Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Friday, June 24, 2011

RESIPI : kacang botor tumis telur [ resipi untuk mereka yang masak ikut sukatan] HAHHA

Oke ni untuk eton yang tak reti masak campak-campak.  (kalau tak buat siaaaap kau etooon hahahaha!) Resipi ni mungkin simple untuk orang-orang yang pro. Me and eton excluded Hahah.




Rupa dia yang tak semenggah mana sesobsesob



BAHAN-BAHANNYA




  • Kacang botor. Kira-kira dalam seploh bijik – potong menyerong
  • Bawang merah – 3 atau 4 ulas camtulaaah (hiris)
  • bawang putih – 1 atau 2 ulas ikut suka hati hang (hiris)
  • garam secukup rasa – kalau kau hagak-hagak tak yakin secukup rasa tu banyak mana, sila rujuk gambar. Tu garam yang aku sukat guna sudu KFC. Bhahaha.
  • Telur – 1 atau 2 bijik ikut suka hati hang jugak. Less is better I think. Hmmm..
  • Kiub pati ikan bilis – setengah kiub *malas nak letak gambar dia boleh?
  • Air setengah cawan atau satu cawan – depends untuk orang yang suka banyak-banyak kuah atau tak


CARA-CARANYA

  • Tumis bawang macam biasa sampai naik bau
  • Masukkan kiub pati ikan bilis, masukkan kacang botor yang dah dipotong menyerong tadi. tumis sikit.
  • Tambahkan air dan garam. Lepastu masak sampai kacang botor tu hagak-hagak dah layu dan air tu agak-agak dah kering sikit
  • Lepastu tambahkan telur.
  • Siaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap!



p/s: boleh tambahkan cili padi kalau suka. hehe






Cehh senang sangat. Lepas ni sila request yang susah sikit oke eton? hahahaha stetmen berlagak gila XD



Oke babababaaaaaaaaaaaaaaaaii =)






10 comments:

Lieyly ︱ Alia said...

sedap3 , :)

bunbun said...

@Lieyly ︱ Alia

hahah. sedap kaaan. puipui

::نور فيلزاتي:: said...

tambah cili and belacan->SEDAP! hahaha.

mizzura said...

kreatif la presentation bunbun untuk entry memasak ni :-)

Latest entry|Layan Maharaja Lawak Final & Keputusannay ialah....|

bunbun said...

@::نور فيلزاتي::

hahah! betul!



tapi setakat ni blum pena guna belacan lagi haha

bunbun said...

@mizzura

hahah presentation yer. haha. memg suka buat macam ni untk entry resipi. hihi

chemay said...

wahhh bunbun pandai masak eh.
bestnyeee.
nanti boleh la hantar dekat umah chemay sikit.
hehe
:P

amir aizat said...

nampak cam sedap, tapi sye salu makan kacang botor tu cicah dgn sambal belacan.mmg best!! heheh

bunbun said...

@chemay

hahah.

bak alamat :P

bunbun said...

@amir aizat

itu pos best jugak. lagi senang. takyah masak2. hehe