Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Thursday, January 13, 2011

Bila bunbun mula membebel: KAKI ITU AURAT JUGA *P/S: ini bukan entry jual stoking XD

Okeh, selalunya entry berunsur tazkirah ni tak ramai yang berminat nak baca. Tapi ape boleh buat tanggungjawab mengajak orang ke arah kebaikan tu tetap perlu dilaksanakan. So, aku akan cuba sampaikan dalam bentuk yang paling mudah untuk kau orang faham. Dan entry ni bukan aku tulis untuk perempuan je. Lelaki pon boleh juga. Lepas habes baca ni bolehlah anda semua setat bebel dekat kakak, adik perempuan, makcik, mak mahupun makcik jual nasi lemak lalalalala. Oh mari kita mulaaaaaaa! :)




Kalau nak bercakap tentang aurat ni, sampai tahun depan pon belum tentu lagi habis. Aurat dengan bukan mahram, aurat dengan mahram, aurat dengan maknyauuu, aurat dengan kucing jiran. Hahaha oke oke serius balik lupakan kucing jiran kau orang hahahahaha ==





Aurat seorang gegurl di hadapan mahramnya



Dan hari ni kita fokus untuk bab aurat seorang perempuan dengan bukan mahram iaitu mereka-mereka yang boleh dikahwini. Mereka-mereka ni termasuklah, pakcik jual air kelapa kat tepi jalan nun, artis jambu melayu mahupun justin bibir, mamat-mamat kiut miut yang satu kelas dengan kau orang, mahupun bangla-bangla yang dop bancuh simen di situ. Kalau nak diikutkan, setiap hari kita akan berjumpa dengan mereka-mereka ni dan itu juga bermaksud aurat kita sebagai seorang gegurl juga haruslah dijaga sepanjang masa. Betul tak maklong makngah? ^



justin bibir! jom kawen dengan bunbuuunnnnn hakhakhak. agak-agak dia paham tak belog bahasa melayu XD



Dan hari ni aku tanak cerita pasal baju jarang ketat sendat melekat ke hape ke. Kita fokus part kaki je dulu hari ni. Yeshhh! Kaki je dulu!


Kalau tak salah aku, aurat seorang gegurl di hadapan boboy yang boleh dikahwini adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangannya. *betulkan aku kalau aku salah*



Dan hukumnya adalah wajib berdasarkan hadis ni;


hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi; dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan;


“Suatu hari Asma’ anak saidina Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w.. Kebetulan ketika itu ia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya” (HR Imam Abu Daud)


Aku rasa hadis ni femes kot. Tapi tinggal nak amalkan tu yang susah tu. Stated there, ‘seorang wanita yang telah sampai umur baligh’ aku yakin semua yang baca belog busuk ni memang dah baligh. Ade ke yang belum? Hahaha boleh pulak aku tanya in public macam ni bhahahaha== stated also in the hadis, ‘Selain muka dan tapak tangan’, Maksudnya kaki pon aurat juga betul tak maklong makngah? ^0^



Pengalaman aku masa sekolah dulu.


Masa memula masuk sekolah agama dulu. Fuhaaa fuhaaa rasa macam pelik jugak sebab nak pergi mana-mana kena pakai stoking. Almaklumlah, dibesarkan dengan adat melayu. Sekadar cukup pakai tudung je dah dikira sempurna dah tu menutup aurat, kira macam dah lulus cemerlang gitulahhh. Tapi masa tu aku mengikut jelah, kalau tak pakai karang kena denda pulak dengan pengawas. Grrrr. Hahaha.


Tapi itulah, pendidikan yang walaupun dipaksa melalui peraturan sekolah, tapi kalau dah hukum Allah tu tetap hukum Allah jugakla kan. Lelama aku mula lembut hati jugakla pakai stoking tu bukan sebab peraturan sekolah tapi peraturan Allah :) ingat tu, peraturan Allah!


Aku tahu bukan senang nak tutup kaki ni. Especially bila setiap kali keluar nak kena sarung stoking fufufufuuuuu memang leceh == nak nak time hujan lebat air masuk kasut aaaaaaaaaaaaaaaaaaa boleh gila kalau kena tahan pakai stoking lenjun. Sumpah boleh jadi gila ==. Tapi ingatlah, apelah sangat kesusahan tu kalau Allah redha dengan kita. Betul tak maklong makngah ? ^0^



Tips bunbun untuk anda mulakan sekarang!



Ikhlaskan hati menutup aurat untuk Allah, bukan kerana terpaksa, insyaAllah Allah meredhai anda dan anda dipermudahkan untuk berubah. Dan yang paling penting sekali untuk mulakan mulai hari ini adalah, anda haruslah ada setok stoking yang banyak. kehkehkeh XD


So, jom usha wardrobe bunbun! Huahuahua.




Inilah stoking striking anak hayam kehkehkeh. Untuk mereka yang mungkin baru nak berjinak-jinak, kau orang boleh try stoking cap giant ni. Yesshhhh stoking ni boleh carik kat pasaraya giant sembilanpuluhsen jer sepasang fufufuuu == jangan nak bagi alasan yang stoking ni mahal. Cuma stoking tak berapa digalakkan untuk mereka yang berbaju kurung sebab dia pendek takat buku lali je. Nanti kalau naek tangga selak selak kain Nampak jugak kaki hmmmphh baek tak payah. Pengguna jeans tegar boleh try yang ini! ^0^



Okeh yang ini pula stoking belang-belang si kuda belang hahaha apekah? ==. Yang ni pon lebih kurang je dengan anak ayam tu tapi this one is better sebab dia lagi panjang; panjang means lebih tinggi dari buku lali. Kalau yang murah tu macam tak cukup kain je gayanya, yang ni mahal sikit sebab tu kain dia ade extra kehkehkeh. Dan corak stripe pon nampak funky kan kan kaaaaaaaaannnn? Ape salahnya bergaya di samping kita menutup aurat ;)



Ya, stoking yang paling tipikal yang aku ada. ==. But this one is the best sebab dia panjang gilaaaaaaaaa sampai lutut nun haaa ekekeke. Hagak-hagak kalau nak pakai skirt pendek pakai stoking ni pom boleh jugaaaak hahahaha oke-oke gurau je. This one pon dalam tiga ringgit lebih dah boleh dapat. Kalau nak cari stoking macam ni carik yang tebal sikit. Kalau nipis boleh nampak kaki jugak plus cepat koyak. This one yang kau orang patut ada:)



Yesshhhh! This is the other reason why we should cover our feet! Hahahaha ni namanya stoking ibu jari kaki kuang kuang kuangXD selalunya orang yang aku jumpa, dia tak nak pakai stoking sebab tak boleh pakai selipar yang ade selang kat ibu jari. Ahh sukahatilah aku panggil selipar selang selang je kau orang paham-paham ajelah hwakakaka.



Hah inilah selipar yang ade selang kat ibu jari aka selipar jepun. Selipar jepun sekarang kan dah stylo myloooo tak macam yang jamban aku punya ni. Haaa ni bukan selipar aku okeh, ni jamban aku yang punya kehkehkehh. Takde alasan untuk kau orang tak nak pakai stoking sebab pakai selipar! ^0^ see, bukan susah nak menutup aurat ni kan ;)



Kalau tak cukup satu jari, yang semua jari pon adeeeeeeeeeeee. Kehkehkeh. Funky gilaaaa yang ni. Yang macam ni pon ade kat pasaran. Tinggal pandai nak cari, dan beli lepas tu gayakan. Alang-alang kau orang dah keluar rumah comel-comel pakai tudung bagai, apa salahnya biar tertutup semua sekali.



Mungkin ada yang tak percaya pakai stoking ni ade style. Takpe, tengok yang ni pulak.





Styleeee kaaannnn. *harap maklom kaki maksss tak selim macam ni oh lalalalala gamba carik kat gugel je hukhukhukk.*



Cakap banyak pon tak guna. Sekarang tinggal tunggu kau orang pick one yang kau orang suka je. So ape lagi tunggu? Tak susah pon, setiap kali nak keluar rumah, pakai stoking. Setiap kali nak keluar ke tempat tempat yang akan terserempak dengan mana-mana lelaki, pakai stoking. insyaAllah kalau amal selama 40 hari berturut-turut, akan jadi kita punya habit yang tak boleh tinggal ;)



Sebenarnya aku pon belomlah layak bercerita pasal aurat ni sebab nak istiqomah pakai stongan (stoking tangan) pon belum kuat lagi == tapi takpe, insyaAllah kita sama-sama berubah.


Sa’id bin Jubair berkata,


“Apabila seseorang itu tidak menyuruh kepada kebaikan dan tidak pula mencegah kemungkaran, kerana dia menunggu dirinya bebas daripada kesalahan, maka tidak akan ada walau seorang pun yang akan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.”



Kesimpulannya; Jom beli stoking dan pakai! Hahahaha


Sekian ^0^


11 comments:

nur aisya humaira said...

betul tu, tpi knape ye macm berat je nk buat...
Ya ALLAH,teruknye pea sye...huhu

Zqah Ismail said...

susah wei nak cari stokin selang-selang kat sini T___T

p/s : pos kat sini satu ..

zaira said...

wuyoooh! okey okey!

cik bunbun said...

nur aisya humaira ; takpe semua manusia tu buat salah kan, yang penting kita ada kesedaran untuk berubah ^^

cik bunbun said...

zqah ismail; sis, okehhh! cepat PM alamat rumah XD

ciQu said...

perghhh... sekse nk bace smpai abis. panjang gilak cik bunbun bagi tazkirah. hehe..
emph..kat UTM nih toksah duk kata la..yg pakai kasut pon x pakai stokin ni kan plak yang pakai sliper jepung..tp x sume camtu. tp tu la patik sendiri yg laki pon pakai stokin ari2. basuh stoking...errrr.usah ditanya. XD

hamba pelik ah knape hamba buleh tbace entri ni very detail.btw tabik ah justin bibir cari bini yg tutup aurat. heheh.

.Efira Nabilah Bt Khamsah. said...

tertarik dengan entry ney ^^
thanks for sharing this ..
memang ramai sedar benda niy tapi biasalah buat2 taktau ..

bukan setakat stoking je sometimes yang bertudung pon pakai gak lengan pendek nampak gak lengan tuh ..
fesyen2 shawl, tdung skarang lebih menjurus berpakaian dek krn fesyen bukan utk mnutup aurat ..
next time share laa apa2 pengetahuan lagi always blogwalking ur page (:

*sama2 kita perbaiki diri untuk mmbantu mperbaiki org lain kan ? ^^

nanad said...

thanks cik bunbun ^.^
nasihat yg sgt berguna.

kak fa said...

steady la entry nih.. akak loike2 very much.. keep up d gud work.. sesuai dgn saranan Rasululullah saw : "sampaikanlah drpdku walaupn satu ayat".. (^_^)

chemay said...

comel je stok stoken bunbun..
weee :)

cik @ien said...

nice entry!! ^___^

semoga mampu jadi lebih baik.. amiin..