tak sambut sangat pun. busy studying for the last payper. *konon* and terima kasih jugak kepada final exam. buat saya tak sempat nak countdown apa-apa. LOL <-- nampak sangat setiap tahun dia countdown birthday sendiri XD


Tudung tak boleh pakai lawa lagi kan. 

taking pictures macam ni remind me of one entry that I wrote two years ago hahaha. klik sini. (penulisan dulu memang tak matang sila jangan keji) rasa macam ehh dah dua puluh dah ye kau bunbun tapi kenapa tak matang-matang pun perangai hahaha. still the same inside out. yang berbeza tu cuma tang kelebaran diri ni je. yelah bila hormon dah tak membuat kita grow vertically, we begin to grow sideway pula. sobs.



"first time sambut birthday dua orang je", kata milla dengan sebak kepada bun.


sambut dua orang jelah gayanya. yang lain ramai dah balik sebab paper diorang habis awal. including my another two teddybear yang dah balik - syu and sya. tapi untung jugaklah ramai dah balik. takdelah kena baling tepung kuikui.



sambut dua orang pun, but still, I ate 4 type of secret recipe cake! grrrr, merencatkan pertumbuhan untuk kurus. okay perumbuhan untuk kurus. ayat bahasa melayu memang tunggang langgang sekarang.


lagi dua dah baham sebelum sempat snap.
gambar kotak pun boleh simpan nak buat kenangan. hihi

terima kasih buat yang datang sergah dekat bilik bawak my fav pecan and butterscotch sampai slipper sendiri kena rembat lepas tu balik bilik kaki ayam haha gurau-gurau. 
terima kasih jugak untuk yang belanja ais krim kit kat. weuhuuu. 
terima kasih jugak yang wish dekat facebook, sms and all and all. 
terima kasih jugak yang call and nyanyi lagu happy birthday sebaris je. sebaris bukan satu rangkap hokayy =..= 
terima kasih jugak yang wish belated belated and siap janji nak bagi hadiah lagi. saya mintak main-main je tadi tu lalalalalala. 
terima kasih jugak untuk yang wish dengan pau ayam secubit. secubit je haaaa! haha. 
dan terima kasih jugak yang bawak mango delight lepas tu bergosip huha huha sampai tak ingat dunia. mentang-mentang paper sudah habis. hahaha.


terima kasih sangat sangat sangat. it's the thought that matters kaaaaan. saya rasa saya puas betul makan. hahaha.



Alhamdulillah :)


pernah dengar tak orang kata,
kalau umur dua puluh yang pertama, dia hidup sebagai seorang yang baik.
insyaAllah, dua puluh tahun seterusnya pun begitu.
dan dua puluh seterusnya juga.


konon hidup sampai enam puluh padahal mati datang tak kira usia.
makin bertambah usia makin dekat dengan mati.
dan masa yang dah berlalu  tak mungkin dapat diulang kembali.
hmmm. dua puluh tahun ni, apa sajalah amal yang ada.
*tepuk dada tanya iman sendiri*


sempena menjejak dua puluh ni.
saya harap saya boleh kawen tahun depan. 
eh bukan. gurau.


saya harap;
saya akan terus berusaha untuk jadi manusia yang lebih baik
walau terjatuh sebanyak mana pun,
saya harap saya mampu bangkit,
pohon kembali kasih Tuhan.
kerana saya tidaklah sempurna.
masih banyak khilaf di sini sana
masih merasa turun dan naik imannya
masih juga kadang-kadang terleka
masih juga terbuai dek mimpi dunia
tapi masih jua mendamba Rahmat dariNya. 


inshaAllah! doakan hamba :)