Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Thursday, May 12, 2011

Cik bunbun back in action guys! Sorry for the lack of update =)

Yeahhh hari keempat rumah aku ni ada internet. Then baru teringat yang aku ada blog hagagagaga menipu memang tak boleh belah. Sekarang I’m using P1wimax so agak boleh tahanla untuk area rumah aku. Laju pon laju so setakat ni aku berpuas hati heiheihei P1wimax aiilaaapyuuu bhahaha lepas ni tak payah berebut brodben siput budak gemok bhahahaha XD



Aku tawu mesti ramai yang nak tawu ape yang aku buat selama sebulan lepas aku graduate dari PASUM ni. Hakhak graduate konon menyampas aii okeh! Sebulan dah berlalu kan hahaha so buat masa terdekat ni aku taknak amek gambar banyak-banyakla sebab pipi aku sedang mengalami kemelendutan yang kritikal. Alaaaa you knowlahh gara-gara diet tak menjadi sebab sekarang ni aku bekerja sebagai ketua tukang masak. Haaaaa ketua tukang masak kat rumah ni okehh. Kalau aku tak masak satu rumah kena puasa terutamanya kucing-kucing yang setiap sepuluh minit mintak makanan bhahaha=.=



Basically apa yang aku buat kat rumah ni, tengok tv, tengok movie, tengok drama, tengok kucing, tengok bola hahaha sume tengok-tengok cuma yang part tengok bola tu aku tipu. Secara summarynya, saya adalah seketul kelawar yang berjaya hakhakk. Sebelum cuti janji dengan mak nak jogging tiap pagi, nak diet, nak belajar masak, hahaha konon jelaaaaaaaaaahhhhhhh *bengang*. Hukhuk part belajar masak tu je yang aku buktikan yerr. bangun tido, masak, bagi kucing makan, main dengan kucing, baca komik, tengok tv, tido. Hahh tulah kerja aku sepanjang rumah aku takde internet yayy give me five!


Disebabkan ada yang tak percaya yang aku memang tengah belajar masak maka disini disertakan dengan gambar bukti okehh. Haha gambar bukti konon =.=



Ayam tumis kunyit dengan kacang buncis =) (asam keping sebesar-besar alam hakhak bad presentation)



Telur masak cabai =) dengan tema, “takde rupa takpe yang penting sodaaaaaaaaaaaaaapppp”






Daging black pepper dengan cendawan =) fusion. Chinese+western.



Asam pedas ikan siakap =)




Ayam masak kicap dengan brokoli =) tak pernah lagi jumpa masak kicap dengan brokoli kan? Hakhakkk sukahatiakulaaaanakletakhapekatdalamtuuuu.




Kacang botor tumis telur =)




This one is my favourite Homemade icecream yay! Rupa dia boleh tahan kaaann? Tapi sebenarnya aku letak lebih gula hahaha. So that’s why aku kata rupa tak penting okay =.= ingat tu anak-anak.



Then ada lagi yang aku try macam tomyam, bubur ayam, ayam mustard dengan sos mangga (resipi sendiri yang menjadi kebanggaan rakyat jelata hakhakhak), yamyamyam eh kenapa semua ayam ni, udang tumis cili api, sambal sotong, telur puyuh masak cabai, masak lemak pucuk paku, sayur kalian ikan masin, tapi takde gambar sebab tahap kemalasan mengecas telefon bimbit murahan memang berganda ganda harap maklum. Kadang-kadang tak sempat nak amek gamba dah kena ngap sebab lapar sangat huahaha.



Masa cuti-cuti ni lah nak mengasah bakat menjadi suri rumah ni kan, sampai kadang-kadang nak masak punya pasal sampai ter miss citer spongebob hakhakk wajibtengoksetiaphari ohhh macam budak kecik =.= baru tahu kepayahan menjadi suri rumah ni okehhh sebab nak kena memerah otak fikir menu makan malam. Kekadang flip flap buku resipi. Kekadang cipta resipi sendiri. Kekadang kena komplen banyak garam kurang garam kurang tumis hangitlaa itulaaa inilaaaa haha. Tu belum lagi budak gemok balek dari kedah ni. Haishoooo.



Oh okela, nanti aii apdet lagi disebabkan high demand ni kan haha perasan kuangkuangkuang.




Bubaaaii =)

6 comments:

Anonymous said...

jenis fobia cam penah dengar..ni keje miss maisarah la tu..hehek

cik bunbun said...

haha adoi, ape kene mengena ngan miss maisara plak ni beb??

Zahra said...

Macam mana nak buat ayam mustard dengan sos mangga tu?
mengancam je bunyi nya. hik hik!
nak try masak.
Nak resepi, boleh?

faherah... lamanya tak tanya khabar!

cacing said...

dalam bnyk2 tu, ayam masak kicap yang tetap menjadi pojaan hatiku! ehehehe

cik bunbun said...

zahra; hhehe. oke resepi bakal menyusul =D

cik bunbun said...

cacing; haha. munkin sebab gambar pun nampak cantik sikit kot? =P