Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Wednesday, May 23, 2012

Once you are good, it does not mean that you will always be good.




ahh kenapa idea mengupdate belog datang tiba-tiba bila diri sepatutnya belajar bersungguh-sungguh untuk final lagi dua minggu ni. belajar bersungguh-sungguh tu yang tak boleh belah tu hewhewhew.  Cakap pasal final ni, mulalah terbayang-bayang library yang berkepuk-kepuk dengan manusia –  nak cari plug to charge your laptop pun sampai tak jumpa. And cakap pasal final ni, mulalah terdengar suara-suara macam ni;

 “eh kau faham tak ni blablablabla” 
“err.. aku tak baca lagi part ni” 
“kau takpe bun,  pandaiii”  ahh fullstop.



Apa mereka ingat saya tak baca buku lepas tu tiba-tiba boleh jawab. Pergh pergh.  Kan Tuhan suruh usaha dulu kemudian tawakkal? Hmm, kalau Allah tak bagi rezeki dapat jawab pun tak boleh jawab jugak - Itu sudah masuk point lain. Tapi bukan pasal usaha dulu dan kemudian tawakal atau pasal rezeki boleh jawab tak boleh jawab yang saya nak ulas ni. Hmhm.




Hari ini cuba lihat pasal usaha dari sisi yang lain pulak. Because I noticed lately – one senior of mine, dulu kemain lagi gangster sekolah tu lah dia, yang ponteng perhimpunan tu lah dia, hari ni alamak aihh sejuk hati melihat (walau hanya melihat status facebook beliau di news feed je lah kan hahahaha) and there’s other senior jugak, dulu muka gangster, rambut pun ala-ala army sekarang ni rambut kemain lagi metroseksual hahaha. Okay. People change aite. Don’t laugh at people. Tak baik :p



Once you are good, it does not mean that you will always be good. And once someone is worse than you, it does not mean that he cannot be better.


Semester satu anda dapat senarai dekan, semester dua belum tentu lagi. Oopss.

Hari ni anda bertudung labuh, berjubah, menutup serba serbi, esok belum tentu lagi.

Hari ni anda ke masjid, belum tentu esok anda takkan terlibat dalam kes rompak, pecah rumah *nauzubillah*

Hari ni anda lihat dia lebih jahat dari anda, mungkin esok dia lebih dekat dengan Tuhan dari anda.




People change. Everything around you changes. Sebab kat dunia ni takde benda yang kekal selama-lamanya melainkan Tuhan yang satu. Hidayah Allah pun sama -  kalau takde usaha nak jaga, you will never expect yourself to be good sampai mati and at the end you can never be sure that you will get the husnulkhatimah – pengakhiran yang baik. Iman manusia apatah lagi – turun dan naik – bukan macam iman para malaikat yang sentiasa meningkat.  Hmm. Something to think about.




Once you are good, it does not mean that you will always be good. *ulang lagi dan lagi* But it does not also mean that you cannot AT LEAST, TRY, to be good.





Saya pun takut sebenarnya. Hari ni saya tulis macam ni di sini, tak mungkin juga kalau esok… (huhu tak sanggup nak habiskan ayat) saya juga masih mencari ikhlas dan redha. Masih berdoa agar dijauhkan riya’ dan bongkak. Nauzubillah – moga Allah jauhkan. Usaha tu yang penting. Usaha tu yang Allah lihat. Kalau hari ni kita baik, usaha untuk terus jadi baik. Jangan hari ni je baik, menangis bertaubat, tapi esok, takde usaha pun untuk kekal jadi baik.




Berdoa untuk dikekalkan hidayah. Itu pun satu usaha. hihi :)




And I was at the palace of golden horses last Sunday for the grand dinner. And petang tu, I went sightseeing around the place with my classmate whom also arriving early. Took some pictures. Macam biasalah kalau bunbun ni, bunga, bunga, bunga – takde benda lain dia nak capture hahaha. And he noticed me taking pictures of bunga yang dah layu. Ehem.



“kenapa amik gambar tu, dah layu. Ni kan lawa ni”, pointing to another flower 
“ahh oke fineeee” 


Hari ni belek-belek gambar, I still feel that the layu one looks better HAHAHA.


Yang buruk tu jangan selalu dibuang.
Tomorrow this will bloom again aite.
Once you are bad, you will not always be bad too. Hihi. Usaha to be a better manusia! 




And bunbun, please, kalau nak dapat result bagus sentiasa, tapi main-main je banyak, agak-agak boleh dapat lagi ke result bagus. Mana usaha tu mana? Grrrrrrrrr! *marah dengan diri sendiri hahahaha* oh ye, once you get senarai dekan and you have no usaha to maintain or get better than that, then you are just doomed. Ouchhh sakit jiwa memikirkan sob sob.





This Friday ada last test for the semester
Then after that, it will be the anticipated study week.
'Anticipated' like seriously? *buat muka* haha
And then the final ohyeaaahh. Wish me luck!
I’m so missing budak debab dekat rumah tu. Nak balik wuwuwuwuuu :(
*mode belajar macam kereta api. Sila doakan saya. Betul ni. Sila doakan saya*