Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Thursday, May 17, 2012

Dua sudah. Dan ramai lagi yang bakal menyusul.



amboi mereka. tahun 2012 ni ramai betul yang sudah dan bakal mendirikan rumah tangga. mentang-mentang lah dah menjangkau umur dua puluhan. hihihi. *aura-aura cemburu jelas terpancar disitu ouchhh*




yeah kawan-kawan saya sorang-demi sorang melangkah ke alam perkahwinan. ada calon pun senyap senyap saja. tiba-tiba saja invite. yang lagi kejam kalau tiba-tiba tersebar gambar akad nikah. hewhew. takde earthquake takde tsunami. tiba-tiba je. P waves dan S waves pun tak sempat nak di'refracted' ah sudah kau masuk geology pula. bahahh.




ni lah ruginya kalau belajar di dalam negara. masih di bawah tanggungjawab mak ayah 100%. adalah jugak, mak ayah nampak kita depan mata mereka - masih boleh jaga kita. yang belajar di mesir di jordan di timur tengah itulah selalunya, ada yang dah bertunang laaahh, menunggu masanya lahhh. ahhh cemburunya saya. bukan cemburu sebab menyesal tak pergi belajar luar negara dan cemburu sebab senang-senang saja mereka dapat greenlight tapi cemburu sebab sistem mereka tu. (sistem = bertunang itu adalah normal dan mak ayah pun selalunya memberi kebenaran untuk bernikah walaupun belum tamat pengajian) *maaf stetmen ini mungkin seperti kurang matang, tapi inilah sejujurnya yang saya rasa ekeke*




dekat UM ni pun ada jugak macam tu sebenarnya.




selalunya pelajar-pelajar tahun akhir akademi pengajian Islam. di situlah anda akan lihat seorang yang berkopiah, tiba-tiba yang membonceng di belakang adalah seorang yang bertudung labuh. "ahhh sudah nikah" <--dengar tak bunyi-bunyi orang jeles yang sangat obvious di situ hahahaha.




dan orang yang sangat dekat dengan saya pun ada jugak bakal menyusul. dipinang oleh orang yang tidak memang tidak pernah berjumpa langsung-langsung. awhhh. dah tak lama lagi ni. saya pulak yang teruja lebih nak temankan pilih baju lalalalala. doa saja yang dapat saya berikan - moga Allah permudahkan segala urusan. awhhhh *masih mode teruja*





anyway, masa mereka memang sudah tiba. sudah tertulis buat mereka - dengan siapa, masa dan ketikanya.





bunbun?




lambat lagi kut hihihi. banyak lagi ruang untuk perbaiki diri sendiri. senang cerita, jangan menyimpan angan dululah. diri sendiri pun tak berapa nak betul lagi. kawen ni bukan nak bina rumah tangga semata mata je. tanggungjawab bina ummah tu yang penting. kalau diri sendiri tak betul macam mana nak didik keluarga. hmmm. something to ponder upon.




in other words, girls, sebelum nak berangan tiba-tiba ada orang masuk meminang, siapkanlah diri dengan ilmu-ilmu agama, ilmu-ilmu rumahtangga secukupnya. biarlah kita tidak cantik pun. tapi biarlah si dia yang pilih kita tu - pun memang bukan seorang yang melihat pada rupa semata-mata tapi memilih kita kerana agama yang ada. inshaAllah amin!



hihi. ulang lagi dan lagi.







Tuhan, saya mendamba jodoh terbaik - kisah cinta terbaik.
siapa pun orangnya, saya mahu terima dia kerana agamanya 




p/s: tahniah kepada bakal pengantin. love their idea of the wedding blog. 
agak-agak nanti nak tiru boleh tak. hihihi. lihat sini :)