Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Thursday, January 6, 2011

result FINAL vs result MUET. TUTORIAL kimia vs LAB kimia. cookie vs cappuchino. Ahh hentam jelah semua aku sumbat.Aku busy ni, esok ada 3 test ==


Kebelakangan ni banyak sangat kejadian sedih dan kejadian gembira yang berlaku dalam hidup aku. Lepas satu, satuuuuu. Tak sempat nak tarik nafas huhaa huhaa pon. Uhuk uhuk. Kesian aku kaaaaann. Sob sob. Apa boleh buat, sebagai hamba kita cuma perlu redha dan terus berusaha. Okeh! Jom flash back kehidupan penuh suka duka ni. Teheee :D



Result semester satu yang membanggakan.


Membanggakanlah sangat kann. Huakaka. Mehmula aku sebenarnya hagak sedih sebab result aku macam tak best. Bila kira tiga matapelajaran terbaik termasuk matematik, result aku jadi macam ni.



Biologi A


Kimia A


Matematik C+


PNGK : 3.44


Huwaaaaaaaaaa. Tak sedih pasal tak dapat empat rata. Tapi sedih sebab markah maths masih macam tu. Lebih kurang macam masa mid sem dulu padahal aku rasa aku dah struggle gila gila nak improvekan calculus dan algebra aku. Ke hulu ke hilir mencari cikgu mengajar aku. Sampai nunun yang belajauu kat UiTM puncak alam tu pon dah sampai ke UM semata-mata nak ajar aku skor function== Klik sini untuk result mid sem.



Tapi bila keluar result full untuk semester satu.


Biologi sel A


Pembiakan, ekologi dan perkembangan organisma A


Kimia asas 1 A


Kimia asas 2 A


Fizik asas 1 A


Fizik asas 2 B-


Algebra dan geometri B-


Kalkulus C+


PNGK : 3.46



Huraaaayyy! Rasa nak melompat sampai puncak KLCC sebab gred matematik dah improve. Kehkehkeh. Dari C naek ke B- dan dari D+ naek ke C+. hukeleeeehh setakat C+ pon nak kecohhhhh. Huahuaaa. Sukahatilah. Sebab aku nampak my effort worth it bila nampak gred tu better than before. Alhamdulillah :D


Aku takkan lupa apa yang dr majid cakap sebagai kata-kata semangat bila aku datang menuntut result aku hari tu,


“ibnu sina, al-jabar boleh buat (matematik), kamu pon boleh jugak”

“saya tengok kamu punya kimia dan biologi ni, saya yakin kamu boleh improve untuk matematik ”


Baiklah PA (penasihat akademik)! Bunbun akan berusaha!



seterusnya;


Passion untuk subjek kimia dah hilang ditiup angin. Hahaha.


Boleh pulak macam tu kaaann. Gara-gara tutor kesayangan aku yang dah bersara aku jadi tak bersemangat nak buat tutorial kimia. Huhuhuu. I like DR HAZAR BEBE so much. Tutorial kimia aku dari sem satu memang jadualnya jatuh pada hari isnin kelas yang pertama. Tapi aku tak pernah ade monday blue ke hape ke sebab aku semangat nak datang kelas nak tengok muka dia. So motherly, so comforting. Next week dia dah tak mengajar dah :( dan tutorial untuk minggu depan yang selalunya akan siap menjelang hari selasa minggu ni, tak siap lagi walaupun esok dah masuk hari jumaat. Wuwuwuwwuuuu.


Kimiaaaaaaaaaaaaaa!! Help meeeee!! Hahahaha. Boleh pulak macam tu. Macam mana pelajar mithali berdarah keturunan guru kimia *poyo* boleh hilang passion terhadap kimia. Sobsobsobb. Sempena persaraan dia, aku buatkan dia satu frame-so-that-she-will-never-forget-me-us dengan sepasang kain baju kurung.


Handmade ni. Jangan maen-maen. Air tangan bunbun ni haaa. Hahaha.



Dia hampir nak menangis masa our last tutorial class hari tu. Dia cakap;


“you all don’t need to do all this because it makes me emotional. I hate myself when I am emotional”


Hahaha. Sayu je. Macam mana dia tahan sebak, macam tulah aku tahan. Masa dia sampaikan berita nak bersara tu, aku dah puas menangis. ==



Admin manelah yang letak gambar Dr Hazar jadi profile picture ni ==



Tapi


Lab kimia aku dah bertambah best. Haha. Sebab saya suka encik demo kimia saya yang baru. Huahuaa. Ingat tak dulu kes infection kat telinga aku sebab aku tension lepas balek lab kimia lepas tu aku meroyan dalam bilik air, air masuk telinga, lepas habis satu sem baru telinga aku baik ==. Rujuk entry ni. Hahaha. I hate lab kimia masa sem satu sebab I may commit suicide lepas je balek lab kimia hakhak.


Encik demo yang baru ni, better. Tak tegas sangat. More free zone. Dan dia penyanyi nasyid under one company dengan abang aku. Ah ape kena mengena nyanyi nasyid dengan ciri-ciri demo kimia yang baik? Huahuaa. Better jangan cerita pasal dia lebih-lebih. Mampuihhh aku kalau tiba-tiba hati dia tergerak nak baca blog ni. Kehkehkeh.


Pahpepon. Chemistry is always the best. Hopefully dapat jumpa balek passion untuk menyiapkan tutorial kimia. Amin:D


next;


Baru nak jatuh cinta dah rasa kehilangan lagi.


Kau orang tawulah kan cookie monster yang mati dulu tu. Dia mati sebab torticolis aka infection in middle ear, affecting his brain. Tu lah penyakit dia. Then aku dah jumpa pengganti, encik cappuchino ataw nama manjanya chino nono. I’m sooo in love with him tapi dia dah mati pagi tadi. tak sempat tulis entry pasal dia pon. Huhuu. Died because of dehydration due to diarrhea. Kesian dia. Ada tuan yang tak pritahin. Uwaaaaa.. I’m a killer…


Hensem kan chino? Tapi sayang jodoh kami tak lama. Ajal sudah memisahkan kami :’)



Yang sedihnya, aku tak tawu dia dah nak mati. Patutlah malam tadi dia asek nak mengadap muka aku je. Telling me that he’ll go kot. Huhu. Aku bangun-bangun nak solat subuh, dia dah takde. Cookie dulu, aku tengok sendiri dia nazak. Aku sedih. Sedih sebab selama dia hidup dengan aku, memang dia banyak buat aku ceria. Sedih sebab semalam dia elok je, aku baru bersihkan cage dia. Sedih sebab life dah tak sama bila dia takde :’) tapi aku redha dengan apa yang Allah tentukan.


Mungkin betol kot orang tua-tua kata kalau tangan panas ni memang tak boleh bela binatang. Kalau bela mesti mati == aku belom decide lagi lepas ni nak bela lagi ke tak. Bela lagi lapan ekor. Cukup mati seploh ekor baru bertaubat. Haha boleh pulak gitu. Nak salahkan tangan aku yang memang berdarah panas ni ke, ataw nak salahkan guinea pig memang tak immortal ==


Life must go on! insyaAllah!


Result MUET yang membuatkan aku sedar hakikat kasih sayang tanpa syarat.


Malam sebelum chino mati, result muet dah keluar. Sempat kongsi dengan dia result aku. Kalau dia mati sebelum keluar result mesti aku lagi sedih. Huhu.


So here it goes;



Band 4 je. Tapi budak gemok aka abang kesayangan aku bangga semacam kenapakah? Aku pon tak paham. Kalau no 4 tu evolve jadik empat rata dekat slip keputusan final nanti lagi best kan Kehkehkeh.

ni haaaa. bangga semacam ==



But something that makes me happy adelah, aku realize, yang abang aku sentiasa bangga dengan academic result yang aku dapat. We are so different yet we are complementary to each other. Aku cuma better dari dia in academic tapi dia dapat semua portion yang aku takde dalam sukan, bakat, self confidence, dan berat badan. Kahkahkah. Oke abang, lepas ni kita diet dan kurus sama-sama eyy.


Macam mana dia selalu bangga dengan UPSR, PSRA, PMR, SMA, SPM yang aku dapat, macam tu lah aku rasa bangga dengan apa yang dia buat sekarang. Ya, saya bangga abang saya memperjuangkan industri nasyid negara walaupun dia tak femes macam raihan dan rabbani plus suara dia banyak bekap dari solo. Takpe abang, kau dah solo banyak kali dalam bilik air. Hahaha. Jom kita buat mak dengan arwah ayah bangga :)


Album abang aku yang bakal keluar tak lama lagi. Cepat cari mana satu abang aku. Klu : yang amat paling terbesar sekali. XD



So that’s it.




Kalau ada perkara sedih berlaku, mesti yang gembira juga akan muncul. Samalah seperti selepas malam, akan datangnya siang. Lepas perginya gerimis, pelangi pula menjelang. Allah mengajar kita erti kehidupan dari segala kejadian alam. Betapa hebatnya Tuhan kita kan :) sorilah entry ni panjang sangat. Membaca pon cungap-cungap. Kehkeh.



p/s : sudahkah mengucap rasa syukur kerana dilahirkan dalam nikmat islam dan iman? Semudah ucapan ‘alhamdulillah!’ :D


sekian :)

8 comments:

nur aisya humaira said...

wow2,bagusnye die dpt result always tggi..:)

ReEnApPLe said...

tahniah atas keputusan exam yg cemerlang... huhuhu..
good!!!

ila syamila said...

bun, aku link belog kau kat entri aku lah. eheee.

Filzah anNafi' said...

tahniah untuk sume result anda! ganbatte kudasai ne~

cik bunbun said...

nur aisya humaira; eh takdelah biase2 je. ramai lagi yg lagi tinggi ^^

cik bunbun said...

reenapple; hehehe ngeee. bila nak bagi hadiah? ekekekee

cik bunbun said...

ila; ngeee sudah baca dan sudah komen juga. ekekeke

cik bunbun said...

filzah annafi; hehehe tenkiuuu dear ^^