Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan | 0002 | 1432 [ melatih NAFSU menjadi jinak! ^_______^ ]





Hari ni sahur best sikit daripada semalam, sebab takde lah duduk merenung meja tu sorang-sorang hahaha. Sebab budak gemok balik dari Kedah sebenarnya semalam. Berbuka puasa yang pertama haruslah dengan family katanya pfffttt. Maka waktu sahur ramadhan kedua haruslah main berebut-rebut udang sambil tarik-tarik pinggan. -____-“ siapa kata kalau dua beradik tu senang? Tarawih? Still dekat rumah. Sobs.





Anyway, perkongsian hari ini sebenarnya diinspirasikan dari ayat berikut;


surah yusuf ayat 53


  • Terjemahan: Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), / kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, / kecuali (nafsu) yang diberi Rahmat oleh Tuhanku./ Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang.






Kenapa aku kata dinspirasikan? Sebab aku bukan nak huraikan ayat di atas tu. dan jugak tiada kena mengena dengan kisah nabi yusuf yang dicampak ke perigi kerana dicemburu butakan oleh saudara-saudaranya. Bukan.




Cuma bila terbaca ayat ni teringat pasal cara yang pernah aku guna dolu dolu untuk mendidik nafsu. (dolu-dolu  sebab sekarang makin dah dua makin pelupa. TSK)




Selalu kalau orang cakap pasal nafsu, people will think of nafsu syahwat ish ish tak elok tak elok. Nafsu sendiri ada macam-macam jenis (sila google sendiri okeh HAHA). Dan secara amnya, nafsu ni sebenarnya bermaksud KEINGINAN =)





So macam mana nak didik keinginan supaya tak tersasar?




Sebenarnya kan, sebagai manusia, nafsu kita ni nak buat benda-benda yang ringan je. Berat sikit dah malas. Tapi benda ni boleh diperbaiki dengan cara kita didik keinginan kita taw.




Contohnya korang niat lepas solat zohor nak buat sunat ba’diah empat rakaat. Ecehh baik gila ni. Tapi memang! Selalunya lepas dah siap solat zohor tu, belum tentu lagi terbuatnya solat sunat empat rakaat tu. sobbss ß merujuk pada diri sendiri HAHAHA






Macam mana nak baiki?




Buat macam ni ;

 “hari ni lepas solat nak buat sunat empat rakaat. Paling kurang pon, BETUL BETUL KURANG PON, aku nak buat dua rakaat”





Yes! Manusia ni memang suka yang ringan-ringan je. dan kalau mengikut fitrah manusia BIASA yang tak lepas dari godaan syaitan, besar kemungkinan kita akan pilih nak buat dua rakaat. Atau dengan kata lainnya, tetapkan matlamat yang lebih tinggi supaya kita tetap akan buat walaupun benda tu lagi sikit dari matlamat sebenar.





Selalu aku buat masa nak mengaji je;
  
“hari ni nak baca empat mukasuratlah! Paling sikit pon nak dua pon jadilaaaah”





HAHA sebab tu aku selalu baca dua je. Rendah sangat matlamat 4 mukasurat tu kan 
-_____-“ my bad my bad. Kau orang trylah lepas ni (untuk orang yang liat liat nak buat yang sunat-sunat ni lah kan. Macam akueeeeeee ekeke. ERRRR)





Selamat mengamalkan~ moga bermanfaat ^^

10 comments:

Asyila Zainuddin said...

hahaha.. boley try ni.. btw, kite pun same je camtu.. kekeke..

sleeping_maniac90 said...

hahaha
bek..
mulai hri nih, sgla nfsuku akn dididik wlupun dia dgil cm tuan dia hahaha

CIK PARO! said...

Lepas ni cik bunbun kena pasang niat nak baca 10 mukasurat..Pasti cik bunbun akan baca 6@5 mukasurat.tryla pasti menjadi..

::Cik Pija:: said...

kadang2 diri sendiri yang kena tolong diri sendiri. :) terbaiklah! :D

Nur Ilyani said...

xpe..klu aim tgi sgt..tkut x istiqamah la plak

ILA HonEyBuNNy said...

ila pun macam tu jugak..

tapi xpela...sekurangnya ada kita usaha membaca n tambah amalan kita kan..daripada xbuat lgsg..heeh

muhamad hanif said...

esokk...










kau.




















puasa ...
















tak ?

[sutera kasih] said...

kdg2 sy pun cmtu jgk dear..

xpa2, try lg disiplinkan diri kita k :)

zety said...

macam niat nak bangun sahur lah.last2 nak dekat subuh baru terjaga yang sempat minum air je T_T

schaze zainn said...

well dear. biasale tu. xP

schaze pon slalu mcm tu.

contohnya arini ni mesti bangun awal pukul 6.00a.m, paling lewat pon 6.45a.m. haha

so bangun pukul 6.45a.m la..

kelam kabut bangun..wakaka