Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Monday, August 1, 2011

Ramadhan | 0001 | 1432 [ melatih nafas panjang semasa membaca Al-Quran ^_____^ ]






Alhamdulillah program mengkhatamkan Alquran hari ni berjalan lancar. Daripada tujuh orang, lima orang gerak dulu (sebab cuti-cuti Malaysia kaaan weweeeee) haha ni pon nak cakap kat sini.




Solat terawih pulak setakat buat dekat rumah je . whaaaaaaaaaatthefoooooo? TSK. Nak nanges. Aku dah semangat taw. Sebelum solat maghrib dah siap-siapkan baju nak pakai pigi masjid. Tengok-tengok mak aku tak pergi. Bukanlah kata nak mengekor je mak tu kannn, aku ni bukannya anak manjaa *jegil mata* tapi… tapi… tapii…. Sobs banyak pulak alasan hahaha. Dah tak pergi tu tak pergi je lah. XD




Sahur pun aku sahur sorang-sorang je. Takde beza macam puasa sunat woaaah. Tak thrill langsung ekekeke. Lauk bukak puasa hari ni ayam bakar dengan udang masak cabai (lepas dah makan boleh menyesal sebab menggebukan badan lagi huahua) the best part is, hari ni mak aku tak kerja, maka aku hanya intai-intai apa yang dia masak. Oh yeaaah! Aku takyah masak hari ni *dalam hati lompat-lompat gembira*





Anyway, sedikit perkongsian dari sahabat;




Kalau nak melatih nafas panjang, boleh cuba tarik nafas panjang dan baca ayat dalam Surah An-Nisa ayat 143. potongan yang dimaksudkan adalah yang warna kuning tu. (sila rujuk al-quran masing-masing ohkay)


taken from Al-Quran explorer

perkongsian; saudari Ilyani =)








antara lainnya yang boleh kita semua (ya, saya dan awak) ambil dari surah An-Nisa' ayat 142-144 adalah;


  • sifat-sifat dan perangai orang-orang munafikin.
  •  orang-orang Mukmin diingatkan supaya jangan mengambil orang-orang kafir sebagai sahabat setia.


daripada terjemahan ayat;



  • Ayat 142 - Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). 


  • Ayat 143 - Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.




  • Ayat 144 - Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?












jangan mengambil orang-orang kafir sebagai sahabat setia tu bukanlah bermaksud jangan kawan langsung dengan orang bukan Islam ohkey. (rujuk ayat 144) maksudnya, terlalu mengikut sahabat yang bukan islam sehingga tak ikut langsung ajaran Islam. ingat, Islam tak pernah ajar kita jadi racist =)





moga bermanfaat ^^






21 comments:

Ezy Chiaki said...

info yg menarek ni..
=)

ngape sahur sorg?
meh sahur sesame..
heheee

sugar2 kapas strawberry said...

selamat berpuasa :)

muhamad hanif said...

sharing is caring =)


ahahahahaha

sleeping_maniac90 said...

gmpak seyh lauk tuh... *terliur*
tq share tjmhan ayt hehehehe

::Cik Pija:: said...

terbaiklah bunbun! :D

bunbun said...

@Ezy Chiaki


haha cik ezy, sbb sy sorang je yg puasa. esok pagi meriah sikit kut. dak gemok dpt cuti pulak. hee~

bunbun said...

@sleeping_maniac90


hahaha klo mak masak adela can nak makan sedap gitu. hehe. sama ^^

nur aminalia said...

like2..!!!

Asyila Zainuddin said...

thanx share eh! hehehe.. :D

ILA HonEyBuNNy said...

thanks info..

salam ramadhan...

selamat berpuasa.

akoo pae said...

heheh akoo pon bese g terawih ngan mak..
ni, tibe2 mak 'cuti' dulu..
aku tpakse g sorg..
huu
gagahkan diri~
seb baek surau dpan umah jep..
hee


*weehh shantekk header~
=D tak nak buatkan akoo doodle ke??
heehe

kisah cik paro said...

tq cik bun bun share info..
cik paro pun sedang menjalankan sesi tadarus alquran dirumah..
semoga kite berjaya!

~bUih-bUih ciNta~ said...

bagusnya..perkongsian yg elok..terawih pun xckup jgk taun ni sbb ikut shift kena jga nenek kat umah..

lilypelangi said...

nice sharing !

selamat berpuasa (:

einz miszmessy said...

wargh!!!alhamdulillah...nmpknya sume pun berubah kearah yg lebih baik.....syukur~

ciQu said...

sahur sorang2.. heheh. sunyi tuh pepagi buta. any way nice info. slamat bpuasa

nawal addina said...

sahur sorang2 ? alahai , siyannya . hehe :P

nice sharing kak ;)

L said...

pon2..lori milo L dtg dh... sori lambat seket.. xsempat nk dtg time shurnk supot milo ais 3in 1 utk berbuka nt.. k.. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/bangun-sahur-buat-aper.html

[sutera kasih] said...

esok malam kita sahur sama2 ekk bunbun :)

nice info, thanks share terjemahan ayat quran tu dear..

Scya Lollita said...

wuuu ustazah bunbun ^_^
tak sia2 blaja skolah agme teeheee

atiqa aris said...

thx fr informasi berguna:) selamat bepose oke.hee