Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Monday, December 26, 2011

Pengalaman Saya dan Rakan-rakan Menjadi Ahli Geologi Sebenar. [tajuk memang tak nak kalah dengan karangan SPM]


Ohhh marilah kita tidak berblogging lagi. Tapi marilah kita berdiari. HAHA. Stetmen orang dah turun pangkat dari title ‘blogger tegar’ kepada ‘blogger-ehh-who-are-you’ demmm =,= populariti dalam dunia blogging bersamaan dengan negatif dua ratus . BAHAH


POPULARITI = -200%!!



Disebabkan laman sesawang ni dah pun jatuh diturunkan pangkat dari BLOG kepada DIARI-level-karangan-SPM, maka dengan riang-rianya bolehla kitteww bercerita syok sendirieeww di siniewww. Yehaaaw~



Seperti tajuk yang tertera di atas, dengan suka citanya dimaklumkan bahawa pada  17 disember yang lepas telah pun diadakan lawatan lapangan (baca: field trip) yang pertama bagi pelajar-pelajar tahun pertama. Cewaaaahhh karangan yang selalu dapat A memang selalu skema skemut macam ni lalalalalala. Sambung sambung;



Ketika lawatan lapangan tersebut kami telah diajar cara-cara untuk menggunakan kompas dengan betul,




Dan juga cara-cara mengukur strike dan dip kepada sesuatu bedding mengunakan kompas dengan betul, (walaupun saya masih gagal berbuat demikian kerana ketika diberi penerangan, fikiran saya melayang-layang teringatkan anak dan suami tercinta di rumah. BAHAH)



Ketika lawatan lapangan tersebut juga, itulah kali pertama saya dan rakan-rakan berjalan lenggang kangkung di tepi lebuhraya sambil memakai vest seperti pekerja tapak pembinaan.



Di sana, kami melihat batu-batu besar gedabak (baca: outcrop) ditepi lebuhraya lalu memecahkannya menggunakan tukul seberat 1 kilogram yang kami bawa di dalam beg masing-masing sehingga mejadi serpihan kecil seperti ini.



Itulah pengalaman saya dan rakan-rakan bersiar-siar di lebuhraya berdekatan dengan empangan batu. Yehawwww. Banyak nyamuk dekat sana siryess wa cakap lu =,=



Selepas itu, kami bertolak ke  batu cave untuk bersembahyang melihat batu kapur (baca: limestone) Itulah kali pertama saya melihat patung sebesar ini. Patung Barbie pun takde jual besar macam ni beb.





Dengan tidak-relanya, saya pun mendaki anak-anak tangga itu dengan harapan tidak dimakan oleh monyet-monyet yang turut mendaki bersama-sama.



Tangkap gambar kat tengah-tengah tangga supaya tak nampak obvious sangat 
tak cukup stamina nak panjat sampai atas =,=



Satu jam lima puluh minit kemudian, kami pun tiba di atas. Lima belas minit kemudian, kami pun tiba di atas.





Inilah kali pertama dan kali terakhir saya di sini kerana saya trauma terlampau terhadap tangga yang menyebabkan kaki saya kejang untuk dua tiga hari berikutnya dek kerana menggigil amat sangat ketika mahu turun=,=  BAHAHAHH



Selain itu, kami juga melawat kembar kepada broga hill yang bernama klang-ridge-amende-tah (sorry, short-term memory =,=)


Dari sana, kami boleh melihat pemandangan kota kuala lumpur yang tersergam indah. Cantik bukan?






Kerana hujan lebat, lawatan lapangan kami dihentikan awal. Walaupun penat, kami bersa gembira (ayat wajib dalam karangan wakakaka) itulah untungnya kami menjadi pelajar geologi; kami dibawa ke lawatan lapangan secara percuma setiap tahun. Kami tidak sabar untuk pergi ke lawatan lapangan yang seterusnya. Sekian, terima kasih.
                                                 



p/s: Ekekekeke. Syiok pulak tulis macam ni. Esok nak pi kaji geologi kat genting highland pulak. Kikiki. Okebaaaaaaaaaaaaaaaaiii~

  

9 comments:

budakijaupendek said...

lawatan macam ni best bila dikenang balik ^^

KaoRu said...

bunbun sila update blog sekerap yang mungkin kerana saya merindui anda :P

budak penjara said...

lama giler ko menyepi..besar giler patung dia.. tp syg..bukannya dia leh maqbulkan doa pengikut2 dia pon..hehe

Aida Effarina said...

haha bunbun! tetiba sy pun rindu nak wat karangan BM. ohh bunbun byk tertinggal penanda wacana like sungguhpun begitu, walaubagaimanapun, oleh yg demikian, sbg intiha n blablabla.. HAHAHA :P

wahh cam best je geologi nihh ;)

einz said...

bunbun amek kos geologi ke????warghhhhh...jelousnye!

TeTerBanG said...

sis bunbun!!! really2 miss u. bljaq psai geografi, mmg best. sbb kita byk blajaq kat luar. p lwatan sna sni. wat kjian kt genting??! omo.. x acinyaa..

bunbun said...

budakijaupendek; bebetul bebetul ^^

kaoru; yaaaaaan! rindu jugak sama kamu :P


budak penjara(?);
hahaha betul tu. kesian aku tengok dorang panjat kaki ayam je. aku yg pakai kasut pon sampai kejang kaki..

bunbun said...

einz; eh baru taw ke?? hahahh. okayy :P

aida; agakla best. clasmet pon sume kepala mengong2 gak sume. tu yg lagi best tuh :D


teterbang; hehehe. bukan geografi la. geologi. lain tuh. kikiki. tu yg best tu laaalalalaa.

Hanie Dew said...

buat lawatan lapangan best la bole jalan jalan kan. aku yang tinggal dekat sejengkal je dr batu caves tu pun tak penah naik. hahahaha.. apa ada kat atas tu wei.

seronok pulak baca ayat karangan ni.ada pendahuluan,isi,penutup. ok.dpt markah penuh.