Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Saturday, July 30, 2011

Tiba-tiba aku terjumpa buku cerita-cerita cinta masa aku form 3 dulu hagagagaga. [ oh ye dulu aku pandai bercinta. tak macam sekarang ni, PHILOFOBIA ]



ah oke, tipu je. buku tu bukan buku cerita-cerita cinta. tapi sebuah buku yang bernama KALAM KIRANA. Kirana tu maksudnya aku pon tak tahu. umur limabelas tahun lagi maka bebas untuk bersifat keanak-anakan lalu buku pon mahu diberi nama. kui kui kui





sila bayangkan buku berkulit keras warna biru
saiz A11, 120 muka surat bertulis tangan. penuh
*malas nak ambil gambar boleh? BAHAH*






in one of the pages;





Sesuatu yang dinanti sedang tiba
Kurniaan yang ditunggu sedang menjelma


Moga aku kan berusaha
Mencari keharuman syurga
Berlumba menambah pahala
Dan zikir* merantai jiwa


Moga aku kan bersama
Mukmin-mukmin yang Kau redha
Mendamba sesuatu yang berbeza
Dari Ramadhan yang sama


Moga takkan disia-sia
Sebuah kemenangan yang mulia
Doa seorang hamba yang hina
Kepada Tuhannya Sang Pencipta




Sebuah karya bertajuk Ramadhan
Rabu  11.40 malam
12 sept 2007
30 Sya’ban 1428H





di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan blogger yang beragama Islam *yuhuuu! taak sabarnya nak raya! ßdasar budak-budak belum reti lap hingus my bad my bad =P



kepada yang tak boleh puasa tu, ingat! jangan makan depan orang yang berpuasa. kalau boleh sorok-sorok makan kat tepi peti ais. 



kepada ibu-ibu yang dah ade anak mumaiyiz tu, jangan lupa didik anak-anak berpuasa sekali. sila jangan gunakan pendekatan kalau-tak-puasa-penuh-tak-dapat-duit-raya atau pun kalau-puasa-penuh-dapat-limaplohhengget. Jangan jangan. mereka mungkin akan membesar seperti saya - asyik ingat nak raya je kuikuikui





(tetiba rasa entry ni dah macam wasiat. takde motif. BAHAH)




dan maafkan salah silap saya selama saya menjadi seorang blogger tsk tskk. kalau buat open house jangan lupa jemput saya. 




oke assalamualaikum. tak sanggup lagi nak tulis entry yang tajuknya takde kena mengena TT___TT *nanges*





p/s: bajet sopan santun sikit guna 'saya' lepas tu kat hujung entry boleh pulak bagi salam. hakhak. 




okebai! 






23 comments:

Siti Mashitah Saidin said...

salam ramadhan!

akoo pae said...

uiii ko wat sndiri ke karya tu??

hepi puase too.
=)
maap jugak kalo ade salah..
hee

difficult easy. said...

hahahaha. comel gile! ada jugak buku macam tu. tak puas hati kat family sume tulis dalam tu. :P

CIK JATT said...

selamat berpuasa to u too!

by the way, sis follow ur blog:)

zety said...

selamat berpuasa jugak cik bunbun.anyaway thanks sebab bagi keyword utk side bar tuh.

saya ambk dekat website sini:

http://tips-for-new-bloggers.blogspot.com/2007/08/make-blog-private-and-unsearchable.html

deeya said...

a'ah ! memang pun . memang la . memang cam budak2 tak cukup umur . huhuhu ~

oh ! selamat berpuase jugak yer .

sleeping_maniac90 said...

slmt bpose cik bunbun ngeh3..
xsbor nk raye...
oohh yeah... bju bru mwahahahaha

::Cik Pija:: said...

bunbun, pija nak duit raya bolehhhh ?





baiiiiiiiii!

ILA HonEyBuNNy said...

hehe..bila tgk buku sekolah lama2 maloo lak..ngeh3...

salam ramadhan...;-)

kAyShaari said...

salam ramadhan..

raya t buatlah open house. aku nak datang. haha :D

nak tambah sket,,..sape tak puasa tak leh sibuk mase orang nak berbuka. <--oh, aku iri sket sebab buka puasa punye menu sedap-sedap. sedangkan siang aku makan maggi je time2 'raya' aku. huh!

eh terpanjang. sori. :DD

Cik TeN10 said...

selamat menyambut Ramadhan.. =)

Ema Razali said...

selamat berpuasa! hehe

bunbun said...

@akoo pae

haha boleh la kate buat sendiri kot hakakakah

bunbun said...

@difficult easy.

hahaha itu more macam buku puisi lah izyani :D

bunbun said...

@CIK JATT

hihi tengs follow sis ;)

bunbun said...

@zety


haha jumpe jugak kan. no biggie lah! bunbun kan ade;)

bunbun said...

@deeya


hahaha sampai ati deeya. sobbb! hahaha

bunbun said...

@::Cik Pija::


hahaha boleeeeeeeeeeeeeeehhh. puasa penuh dulu kikikiki

bunbun said...

@sleeping_maniac90


ni lagi semnagt dgn baju baru lagi! hahahaha

bunbun said...

@ILA HonEyBuNNy


hahaha, betul tu! macam tak logik je kite yg tulis tu kan. haha

bunbun said...

@Cik TeN10


you too cik ten10! ;)

bunbun said...

@kAyShaari

hahah 'raya' ek? haha aku da lama tak wat open house bro. ko lah buat. aku tak pena datang uma ko. heeeeeee

[sutera kasih] said...

hehe kelakar la bunbun ni..hehe baca entri2 bunbun rasa mcm bercakap face to face ngan bunbun..