Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Friday, April 13, 2012

Anugerah nasyeed.com 2012 yang memang selamat tinggal lah kaaaaan. [nanges lapan hari lapan malam]



hari ni hari jumaat. tapi hari ini macam tidak best sahaja. bukan apa, rumet saya balik ke rumah ibu saudaranya tadi lalu beliau mengunci pintu. saya pula tidak membawa kunci bilik maka saya merempat di surau seharian. 


ini pun saya baru sahaja berjaya masuk ke bilik. Alhamdulillah kolej kediaman ini ada balkoni yang bersambung dengan bilik sebelah. maka saya masuk ikut bilik jiran saya yang baru sahaja pulang dari kelas. tapi saya rasa saya mungkin telah tercicirkan kunci bilik saya. *nanges*






ahhh apa aku merepek ni. hew hew. 




anyway, sejak aku masuk degree ni rasa macam dah bersara je jadi peminat nasyid. sebab tulah takde update pasal nasyid dah. lepas ni akan ada banyak entry makan dan eksersais sahaja. percayalah.



yelaaahhh, masuk degree ni dah takde geng sama kepala yang minat nasyid - tak tahu nak ajak siapa kalau ada konsert. UM pun dah jarang buat program yang ada kumpulan nasyid - kalau ada pun tak tahu nak pergi dengan siapa. kumpulan nasyid UM (feelhoney dan elhamz) itu pun ada member-membernya yang dah graduate, maka susah sangat nak tengok show mereka di UM. kalau ada pun haruslah di tempat kejauhan sana. sobs.






hari ini pulak ada anugerah nasyeed.com yang cuma terbuka kepada artis nasyid dan penggiatnya sahaja. hari sabtu baru ada konsert yang dibukak untuk public pulak. 


tiket anugerah nasyeed.com.
haruslah gambar curi. halal taw encik demo, miau!





status update muhammad devotees yang berbunyi begini;



haruslah tidak dapat menonton juga ya anak-anak. kerana event seperti ini haruslah diadakan pada minggu yang saya tidak balik ke rumah kerana banyaknya esaimen, lalu tidak mungkin pula menonton channel tv alhijrah di kafeteria. ohohhhhhh!*bengang ni*




kemudian, walaupun ada abang yang kononnye-retis, tidak jugaklah adiknya mendapat tiket free. hohhhh!


siapa kata kalau ada family retis boleh dapat tiket senang-senang. mitos je itu semuaaaa mitos semata mata HAHAHA! *err mungkin anda harus bina hubungan baik dengan family retis anda itu. jangan jadi seperti saya. beraku-kau je dengan budak gemok itu. hew hew.







cadangan yang baik oleh budak gemok di situ;





"kau pi la konsert malam sabtu...anugerah tu untuk penggiat nasyid ja" *sila baca dengan slang kedah kerana beliau sudah menjadi kedah-celup.





sila faham saya tidak ada siapa-siapa untuk diajak pada malam sabtu kerana intan-payung-sama-kepala-nasyid-saya sudah pulang ke kelantan pada waktu itu. takpe ahh aliaaa nanti lepas grad kita qada' balik semua konsert nasyid yang terlepas BAHAHAHH. (salahkan diri sendiri sebab susah nak hangout dengan orang yang tak kamceng)




maka, selamat tinggal lah. berbahagialah semua yang dapat pergi itu. tidak mengapalah, saya tidak sedih pun. nak bersaralah dari dunia nasyid ini. duduk bilik sorang-sorang karaoke lagu korea pulak. kesobs.




*entry taching haruslah guna 'saya' sebanyak 91.6%



BAI




No comments: