Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Friday, February 25, 2011

diari : the feeling you got when you do something that is very wrong. rasa berdosa.



sepalit dosa ini
lekat lagi di hujung tapakku
bagai mengikuti seluruh hidupku
sukar kutinggalkan...



sepalit dosa ini
membuat hati menjadi kaku
iman tercalar berderai lesu
akulah hamba yang penuh kehinaan...




sepalit dosa ini
membuat cinta hilang di situ
jiwa terus dihambat pilu
kerana aku tiada apa-apa...



cuma hati hitam bersalut dosa




--------------





ada orang pernah cakap dekat aku; rahmat Allah tu luas. sekali kita buat dosa, Allah cuma balas sekali je, bahkan kita mungkin diampunkan. when we do something wrong, yeppp ada ratu rasa yang menyelinap dalam hati. rasa yang buat kita malu untuk berhadapan dengan orang lain. rasa yang buat kita rasa malu untuk menghadap yang maha kuasa. rasa yang buat kita malu untuk terima nikmat yang Allah sediakan untuk kita... rasa ni buat dada rasa terhimpit, tangan dan kaki turut tersepit, hanya kerana setitik dosa...




aku, hari ini, tiada apa-apa, hanya punya hati kotor yang tersangat hina

aku, hari ini, bukan siapa-siapa, seorang hamba yang menagih ampunan dariNya





“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).




3 comments:

Enchaoz said...

be strong bun.. selagi kita ada usaha ke arah kebaikan, Allah takkan pernah abaikan kita.. Dia mmg takkan pernah pun abaikan kita... :)

intan.liana said...

bunn, hari ini cik aminalia telah memperkenalkan belog mu kepadaku. haha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
dosa panas macam api membakar diri