Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Monday, April 23, 2012

Istikharahku membisikkan sesuatu [saya belum nak kahwin lagi turuttt tuttt tuuuuuttt]



model-tak-ikhlas-ciyom-bunga-hidung-temek-pulak-tu. nasib baik comel lalalala
-sekadar gambar hiasan-





anyway, ramai jugak yang tanya aku;

"kau dah nak kawen ke bun? tujuh harilahhhh, d-day laaaaahh"



senyum jek. senyum kambing tersipu-sipu sampai dapat respon yang lain pulak; 

"ahh kantoi nak kahwin"





oke foinee. nak buat macam mana kan. ada setengah perkara tu memang aku nak kongsi dengan orang tapi kadang-kadang memang tak boleh nak cerita dengan full sebab benda yang tak pasti kan. jangan risau okeh, kalau aku nak kahwin takdenye aku pegi menikah dekat thailand nu haaa sebab merenyam sangat punya pasal hahaha. 





anyway, hari ni nak kongsi artikel copy paste je. things about istikharah. artikel ni pun my friend yang bagi - untunglahhh ada ramai kawan-kawan yang care dekat saya. hikhikhik. paaaaaaaaaaaanggg! u deserve a pang everytime u hikhikhik bunbun. kfine. papepun still terharu sebab beliau care dengan saya. indahnya ukhwah kan? ^^




>Apa itu istikharah?



Istikharah ialah suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunat terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. Ia dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata, bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan.





>Bagaimana membuat pilihan?



  • Buat pilihan dengan istikharah dan perbincangan. 
  • Berdoa kepada Khaliq dan berbincang dengan makhluk yakni ibu bapa, ustaz ustazah dan kawan-kawan yang dipercayai.
  • Ikut garis panduan al-Quran dan al-Sunnah. 



>Doa istikharah


Maksudnya:


“Ya Allah,aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurnia-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku,pada agamaku ,kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku,pada agamaku,kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.”



>Apakah petunjuk istikharah kita?



Petunjuk istikharah tidak semestinya melalui mimpi, ia boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi dan disokong oleh kebanyakan ulama.


Selepas beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itu pun suatu petunjuk.


Sekiranya seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya selepas istikharah, ia hanyalah bonus daripada Allah untuknya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi.


Sekiranya kita bermimpikan seseorang selepas istikharah, kita perlu memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan. Imam Hajar Asqolani menekankan supaya jangan cenderung kepada satu atau dua pilihan sebelum membuat istikharah. Jangan sandarkan hujah kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.




-------


istikharah yang aku buat tu, petunjuk yang aku dapat adalah dalam bentuk ketenangan. tenang yang membuahkan keyakinan. Alhamdulillah. InshaAllah. moga dipermudahkan.




moga bermanfaat. wallahua'lam.





11 comments:

happy eim said...

istikharah jalan terbaek kalau dh buntu nk wt pilihan..^^

hassy chan said...

ak ingt ko da nak kawen.. alahai melepas la nsi minyak free hahahaha..

CaDLyNN said...

gud entry, baru je kene buat 3 pilihan ritu..istikharah byk membantu..kite lagi yakin dengan pilihan yang kite buat.. :)

reenapple said...

aaaa... aku baru tahu.. hehehe.

isthikarah... hurm.. aku tak berada dalam dilemma lagi.. heheh.

[wani_mn] said...

nanti kahwin jempuatlah kite sekali ye! kita kan kawan sejak kecik-kecik lagi. #Eh? ;p

bunbun said...

hassy chan; melepas skang je. nanti2 inshaAllah ada muahahaha


wani; erkkk tetiba macam nak terlurus bendul percaya pulak hahahaha.

[sutera kasih] said...

semoga bun bun buat pilihan yg baik :)

si ngokngek said...

post nie buat aku terasa tau,sbb bila kawan aku cerita dia buat istikarah,terus mindset kata dia nk kawin..tapi istikarah tue tak semata-mata untuk kawin..hehe..

buta agama sikit..

mizzura said...

salam bunbunnnnnnn!!!!!!!! (menjerit and badan shaking.)

Yep...istikharah bukan untuk kawin jer...nk pilih antara dua company pun bole buat jugek...hehe...

Moga mendapat petunjuk dari Allah...yang lainn ikut gerak hati:-)

bunbun said...

si ngokngek; haha ngokngeklah! bukan buta agama, cuma belum tahu. takpelah kan sekarang dah tahu ^^


mizzura; pehhh sampai gegar2 semua hihihi. inshaAllah :)

Hanie Dew said...

Yup.butul sgt.kebnyakn petunjuk dr ketenangan hati.melalui mimpi sgt jarang.rasanya la. Kawan aku sebelum bf dia dtg bwk rombongan dia buat dan esoj paginya dia rsa tenang, hepi. Rasa mcm sume org senyum kat dia.