Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Saturday, March 31, 2012

Bulan Mac yang penuh dengan masalah… dan CINTA ^^




Oh yeah hari terakhir untuk bulan mac ni. Cuti sem pun dah bermula. sepanjang bulan mac ni, banya betul dugaan, banyak betul masalah. Kalau nak diikutkan, kalau aku mintak bayaran untuk sesi kaunseling yang aku buat untuk kawan-kawan, mesti aku dah kaya sekarang. BAHAHH. Melampau di situ. Awak tahu saya sayang kawan-kawan saya kan?




Anyway,



In every problem there are solutions attached to it.




Selalu dengar. Tapi kadang-kadang tak yakin. Sekarang dah faham.




Betul, solusi untuk semua masalah ada. Bezanya cuma cepat atau lambat. Bezanya adalah macam mana kebergantungan kita pada Allah.



Nak dijadikan cerita, the things from 5 years ago, dah pun tersettle. With the matter of time… and usaha jugak. Apa benda things from 5 years ago tu tak payahlah tahu. Jangan pulak nak korek blog ni dari tahun 2009 HAHA. Jangan-jangan. Banyak karangan yang tidak-cukup-matang pernah aku tulis dulu ==’



Senang cerita, everything are settled sampai aku rasa all the memories and pains that piled up for the past 5 years dah tak rasa apa-apa. Hebat bukan.





Bulan mac ni jugak,

Aku rasa hati berbunga-bunga je. KAHKAHKAH! berbunga-bunga macam musim bunga dah ni. *blushing*



Apakah puncanya ohhhhh~


Adakah sebab seorang kenalan yang pergi ke tanah suci baru-baru ni dah tolong doakan untuk aku dapat jodoh yang baik. Aw aw awww  awwwwwwww. Nasib mak tak baca blog ni – haissshh – mak, saya nak kawin buleh? *paaaaaaaaaaaaaaangggg. Belum dapat green light selagi takde degree. Mak, kalau bertunang dulu boleh? *paaaaaaaaaaaaaaaaanggg! (Terus kembali menghadap buku-buku mineralogy  di alam nyata HAHAHA!)



Sabar je lah.




Orang kata, kalau dah memang jodoh, kita elak macam mana pun dia akan datang jugak. Alhamdulillah. Tertanya-tanya jugak aku, tak awal sangat ke nak fikir semua benda ni. Tapi bak kata hamba Allah yang selalu bagi nasihat kat aku ni, aku dah 20 dah pun. (walaupun sebenarnya ada lagi 3 bulan sebelum cukup 20 tu). Haish haish haish. 



Betul jugak tu.




Sekarang ni memang dah patut fikir. Dah kena siap-siapkan diri. Sebab nak bina keluarga ni bukannya  semata-mata nak bahagia dalam lingkungan keluarga yang kita bina tu – tapi nak bina ummah sekali ni. Haish haish haish. Tanggungjawab berat ni. Mampu dah ke bunbun oiiiii. *Paaaaaaaaaaaaaaaang! (kembali lagi ke alam nyata buat kali ke tujuhpuluhtujuh HAHAHA)




Konklusinya,

Take it slow. Jangan fikir sangat. Siap-siapkan diri dulu. Oh yeaaaaaahh. Ohsem kau bunbun.






blessed with friends ^^


Oh yeah, aku dah tukar spek PORORO sekarang ==’ (sebenarnya dah lama dah). Walaupun idola aku dalam running man tu adalah Kwang-Su, disebabkan spek ni, rumet aku pun panggil aku bunroro. Layan jelaaaah~



Blog ni pun dah berubah. Dah takde dah philophobia.
Heeee, sebab saya tengah dalam proses pemulihan dari philophobia ituh.


Cinta itu adalah fitrah. Dan Allah tak menyuruh hambanya untuk melawan fitrah tu – tapi menyuruh untuk menyalurkannya ke jalan yang halal – NIKAH.




Wallahua’lam.

8 comments:

data type & data entry said...

waaaaa...waaaa..waaaaa lagi sekali
hahaha.akhirnya philophobia tu sudah hilang.dan baru sekarang saya tahu apa maksud die~

=)

*take it slow bunbun.kalau nmpk ular dlm mimpi ambik je cangkul dulu

ILA SYAMILA ♥♥ said...

aigoo bunbun. what is happening. lame diamkn diri tiba2 keluar cerita jodoh. tak saba kite dibuatnye hewhew

zety said...

oh btw saya zety.

lepas nih mesti byk la update dari bunbun.sukeeeee ^_^

bunbun said...

zety; woaah. tak sangke eh ada orang tunggu apdet kite. hikhikhik. ni yang nak rasa bersalah kalau tak apdet ni. HAHA. kenapa kalau mimpi ular?


ila; ish ish ishh. takde kene mengena dgan yang masih hidup atawpun yang telah mati :P HAHA!

zety said...

bunbun, orng lama2 kata kalau mimpi ular datang maksudnya ada la orang bekenan dan kalau ular tu patuk ade org nk masuk meminang.

*orng dulu2 kata bukan saya kata

TeTerBanG said...

x penah bosan bca cerita bunbun. mesti sy nak trgelak jaa. :D masalah tu besa. mcm owg kata. hidup mcm roda. x ksah roda basikal kaa, apa ka. jnji roda. hahha.. ngarot2. tue laa, ada masanya, kita dok atas n ada masanya kita dok bwah. papon sis, smile always, ok? bab jodoh, always pray to Allah. prcaya ngan jnji Allah yg sudah tetapkan jodoh kita. just wait for it. :)

chemay said...

bumbummm.
:P

jum kahwin jum.
chemay rasa nak kahwin jugak dah ni.
hehe
:P

bunbun said...

zety; oh macam tu ek? kikiki. almaklumlah org muda. banyak benda tak tahu.

teterbang; senyum je baca komen dia ni. mesti suh smile always ^^


chemay; hehe, kawen dgn bunbun nak tak? HAHAHA p/s: kawen jgn lupa jemputtt :D