Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan | 0003 | 1432 [ mari menjadi manusia yang paling bahagia! ^________^ ]





Hari ni aku sibuk yang teramat! Walaupun aku tak tahu apa yang aku buat sobsobb. Sampai dashboard pon tak sempat bukak. Nak tengok unmoderated komen pon tak sempat. Yang pasti saya telah menolong emak saya mengisi markah ujian di saps. Dah lah page lambat loading grr grrrr! Buat perabeh pahala puasa je menyumpah nyumpah page yang tak bernyawa tu TSK.






Anyway perkongsian hari ini adalah dari surah al-Ra’d ayat yang ke 28 yang berbunyi;









Meh aku highlight balik;


  • KETAHUILAH DENGAN ZIKRULLAH (MENGINGATI ALLAH) ITU, TENANG TENTERAMLAH HATI MANUSIA.

 *haaa amekaaaw bukan setakat highlight. siap underline kasik large font lagik muahahaha





Yes, simple. Simple je kan. Ramai orang yang dah tahu tapi berapa ramai yang betul-betul amalkan untuk dapat ketenangan tu?





Anyway, ayat ni mengingatkan kepada lagu HAKIKAT BAHAGIA yang dinyanyikan oleh kumpulan UNIC. Asyik tulis panjang-panjang, hari ni kita dengar lagu nasyid pulak. Sila take note pada bahagian lirik yang di bold tu okeh!


p/s: semua yang baca entry ni diamanahkan dengar lagu ni dan hayati seni kata nya muahahaha. #inipaksaan!





Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati



Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani


Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan


Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa


Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang


C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan


Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan


Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki






Secara ringkasnya,




Kita boleh hidup bahagia kalau kita memilih untuk hidup bahagia. Bila kita kenal Tuhan dan faham sefaham-fahamnya yang setiap yang Allah bagi tu adalah yang terbaik untuk kita, kita takkan rasa marah, takkan rasa gelisah, takkan rasa gusar =) that’s the real happiness. bahagia itu satu kesyukuran untuk hambaNya yang beriman. Jom bersyukur dengan apa yang kita ada!






Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa


Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan


Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan



Moga bermanfaat ^^



11 comments:

::Cik Pija:: said...

hanya dgn mengingati Allah hati menjadi tenang. InsyaAllah. btw, suka lagu ni. :D lappp u lahh bunbun!

sifu im said...

ko tolong isi markah ujian leh la kan..ce ko tolong mak ko masak..comform ko x reti hahaaha

bunbun said...

@::Cik Pija::

lap u too pija. hekhek :P

bunbun said...

@sifu im


kah kah kah! berani kau! hari ni mak aku nak masak, sbb tu aku tolong isi markah.


selalunya mak aku isi markah aku masak okeh!

ILA HonEyBuNNy said...

jom kita cari kebahagiaan agar hati kita tenang...

hati akan tenang bila kita sentiasa mengingati Allah dan berdoa kepadaNYa..

thanks atas entry neh..

ila nak cari kedamaian hati jap...;_0

PinKy MoMMa said...

masa tidokan anak dlm buaian mmg kena berzikir..sekuat hati hehehe baru dia tido dgn lena.. :)

mizzura said...

cakap pasal zikir kan..bila kita jam atau bersesak2 naik public transport...rajin2 lah berzikir..insyaallah akan wujud ketenangan dan kesenangan :-)

ENCIK TIKUS said...

selamat berpose bunbun.. kehkehkeh!!

sleeping_maniac90 said...

wah...
kne rjin bzikir pas nih..
kasi tenang hati y bgelora nih hak3...

missSenget said...

aww..awwwww...

rajinnye die tolong makkk~~

single lagi tak?

nak pinangkn utk anak sedara ai umur 2 tahun..

sudi?

akoo pae said...

wehh..aku tak dgar pon lagu tu..
nka cepat ni..huu sori..

=)

alhamdulillah dgn sgale nikmat Allah.