Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Sunday, May 13, 2012

"ibu saya bukan seperti ibu orang lain"


kecik-kecik dulu
saya rasa saya tak pernah ada kenangan kena peluk cium dengan ibu.
mungkin ada. tapi lupa.
mungkin boleh saya katakan, jarang sekali.
apa lagi dah besar-besar ni.
kekok kalau mahu berpeluk cium.
senang cerita, memang tak ada.
tapi yang saya ingat masa saya kecik-kecik dulu,
mak cukup marah kalau saya tak pakai tudung.
seawal darjah satu saya diajar kewajipan menutup aurat.
terima kasih ibu.



masa sekolah rendah
pergi sekolah,
kawan-kawan lain dihantar dijemput oleh ibu,
saya? jarang sekali ibu yang hantar. apa lagi nak dijemput
saya faham - ibu kena tiba disekolahnya seawal pagi.
lepas sekolah,
kawan-kawan lain akan balik rumah jumpa dengan ibu
dapat makan masakan ibu.
ibu saya sibuk mendidik anak-anak orang lain.
saya hanya tinggal di rumah asuhan.
tapi yang saya ingat, 
lepas je pukul lima petang
mak mesti dah ada dekat rumah
bila malam dan saya tertidur diruang tamu berbantalkan lengan
ibu sorongkan bantal ke kepala saya.
pernah sekali, 
darjah tiga - saya menangis lepas terjaga pukul satu pagi.
kerja sekolah tak siap.
ibu temankan saya buat kerja sekolah sampai siap
terima kasih ibu.



masa sekolah menengah - tingkatan satu
kita baru je kehilangan ayah, kan ibu?
dua-dua anak ibu, ibu hantar sekolah agama berasrama
saya kesian dekat ibu sebab tinggal di rumah sorang-sorang.
pernah saya mintak kat ibu nak tukar sekolah.
sekolah di sekolah yang sama dengan ibu, kan senang nak jaga ibu.
tapi ibu berkeras nak saya sekolah kat situ.
hari ni, alhamdulillah asas agama saya cukup.
terima kasih ibu.



masa cuti sekolah,
ibu selalu sibuk.
sejak ayah dah takde, kita dah takde bercuti satu keluarga.
dah takde makan dekat luar.
tanda kertas ujian, daftar pelajar spm, kadang-kadang semua ibu yang uruskan.
cuti sekolah untuk ibu, macam bukan cuti je.
anak ibu ni, cuma tahu ajak ibu jalan-jalan je. hehe.
walaupun hidup kita tak mewah kan ibu, 
banyak benda yang keluarga lain buat dan kita tak buat,
Alhamdulillah
saya tahu ibu sedang ajar kami erti kesederhanaan.
siapa kata kita takde luangkan masa sama-sama.
paling kurang, kalau minta kasut dua pasang kat ibu pun boleh dapat. 
minta treadmill untuk dekan pun boleh dapat. hehe.
terima kasih ibu.



sekarang ni,
sejak ibu tukar sekolah lain,
makin kerap ibu takde dekat rumah
"pergi mana mak?"
"sekolah"
itu je jawapan ibu setiap kali.
kadang-kadang saya balik rumah hujung minggu, ibu jarang ada dekat rumah.
tapi saya balik juga.
masakkan untuk ibu sebelum ibu balik.
itulah yang paling kurang saya boleh buat untuk ibu.
saya tahu selama ni kami bergantung pada pendapatan ibu.
saya tahu ibu lakukan semua itu untuk kami
terima kasih ibu.


13 mei
selamat hari lahir, ibu dan guru, mak!
hehe :)



ingat nak letak gambar saya dengan ibu - tapi satu pun takde TT____TT
dah kata, kami memang tak buat benda yang keluarga lain buat
maka, gambar bunga yang ibu tanam dan jaga di halaman rumah pun boleh kan. hihi


plan hari ni, ingat nak beli kek sambut birthday and hari ibu sekali
tapi entah kenapa plan tu tak terkeluar dari mulut ni.
budak gemok tu bukan reti nak buat benda-benda macam ni.
harapkan adik dia je haishhhh.
mungkin sebab saya takut mak terkenang kenangan lalu kot.


M cukup bising bila dia tahu saya tak wish apape pun untuk mak
tapi saya, siapkan dinner, siapkan breakfast, siap tidur dengan mak lagi hahaha
kasih yang kadang-kadang tak terucap.


oh ye, saya panggil ibu saya 'mak' bukan ibu.
tapi saya nak anak saya nanti panggil saya ibu muahaha
Tuhan, beri saya kesempatan untuk menjadi seorang ibu yang baik
sama macam mak.
satu hari nanti, inshaAllah
:)