Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Sunday, December 26, 2010

Kesalahan terbesar seorang blogger! Entry versi cik bunbun melaram. XD

Yehaaa yabedaaa beduuuu. Cik rumet bagi pinjam laptop dia khas untuk daku menghapdet belog yang berkulat masam dengan bacteria shirota. Erkkk. Huakaka.


Tepek muka sendiri dulu. Bhahahahahahaha.


Yepyep penampilan terbaru. Semester dua semedang aku pakai jubah dengan pashmina. Sampai klasmet ada yang tertanya-tanya “bun, mana baju kurung kau?” hagagagagagagaga. Jawapannya mudah lagi muktamad. Aku dah bungkus semuanya == siyes aku tak tipu sungguh aku tak tipu kalau tak caya aku tak tipu meh datang cek lemari aku kat pasum ni. Kehkehkeh.


Walaupun lighting tak berapa best tapi aku rasa lebih tinggi dalam gambar ni. Bahahaha.



Persoalannya di sini, kenapa aku mengubah penampilan. *konon-konon soalan cepu cemas tanya kat diri sendiri ecewaaaahh*




KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA.


Hahahaha okeylah sebab aku rasa I need to put more confidence in myself dan kadang-kadang tukar penampilan boleh mengubah sikap dalaman jugak. Hmmmmmmm dan kenapa mesti berjubah? SEBAB AKU RINDU ORANG KAT MESIR. Wakakaka aku tipu je eh ehhhh kalau percaya aku kasik lempang dengan kelajuan cahaya! Ecehhh nak jugak kelajuan cahaya 2.99 kuasa lapan meter sesaat kehkehkeh.


Dan aku memilih pashmina sebab dia besar dan menutup dada == at least takde siapa boleh mempertikaikan mana tudung labuh aku dah terbang sebab pashmina pon spesies tutup dada jugak kehkehkeh. Mintak mintak ustazah tak baca belog aku amin amin ya rabbal alamin. Hahaha!



Tapi ada je yang buat aku panas setiap hari sebab setiap kali aku datang lecture, dia akan cakap


“bun, kau pakai selimut lagi hari ni?”



Hahahaha aku rasa nak lepuk-lepuk je minah ni. Naseb baek aku tawu yang dia Cuma bergurau dengan aku alaa kunun-kunun nak bermanja dengan aku gitulahhh. Haha. Kalau anda yang berkenaan membaca entry ini, sila bawak-bawak muhasabah aii sensitip dengar perkataan selimut keluar dari mulut u huhuhu!



Haaa sudah sudah. Entry laen aku nak tulis, entry laen yang keluar hakhak. Back to our topic tadi, KESALAHAN TERBESAR SEORANG BLOGGER.




KESALAHAN PERTAMA : menggunakan alasan yang boleh membuatkan orang sakit perut setiap kali sudah lama tidak menghapdet belog.


Alahhh you all tawulahh aii, pelajar mithali sepanjang masa doplohpatjam buat soalan tutorial. Kahkahkah oke tipu semata-mata. Tapi memang betul pon aku busy. Setiap kali nak apdet belog mesti alasan tu aku bagi, tutorial tutorial lab report. Ahhhhhh cirit hijau sebab kebosanan aku dengar alasan yang sama huakaka. Oke mungkin cirit kaler pepel is better. Erk ==


Gambar selingan perasan hot.



KESALAHAN KEDUA : buat bodoh ala ala otak siput bila ada orang tinggalkan pesanan dekat shoutbox.


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Aku memang nak peril diri sendiri ni huhuhu. Ye aku tawu, mesti orang ingat aku sombong hukhukhuk T__T. kadang-kadang ader orang tag aku tak buat-buat. Orang kasik award pon tak buat buat. Hoi bunbun! Kau ingat kau bagus sangat! Hahahaha kesian aku kan. Masa takde nak buat == takper, tunggulah aku habis pasum nanti cuti berbulan bulan! Hmpphh!


Gambar selingan perasan comel. Ehh selama ni aku memang comel hape. Kahkahkah!



KESALAHAN KETIGA : menulis entry yang menunjukkan kemurungan semata-mata dan hei, orang tak paham ape kau tulis tu.


HAHAHAHA. Yang ni merujuk kepada entry sebelum ni yang aku tulis tu. Alahhh biaselah wanita bila datang bulan, mood berubah-ubah. Kenapa tuala wanita semuanya sama? Gunalah libresse! Hahahahahahaha berangan jadik yuna sekejap bahahaha. Entry tu aku tak tulis masa aku datang bulan eh! Masa tu cookie baru mati, I’m so down sampai terbawak-bawak ke dalam belog ==. Tapi memang tulah gunenye belog kan; untuk luahkan perasaan dan pendapat :D




Gambar selingan awek awek hangat baru keluar dari kuali ni kehkehkeh. Apekah? Haha. Thanks for the great lunch guys! :)



KESALAHAN KEEMPAT : tidak menjejak kembali belog mereka mereka yang sudi menjengah dan meninggalkan komen walaupun komen mereka takde kena mengena dengan entry.


Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Cepat salahkan tutorial dr ghapor! Aaaaaaaaa hahahaha. Tutorial dr ghapor aku habeskan masa seminggu untuk siapkan sebab nak memahamkan apa yang diajar pon mengambil masa 25 jam tolak makan berak tidur == sekali lagi alasan tutorial digunakan haktuih kau bunbun! Hagagaga nak cek shoutbox sendiri tak sempat ape lagi nak buat blogwalking. Buhuuuuuuuuu!



Sebenarnya kesalahan ni aku je yang buat kot ==. Tu tak termasuk menulis entry merapu dan tak berinformasi, kesalahan menepek gambar sendiri yang perasan cun, kesalahan tak meneruskan diet. Ahh apa kene mengena diet dengan belog pulak. T____________T. sampai kadang-kadang nak go on blogging pon rasa berat je. Rasa bersalah dengan reader belog ni. Buhuuuuuu!



SAYA MEWAKILI PIHAK CIK BUNBUN, BERBANYAK-BANYAK MEMOHON AMPUN DAN MAAF DI ATAS KESALAHAN YANG DISEBUTKAN DI ATAS. KERJASAMA DAN PENGERTIAN PIHAK TUAN DAN PUAN AMATLAH DIHARAPKAN.



Sekian, terima kasih.



Yang menjalankan tugas,


Bunbun,
Setiausaha termolek abad ini.
Alahaii cek mek molek *tiba tiba*



Ahhhh berangan tulis surat rasmi pulakkkkkkkkk! Huakaka! :D





Nah spoiler untuk next next punya entry. Pengganti kepada mr cookie monster. Sajer kasik tutup itu muka taknak bagi guinea pig wanita yang sedang membaca blog cik bunbun terpikat. Kehkehkehhhh. Abaikan muka sememeh hidung kembang eye bag besar tu ==


Sekian ;)


6 comments:

Encik Tikus said...

alalala, comelnyalah muka kau, keh keh

cik bunbun said...

kau baru tawu yang aku comel. aku benci kau. semalam kata nak kawen dengan aku. kahkahkah XD

Nur said...

hahahahahahahaha xD
comel sgt!!

fyna said...

selimut? ahha lawak2..tp u pakai jubah nampak tinggi! hehe..

Lya said...

bla bunbun comey camni nk ajak bunbun join contest! hihi =) kita tag bunbun..visit my blog k? ;)

cik bunbun said...

nur ; haha time kasih!


fyna; double terima kasih! hahahaha


lyn; triple terima kasih! hahahahahhahahaha


*sewel*