Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Tuesday, April 3, 2012

Lost 2 kgs and need to lose 18 more! [Treadmill Takasima untuk diri sendiri ulalaaaa~]




Sori tajuk tergedik nak omputih plak HAHAHA. Anyway, dah memang aku gedik nak buat macammana kan. Turun 2 kilo pon haruslah update dekat belog lalalalala.



Papepun haruslah orang-orang kampung sekalian berasa bangga dengan pencapaian aku nih. Kerana selama 20 tahun aku hidup ni, rasanya nilah kali pertama berat aku turun. (kecuali masa bulan puasa lah kannn) Selama ni kemaaainn nak naik je memanjang  =,= setressss!



Yang turun 2 kilo tu sebab aku kurangkan bilangan butir-butir nasik yang aku makan. Lepas tu jarang sekali nak teringin makan hayam. Hayam hayam takde. Bayam jek ada. Ni cuti seminggu ni nampaknya makan kubis je lah aku. Semalam dah habis dah semua kubis-kubis brokoli brokoli dalam petiais semua aku hentam buat salad. Orang baru nak belajar makan sayur lah katakaaaaaann. Pui.



Lapar-lapar pun makan pinggan jelah nampaknya


Anyway, lepas ni nak tambah hobi baru pulak : BERLARI DI ATAS TREADMILL. Kuikuikui.



Yelah, sebagai student geology ni, nak tak nak kenalah tambah stamina jugak. Aku ni nak jogging petang-petang memang jauh sekali. Nanti kalau buat field trip takdelah pancit macam masa naik batu caves haritu. Grrrrrrrrrrr. Memalukan diri sendiri! Jatuh saham aii okeh XD



Treadmillnya dah beli dah. Nak tunggu delivery je ni. Nak tunggu hari rabu ni rasa macam lama sangat. Jiwa dah berkobar-kobar nak berlari ni kahkahkah.


beli Takasima Vivaldi jeaa. - paling murah with the most basic function.
asal boleh lari jeaaaaa. bukan nak buat gym pon dekat rumah ni hikhikhik.




Anyway, beli treadmill ni bagus untuk orang-orang macam aku ni sebenarnya. Antaranya;

  • Tak payah nak lari segan-segan dah. Letak treadmill dalam bilik, larilah kau sampai pengsan. Tau jelah aku ni pemalu orangnya. Perasan pulak tu. Orang tak pandang pon aku cakap dia usha aku. HAHAHA.
  • Tak payah nak tunggu weekend atau masa terluang untuk berjogging. Hagak-hagak nak lari atas treadmill sambil tengok drama korea pon boleh. Sambil-sambil lipat baju tu aku tak tahulah pulak kan. Errr.
  • Tak payah dah nak bersiap-siap bagai kalau nak berjogging. Aku ni bersiap nak turun makan dekat kafe pon pemalas macam hape, lagikan nak berjogging. Lepas ni aku bercita-cita nak lari pakai kain batik je. Ahakkks.
  • Untuk orang yang nak lose weight ni, baguslah sebab dia boleh kira berapa banyak kalori yang kita dah bakar. Hagak-hagak pekena nasi lemak dua pinggan tu, bolehlah nak agak berapa lama kena lari okeh.
  • Selain tuh treadmill ni boleh jugak keep in track kita punya rekod larian. Barulah boleh istiqamah kalau nak bakar kalori tuh. Heheheheee.



Okeh, makin tulis ni makin tak sabar nak tunggu treadmill sampai rumah. Lalalalaaa~ bila dah sampai nanti aku menunjuk bagi la detail lagi. ;D



hokhokhok! :D BAI!

11 comments:

chemay said...

bape ribuu harge treadmill tuh bunbun oiiiii

J.Syazwana said...

bestnya ! teringin nak ada tapi tak mampu. dah lama tak joging. haih bulan lepas naik 2 kg. tetiba nafsu makan menjadi-jadi now. haisssh

bunbun said...

chemay; muraaaah sajeeeee. aceceeeyy


j.syazwana; lepaih ni takyah teringin dah oke. mampu je beli. lepas ni bunbun apdet detail ^^

Filzati @ Cik Pija said...

bunbun! saya pun ada masalah berat badan sebenornya. guna treadmill mcm best! cepat eh apdet berapa rege treadmill ni, ingat nak beli satu letak kt bilik then lari smpi kurus. hahahakkksss :ppp

Aida Effarina said...

waahhh memang bersungguh nak lose weight ni. sy ni sedar diri sendiri kuat makan, tp tak gheti2 nak lose kan weight. haha. :P

bunbun said...

cik pija; hahaha. baguih2. lepas tu kita buat geng treadmill lumba sape bakar paling banyak kalori muahaha

aida; hehehh. sebab tetiba rasa dah lama menggemukkan badan. nak jaga body pulak lepas ni XD

ejulz said...

nak berat turun? masuk laa wataniah pasti berkesan.. hehe

bunbun said...

ejulz. errr wataniah tu natang apa plak? =="

hassy chan said...

nk tumpang lari gak hahahha.. bole???

nuyui a.k.a miss YUI said...

brape rggt tu?? cer citer..

bunbun said...

hassy; haha jomlahh:P


nuyui; dalam RM2000++ lepas promosi