Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Saturday, May 19, 2012

“kalau hidup nak dapat duit banyak, ambillah GEOLOGY. kalau hidup nak dapat ilmu banyak, ambillah GEOGRAPHY”



Ahh siapa pulak yang buat stetmen begini. Marah betul saya. Hahaha. Tercabar mungkin? Keluar api dah macam bezita dah ni. Grrrr! Eh kejap, bezita ke yang keluar api tu? Ehhhhhhhhhh.




Tiba-tiba saya teringat masa saya letak course geologi gunaan sebagai pilihan pertama dalam UPU dulu. Tidak tahu menahu pun pasal geologi ni. Benda apa ni. Belajar pasal apa? Tidak tahu langsung-langsung. Cuma terdetik tiba-tiba mahu ambil sebagai pilihan pertama.  Bila dibuka cerita dengan classmate, baru tahu yang rupanya kami semua ni ‘in the same boat’. Ambil geologi sebab tiba-tiba terdetik kat hati ni haaa – ada jodoh untuk jumpa dengan mereka lah ni hahaha :P



"kalau hidup nak dapat duit banyak, ambillah GEOLOGI. kalau hidup nak dapat ilmu banyak, ambillah GEOGRAFI"  


Masih marah ni, marah. Hahahaha. Bukan lah nak kata geologi ni lagi bagus dari geografi. Tapi nak kata geografi lagi bagus dari geologi pun bukanlah kenyataan yang benar. Lagi-lagi bila dibuat stetmen konon-konon macam geologi ni cumalah nak kejar kekayaan semata-mata. HAHAHA.




First thing first, tahu ke apa beza geologi dengan geografi ni?


Geology = we learn about the EARTH and the things INSIDE the earth
Geography = we learn about the things ON the earth.




Dua-dua belajar pasal bumi. Cuma geologi ni belajar pasal the bumi itself. Belajar pasal lapisan-lapisan bumi, belajar pasal how earthquake happens, what triggers tsunami, blablabla. Seronok. Seronok sangat. You learn the things that you didn’t learn in the secondary school – if you are in the sciences. And the best is, when you learn geology, you can relate with all other field of science.



Fossil – as if you are learning biology, but it’s actually geology
The composition of minerals – as if you are learning chemistry, but it’s actually geology
The P wave and S wave – as if you are learning physics, but it’s actually geology



Best tahu? Tahu tahu tahuuuuuuuuuuuuuuuuuuu? *marah gurau-gurau hahaha*




Kalau geografi, I didn’t know much la kan – sebab tak pernah pun ambil geografi sebagai minor. Memang tak boleh ambil pun. Budak geografi  boleh ambil minor geology tapi budak geology tak boleh ambil minor geografi. Haihhh kadang-kadang tak faham dengan sistem UM ni ==” yang saya tahu, it’s not the same thing. Geography is like science + social kot? Sebab saya buat searching sikit hari tu and tiba-tiba jumpa term ‘electoral geography’. (Electoral = ada kena mengena dengan pilihan raya dan yang sama waktu dengannya) ah sudah pening pulak dah.




Anyway, geology or geography?




Depends on that person balik. Memang betul pun kalau ambil geology ni memang mudah dapat kerja *inshaAllah* dan gaji pun mewah-mewah – tu pun kalau dapat kerja in oil and gas industry, kerja korek minyaklah nanti ye.  Haha. Tapi memang salahlah kalau kata yang belajar geology ni tak dapat banyak ilmu. Haihhaih, sampai hari ni belajar pasal geology ni, rasanya makin dibelajar makin banyak yang saya rasa saya masih tak tahu. And of course, this applied to all kind of knowledge in this world :)




dan dalam dunia ni takde benda pun yang senang. Agak-agak kalau semua benda pun senang, tak perlulah ada syurga dan neraka untuk diperhitung semua usaha kita dekat dunia ni. Dan ilmu, ilmu apa-apa pun sama. Selagi benda tu bermanfaat, itulah ilmu - Dan itulah yang mesti kita cari sampai hujung hayat *ingatan untuk diri sendiri*  geology or geography? Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Dan yang penting adalah macam mana kita gunakan ilmu itu untuk beri kebaikan pada diri sendiri – di akhirat nanti terutamanya. Hihi.  





In the second semester ni kena struggle untuk identify minerals under thin section pulak.
Berpinar-pinar mata melihat ke dalam mikroskop. But I’m loving this now *seriously*
Saya nampak hornblende, epidote dan serpentine di situ. Hihi. 






Tuhan, dari ilmu ini kami belajar menghargai ciptaan Mu,
Lalu pada itu kami lebih mengenali Mu – agung.
Demi kecintaan pada ilmu ni, maka permudahkanlah
Permudahkan kami untuk lebih memahami .

Amin-amin ya rabbal alamin.
Maka perkenankanlah wahai Tuhan seluruh alam :)




p/s: the statement, controversial status in FB. 
nak ulas panjang-panjang di sana tak boleh pulak.
tu yang buat marah gurau-gurau dekat blog.
harap mereka-mereka dah lebih faham sekarang. hihi.