Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Thursday, April 12, 2012

mari menggemukkan badan dengan selera kejepunan-yang-tak-berapa-jepun! [teknik berkesan gemukkan badan. sila percaya.]

inilah namanya entry basi tapi buat-buat macam tak basi. motif? nak inform kat semua readers macam mana nak gemukkan badan secara berkesan. ahakks. ini entry MAKAN yang banyak MAKANan, dan kesimpulannya lepas baca ni sila pergi MAKAN. hew hew.




anyway, time ni masa aku keluar dengan milla - beli baby baru teehee. lepas dapat baby baru tu haruslah rasa heksaited sampai semua benda dalam klcc tu rasa nak ngapngapngap je. 



the cliché mirror photograph. tiba-tiba aku ada lesung pipit kan. BAHAH.
maafkan light glare itu. kami ni amatur je. kamera je harap mahal, miau!



sejak bermenjak-menjak ni, memang selera makanan melayu makin berkurang. entahlah apa puncanya. sampaikan nampak makanan melayu je, geleng-geleng, tidak mahu. "baik saya masak sendiri, lebih sedap", kata saya di dalam hati. phuuuuuiiiihhhhh kau bunbun.



maka haruslah memenuhi kehendak selera kejepunan yang tak berapa nak jepun kan. pusing-pusing foodcourt KLCC tu, rasanya nampak satu kedai ni jek. kedai lain semua macam ghaib sebab selera tidak compatible. ecehh tidak compatible.


so we ate BENTO. bento = packed food, if I'm not mistaken.


raaaaawrrrrrrrrrr! oke kehabisan idea untuk caption.


bento yang kitorang makan ni, is like, RM20 per set. RM20 untuk set yang ada dua lauk. dua lauk. yeppp, sebab tamak kaaaaann. terliur bila abang cashier kata boleh pilih lauk dia. terliur bila abang cashier sebut IKAN SALMON. ye aaahhh, haruslah terliur dengar perkataan salmon. harga salmon di pasar mahu sampai 20hengget sekilogram di pasar raya.



so basically, nasi dia banyak, tembikai empat potong, lauk dua jenis, salad dia sedap gila nak mampus, dan tibatiba sesat kimchi dekat situ. ahh layan ahh kimchi pon kimchilaaaaahh.



motif? ahh berlatih tangkap gambar. kamera baru kononnya.


owh lupa nak include. miso soup dia sangat sedap. puas hati, esok datang nak makan lagi lalalalaamelaahh. *tibatibaterserunamamakcikmelah




"oucchh terharunya saya dapat makan bento" OKEBAI


sumpah kenyang gila makan bento itu okeh. tapi kenyang-kenyang pun, lepas tu singgah beli dessert pulak. dessert konon - padahal makan tembikai empat potong tak habis, miau~



chocolat world at LG floor. tipulah kalau tak pernah jumpa tempat ni. kalau pergi singgah surau mesti jumpa




pada waktu adrenaline over-gushed itulahh haruslah teringin nak makan macaron. oh no. sumpah lambat. orang lain dari tahun tahun tahun tahun tahun lepas dah cerita pasal macaron. (oke tipu, tahun lepas je macaron ni femes) but this is the first in this buchuk-blog. kesobkesobbsss.  baru mampu nak makan ini tahun. *nanges*





chocolate ball pun banyak tetapi tidak mahulaah, kerana dalam hati tadi ada niat nak makan benda lain juga. hew hew. nafsu makan mengalahkan bulan puasa ohkay!





selain tu, tester pun jangan dilupakan. ini tips ni. tips untuk gemuk. grab semua tester yang nampak depan mata bohohohohhhh. **gelak secara gemuk





lepastu haruslah singgah di Bisou Bake Shop pula - kat level 3 kalau tak silap. kononnya teringin nak merasa red velvet. aaaaaahhh yeeee aku tahu. lambat, lambat, booo bunbun lambat. booooo seribu kali booooo. selama ni kalau cik bedah update belog, "arinieww sayewww makan itueeww red velvet", cik joyah pulak update "oh begini rasa macaron rupanya" memang aku nanges tutup muka dengan bantal, terliur sorang-sorang.


red velvet and raspberry cheesecake

tapi lepas dah rasa itu red velvet kan, tibatiba,"oh-macam-ini-ke-rasanya. bolehlaaaa. tapi lepas ni takdela nak teringin dah". indah khabar dari rupa kan. hew heww.



Bisou Bake Shop ni, shop design dia memang cantiklah. tapi disebabkan kongsi meja dengan mat salleh kat sebelah haruslah bercamworm dengan sopan ye anak-anak. camworm. istilah camwhore tidak sesuai lagi di abad ini. camworm = camwhore + bookworm. faham-faham sendirilah.


inilah definisi camworm.
tidak peduli pun kewujudan eyebag mahupun double chin.



favourite camworm of the day

rasanya yang senyum kat belakang tu lagi manis dari yang warna-warni kat depan tu kan lalalalala.


at the end of the day, KACHHHHINGGGSSS. *Bunyi kalori masuk haruslah macam bunyi duit juga* sobsss. balik rumah lari atas treadmill puas-puas.



lepas ni tunggu entry selera kekoreaan pulak oke. weuhuuuubai!


8 comments:

[wani_mn] said...

macaroonsss!!!!!!!!!!!!!!!!

tak minat sangat makanan jepun selain sushi. hehe. tapi makanan korea superb sedap! pedas2 belaka. try makan makanan korea kat 'the garden' . :D

zety said...

uh my favourite!

baru je lps mkn sushi dkt KLCC jugak =P *joget joget

bunbun said...

wani; AHAHH. Spoiler sudah :P

Aida Effarina said...

macaron tu menda alah colourful tu kan. tak suka sbb manis sgt2! free2 je dpt kencing manis nnti.. heee :P

motto budak2 rumah sy; "MAKAN SELAGI BOLEH". :P

CaDLyNN said...

kenape nk lari ats treadmill...tayah2.. rugi lemak2 tu ilang nnti..hihihi :p

syafiqakarim said...

hahaha mcm sedap beb.
tgk lak lu makan.lu bole jd hos JJCM ok.konpem xkan kena maki.

macaron manisssss :p

bunbun said...

zety; sushi kat mana? sushi king kah? hehe.

aida; ahaaha untunglaah kalau makan tak gemuk2 kaaaan. tapi.. *tengok diri sendiri* hmmmphh. tak sedar diri jugak!

bunbun said...

cadlynn, haruslah sedar diri sudah overweight kan, sobs.


syafiqakarim; belog tulis je. JJCM kene bercakap. oh nooooo, miau!