Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Friday, November 26, 2010

Resipi : TERUNG TELUR versi cik bunbun. Sekarang cik bunbun mahu jadi chef pula kah? XD


Kahkahkah. Sejak bila aku pandai masak pulak ni alolololoo. HAHA.


Raya haji haritu masa balek kampung ade jugak yang kata aku dah kurus. Bangga la walaupun kurus sikit je huakaka. Mane taknye, tak makan nasik. Kalau tak kurus tak tawulah. Tapi lepas hari raya orang sembelih-sembelih, makan boleh tahan jugak. Dua tiga hari makan lauk daging. Part yang lemak-lemak pulak tu. ==. Hancur diet makss.


Ape motif citer pasal aku dah kurus ni?



Hahaha. Ah sudahh. Back to resipi :)



Aku sangat pasti yang resipi ni tak ramai yang tawu sebab resipi ni boleh kira macam warisan keluarga lah kot. Tapi wajiblah letak nama resipi tu VERSI CIK BUNBUN sebab aku yang tulis entry ni hokaaayy hahahahahaha. Boleh pulak macam tu ==



Ohkayy memula sediakan BAHAN BAHANNYA.


SATU – bawang putih bawang merah. Hagak hagak dalam empat lima ulas. Eh betul ke ulas? Hentam jelah takde masa nak recall simpulan bahasa bagai haha.


DUA – lada hitam dalam sepuluh bijik gitu. Better jangan guna serbuk lada hitam sebab tu dikira macam mengalter resipi ni haha. Copyright hokayy! Copyright! Wakakakaka XD


TIGA – garam hagak-hagak secukup rasa.


EMPAT – telur dalam dua atau tiga bijik bergantung pada kuantiti terung. Selalunya mak bunbun akan suruh letak dua bijik je tapi aku selamba badak je tambah lagi sebijik senyap-senyap. HAHAHAHADOI. ==


LIMA – tepung jagung dalam dua sudu macam tu dah okeh.


ENAM – cili giling atau cili boh atau cili blender hape hape jelah nama dia yang penting cili. Dalam dua sudu macam tu jugak.


TUJUH - terung. Kalau takde terung takdela rasa terung ye daaak. Hmpphh.





Ohkay tujuh bahan je. Simple dan kau orang akan dapat satu resipi yang mudah dan lazat. HAHA. Poyo pulak aku rasa. Tu lah tak biasa pulak tulis entry resipi-resipi ni hahaha abaikan abaikan.


CARA- CARANYA





Tumbukkan lada hitam, bawang segala bawang bersama dengan garam. Nanti rupa dia jadi tak semenggah macam kat atas ni.





Pukul dua bijik telur dan tambahkan dua sudu tepung jagung. Ahh kachang je ni. Kacau hingga sebati okeh. Pastikan tepung jagung tu takde ketul-ketul.




Lepas tu campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi dengan telur. Lepas tu tambah pulak cili boh. Dah kira separuh siap dah ni. Keh keh keh.


Lepas tu kita akan buat proses menyalut pulak.





Terung yang dah dihiris secara serong dan nipis-nipis tadi disusun selapis dalam Tupperware. Pastikan Tupperware yang berpenutup eh sebab nanti chef bunbun nak ajar korang goncang-goncang. Hahaha.




Lepas selapis, letakkan selapis adunan telur tadi.




Lepas tu lapis dengan telur lagi dan ulang proses yang sama sampai habes.




Sebenarnya step ni tak penting sangat pon. Yang penting terung tu tersalut sudahlah ye daaak. Sajeww gewdiks gewdiks KAH KAH KAH!




Alternatively, sumbat sume bahan (terung + telur), tutup Tupperware tu lepas tu terus goncang. HAHAHA. Tapi jangan tunjuk depan bakal mak mertua lah. Takut hilang keayuan dan kemachoan terus kene reject. Bhahaha.




Seterusnya boleh terus goreng. Better lepas salut terus goreng. Tak payah tunggu dua empat jam konon-konon nak bagi resap ke hape ke sebab nanti sumpah tak sedap. == *serious*


Pastikan minyak cukup panas jugak sebab kita taknak terung tu menyerap minyak sebab nanti dia jadi terung minyak bukan terung telur.




Goreng sehingga keemasan. Ecececehh. Konon kaya lah kot makan emas. Erkk.




Part menggoreng ni kekadang kena goreng dengan mata hati sebab lepas dah empat lima round goreng, minyak tu akan penuh dengan buih. Haha. So tengok dengan mata hatilah nak tawu dah cukup emas ke belum.


Angkat, toskan dan hidang



Tadaaa! :)


Sedap dimakan bersama nasi dan sedap dimakan begitu sahaja. Orang banjar kata, sedap dikilau :D kilau tu ratah la oke. Ehem-ehem bangga jadi orang banjar tapi tak tawu cakap banjar hahaha.


Oke selamat mencuba!



p/s : yang part 2 untuk entry semalam tu sambung nanti-nanti. I need fresh air dan makanan yang sedap. Erkk.



Sekian :)



12 comments:

NuR said...

aku tak minat ngan species terung... tapi bunbun jadikan terung ini nmpak sedap...heee~ aku maleh nak wat.. tolong anta jer lauk tu free delivery depan umah aku..sekian terime kasih.

~LP Lum~ said...

salam ziarah~

hehehe.. bestnya.... nak try2... :)

Encik Tikus said...

fuyoo dah reti masak ! keh keh =p

cik bunbun said...

nur : aku pon tak bape suke spesies terung tapi terung ni dikecualikan sebab sumpah sedap. hahahaha. klo tak sedap aku berani potong bulu kaki >.<

cik bunbun said...

LP lum : hahaha. try2. silakan ^__^

cik bunbun said...

encik tikus : kau je yang memang sejak zaman sekolah memandang rendah kebolehan aku ==

SuFfian.Aeskandar said...

ish..bunbun buat mesti XSEDAPPPPPP..
hahahahah
bwekk:p

cik bunbun said...

pian ; ni ade yang nak kene sekeh ni. siaplaaaaaaahhh! HAHAHA.

WawaMoktar said...

cik bunbun...lame xjenguk blog wawa ekkk!!!sampai hati..huwaaaa.. :(

btw, resepi terung telur nie ke yg cik bunbun mkn bg nk kuruskan badan anda??hehe...

Mohd Wakiyuddin Rosnan said...

wah.. sedapkah?

nora said...

sedap ar bunbun masak aku penah makan( ni aku tipu tau =P )

Enchaoz said...

fuyoooooo hehehehe