Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Saturday, January 8, 2011

“Nama saya.. err.. bunbun.. err.. asal dari.. errr..” wadehekk betul. Shaye tak suka sesi memperkenalkan diri. ada apa dengan nama BUNBUN ^^


Maka tersebutlah kisah di sebuah kelas tutorial algebra dan calculus pada pagi jumaat yang mulia. Maka seorang tutor yang sudah empat minggu tak pernah masuk kelas, tiba-tiba muncul pada pagi minggu kelima tersebut. Aahhh aku tak retilah guna bahasa buku cerita ni kehkehh XD


Sambung-sambung;



Macam biaselah, bila dah festaim masuk nak tanya namalah, itulah inilahhh. == aku lagi sanggup orang tanya saiz kasut aku dari tanya nama aku hahahahaha! Then when it comes to my turn, selalunya mesti tarek napas limaplohsaat lepastu ;


“Nama. Saya. Noor. Faherah. Hidayah. Binti. Ahmad. Tamizi.”


Pause untuk setiap perkataan sebab aku nak pastikan orang yang bertanya tu akan ingat sepatah sepatah nama aku hahahahahaha tak ke poyo tu? Nama ayah tu wajib. Skema skemot betol anak sapelah ni ahoi XD


Tapi selalunya sepanjang hidup aku ni, susah sangat orang nak ingat nama aku FAHERAH terutamanya pada perkenalan pertama. Pertama, sebab nama tu memang pelik semacam. Kedua, sebab nama tu memang panjang dua macam ==



Gamba selingan tiba-tiba. Nice kan meja aku? Bhahahahahaha XD



Orang JPN yang perlu disalahkan!


Yeshhhh! For obvious reason, cuba kau orang carik makna nama aku dalam kamus bahasa arab. Ada tak maksud FAHERAH tu? Grrrrrr. Nama aku sepatutnya FAREHAH yang bermaksud gembira. Tapi grrrrr orang JPN tu grrrrr grrrrrr double triple grrrrr. kehkehXD saket jiwa ditusuk-tusuk tahu tidaaakk? Yep, nama aku takde maksud pommmm. *hampa*cuba carik dalam kamus bahasa benggali kot kot ada maksud. XD


Tapi kalau balek kampung memang semua akan panggil aku farehah. Rasa kekok bila dipanggil nama yang bukan nama dekat surat beranak hahaha menggelabah poyo punya stetmen. Bila ada sedare mara yang tak ingat nama aku, aku pon kompius dua tiga saat nak ingatkan dia nama aku FAREHAH ke FAHERAH. Okayy dalam kes ni FAREHAH selalu menang. redha jelah deknon.==


Gambar selingan tiba-tiba lagi. List makanan yang aku mengidam. HAHAHAHA. Patutlahhh ==



FAHERAH dan ayam golek.


Dulu ustaz bahasa arab aku selalu suka dop translate nama-nama kitorang. Dia selalu pesan, jangan bagi nama anak NUR RAZILAH sebab maksudnya cahaya longkang hahaha. Ye betul ke tidak aku pon tak pernah cek kamus angguk angguk je tanda paham bukan tanda mengantuk hokayyyy. XD


Lepas tu semua nama lah dia translate. Nor baitie cahaya rumahku. Bla bla bla. Bila sampai nama aku;


“faherah ni maksudnya ayam golek. Dulu masa saya belajar dekat mesir (sebenarnya tak ingat ustaz pernah belajar kat negara mana kehkeh), saya selalu makan faherah ni”



ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Aku bukan ayam golek okeh! Hmmpphhhh.. *hampa dan kiciwaa*



Gamba selingan tiba-tiba kuasa tigapuluhtiga. Sushi beli dengan cik nana dekat jusco haritu^^



Antara bunbun dan faherah.



Bukanlah maksudku menduakan nama yang diberikan oleh mak ayah tercinta kehkeh. Tapi dah memang jelas nama BUN tu lagi senang orang nak ingat. BUN = ROTI = COMEL. Hahahahaha takde kene mengena dengan roti dan comel gurauan semata-mata miahahaha XD


Situasi masa sekolah rendah dan sekolah menengah (masa nama bunbun belom dikomersialkan), diorang selalu salah sebut nama aku. Hahaha bukan nak tegakkan nama yang takde maksud tu tapi dah tu memang nama aku dan aku memang bangga dengan nama tu. Tapi serius memang seksa nak bagi orang ingat nama aku. Ingat tu satu hal, nak suruh sebut betul-betul dengan dengung qolqolah semua mesti nak betul jugak satu hal pulak kehkehXD


Sejak kelasmet sekolah dulu bagi nama bunbun kat aku, I try to teach my new friend to call me bunbun. And it worksssssssssssssssssssssss!!! Yehaaaaaaaa! Akhirnya sel otak anda semua berhubung dan dapat mengingat namaku pada perkenalan pertama kehkehkeh. Bangga mak nokksss menyampass aii ekeke. And yeshhh, kalau anda berkeras nak panggil me my real name, choose one, faherah ataw hidayah. But make sure you got it right if not I cut cut you into two four (baca doplohpat) kerat.


Gamba selingan tiba bertiba. Apekah? Haha. Spaghetti yang berjaya dimasak bersama cik nana menggunakan heater ^^



Bunbun pon bermasalah jugak ==


Masalah akan timbul pada situasi genting contohnya;




Situasi : seekor ikan buntal malas nak menandatangani kertas kehadiran (sign attendance)


B : BUNBUN

I : ILA


B : ilaaaaaaa tolong sainkan aku punye *malas nak angkat pen padahal attendance depan mata

I : bunbun eh. *mencari nama aku kat list nama tu* Nama kau ape eh?

B: hentaaahh. Nor bunbun kot. ==



HAHAHAHA. Dalam ramai-ramai budak pasum ni cuma rumet aku je yang panggel aku FAHERAH. Haishooooo susah betul macam ni. Lepas tu, ada jugak klasmet-klasmet dan yang nakal duaribumegawatt ni pergi mutatekan lagi nama aku yang dah sedia termutate


Faherahàbunbun



Lepas tu


Bunbunàbunie (jenama roti yang tak femes)

Bunbunàah boon aaa (bila disebut dalam slang cina)

Bunbunànubnub (bila disebut secara terbalik)

Bunbunàbun toot. Apekahhhh ==



Sabar je haku. Ahhhh suka hati kau oranglah! Malas aku nak fikir dah!

Sekian:( *merajuk konon-konon bhahaha*



p/s: siapa dapat teka kesinambungan gambar-gambar selingan dalam entry ni dapat gegula sebijik XD

13 comments:

Enchaoz said...

nor bunbun..
sengal kan.. hahahhahahahhaa

Cik Fydana said...

Kesinambungan dia; pasni kena belanja saya makan! har3...

ila syamila said...

ila tu aku lah rasenye. klako lagiiii !!! >,<

ImanAzlan said...

hahah , weh , kat mesir , kitorg panggil ayam golek tu firakh ,
still, bukan faherah

teeheehee

amiin, aku doakan kau kurus ye. :D

Emmydori said...

like this post! :D
tapi kan bun kalau org jpn tu silap kte boleh request tukar nama kan?

cik bunbun said...

enchaoz; hahaha cik ecah, tulah sengal gila minah ni. hwakakaka

cik bunbun said...

cik fydana, ehehhh. nak gegula setengah bijik. dah nak betul dah tu yer. ekekeke

cik bunbun said...

imanazlangemok; hahaha! aku dah agak ustaz aku tu salaaaaahhh! demmmm! tak pasal2 setiap kali kelas dia aku kena jadi ayam golek! ==

cik bunbun said...

ila syamila : hahaha ko la tu. kehkehh. aku ader linkkan nama ko kat bloh ko uh ^0^

cik bunbun said...

emmydori; tulah lebih kurang macam tu kot. tapi aii loikee my name. macam artis sikit nama uh. FAHERAH HIDAYAH. wahwahhh. hekekeke. btw, thnx suka entry ni. nak improve banyak lagi ^^

khairiah shaari said...

warge Malaysia~ MALAYSIAN

warge BUN2~ BUNIAN

teori tatabahase yg direject lam spm.
sekian :))

ReEnApPLe said...

weee...comelnya nama.... huhuhuhu...

einz miszmessy said...

einz teka la.....

em....nga study pastu bunbun lapo.....

tu yg byk post mknn.....

eh bunbun....

nape tak dipanggil yaya jep...kan ada nama hidayah???