Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Tuesday, November 23, 2010

Lelaki, mana-mana pun sama je. CIK BUNBUN HAMPA DAN KECEWA. XD

Ehhehh. Jangan bunuh aku dengan stetmen di atas tu. Kita biar jadi tanda tanya dulu. Kikikii.



Cuti semester dah berlalu dan semester baru dah dua hari bermula tapi sepatah haram pon aku belom apdet kakakakahh. Alah, masalah biaselah, takder berusband, takder wifi, takder mood nak on laptop, takder jari nak taip. Erks. XD



Dalam masa bercuti hari tu dah macam-macam aku buat. Aktiviti melabur wang ringgit di jalan TAR, Bercuti kat genting highlands, merendek seharian di mid valley-yang-aku-tak-bosan-bosan-nak-buat-macam-mana-dah-tu-je-paling-senang-nak-pergi, bermalam di MPH sebab mencari buku tulisan Hilal Asyraf (bab bermalam tu aku tipu)



Sambil tu sempat jugak menatap megamind kaler biru hahahaha best woh cerita tu boleh buat lu lupa yang lu ada hidung, termasuklah perjanjian taat setia mengasihi seekor marmot a.k.a guinea pig tanpa batasan. *yep sekarang anda boleh panggel saya mummy bunbun sebab sekarang saya membela seekor babi comel gyahahaha geli nak mamposss*



Hoyeaaahh. If my baby is the COOKIE MONSTER then I’m the MAMEE MONSTER. Muahahahahahaha! XD (haha oke tak lawak tak payah gelak hokayy T__T)


Persamaan aktiviti di atas adelah, semuanya menelan wang kertas! Erks. Bunbun sudah jatuh miskin T___T sob sob. Lepas ni kena buang habit boros! Wokeh wokeh. Lain kali jer cerita aktiviti masa cuti tu. Back to today’s topic :D LELAKI SEMUA SAMA SAJORK. Hahahahaha lalalalarikkkk!


Aku sebenarnya takut nak tulis entry-entry membunuh macam ni. Tapi ape salahnye ye daakk. Bukan selalu kikikii.


Ceritanya macam ni;

Lepas pemergian dua orang kawan karib lelaki aku ke mesir, I try so hard to move on. TRUST ME. Lagi-lagi bila memikirkan yang sorang tu aku selalu habeskan masa bila kat PASUM ni. And I try to be friend with a lot of people. Bukan salah dia orang kalau tak memenuhi expectation aku. Tapi satu yang aku boleh conclude, lelaki kebanyakannya sama.


Bila rapat sikit, dia ingat kita suka dia. Lepastu dia menjauhkan diri. Ops opss. I’m just trying to be friendly ohkaaayy. Bila kacau sikit, dia ingat kita nak menggedik. Ops opss. Sorilah kalau aku terlebih friendly sebab aku memang selalu buat macam tu dengan bestfriend aku. Hailaa hailaa.


Susah jugak hidup menjadi diri sendiri ni. Nak buat buat plastik dan memenuhi expectation orang, rasanya tak boleh bahagia. Tapi bila jadi diri sendiri, macam ni pulak jadinya.



I’m missing you encik stalkerrr. BILA NAK BALIK MALAYSIAAAAAA!!



T__T sob sob. Takder siapa boleh ganti tempat kau. Kau tak pernah nak rasa perasan kot kot aku suka kau. Kau tak pernah kisah aku mesej kau masa lecture. Kau terbaik..



Mungkin aku bersalah sebab cuba mencari pengganti kau. Uhukhukkk. It’s not my fault.. I’m just trying to move on huwaaaaaaaaaaaaaaa…


Alah you all know lah the feeling bila hari-hari rasa macam dia dekat je. Hari-hari nampak depan mata, memahami pulak tu. Bila tiba-tiba hilang ape rasanya? Ada dalam seminggu dua jugak aku jadi macam menyendiri sebelum minda separa sedar aku buat keputusan untuk menambah kawan. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. T__T


ah tiba-tiba entry mencondemn lelaki jadi entry luahan perasaan pulak hahahakk.



Sekadar gambar hiasan. Bukan publisiti murahan. XD


Semuanya sama. Okay mungkin stetmen “semuanya sama” tu kurang tepat. Mungkin boleh diganti dengan “semuanya lebih kurang sama” ahaks :D Mungkin itu fitrah yang Tuhan ciptakan untuk lelaki. Manelah aku nak tawu ye daak. Aku dilahirkan sebagai seorang perempuan tak ke gitu?


Walaupun lelaki kebanyakannye macam tu, aku tawu yang bukan semuanya macam tu. Ada lelaki sebaik Hilal asyraf, penulis dengan hasil tulisan yang menggambarkan peribadinya. Kau orang kenal tak hilal asyraf ni? Feymes jugak rasanya. Hmmm laen kali aku cerita okay :D


Ada jugak lelaki yang berjaya menyentuh hati kecil aku; mengubahnya dari dalam eceewaaahh. (menyentuh dengan mencuri tak sama hokayy XD)


Dia sampaikan dekat aku,


“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).


“Sewaktu Allah menjadikan makhluk, maka Allah telah menetapkan atas dirinya sendiri dalam sebuah kitab di atas Arasy bahawa: ‘Rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku (Rahmat Allah mengahului kemurkaan-Nya)”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Sekelip mata je. Pfoohhh! Bunbun yang sekarang ni tak sama dengan yang dulu. Tak perlulah tawu sejauh mana aku dah berubah. Yang penting, sekarang ni aku masih dalam proses membaiki diri. Sungguh, hidayah Allah tu boleh datang dalam pelbagai cara :) syukur Alhamdulillah.


Aku tak lupa yang orang yang menjadi perantara tu juga adalah seorang lelaki.



Lelaki yang aku nyatakan dalam entry ni bukanlah semua lelaki secara umummya tapi mungkin cuma include lelaki yang aku pernah jumpa. so lelaki kat luar sana yang belum pernah berjumpa tu, you better don’t meet me or you’ll be the next topic on the blog. Hahaha gurau gurau :D


Sebagai tanda merajuk dengan insan bernama lelaki, I’m trying to be friend with a babi comel pulak. Serious. Semester 2 nanti aku taknak tambah kawan lelaki dah. Dah serik. Aku nak kawan dengan MR COOKIE je. Kakakakakahh. Padahal cookie tu pon jantan haper. XD



Aww awwww. Why are you sooo adorable? XD hahahaahahaa


So lepas ni jangan cuba nak aturkan blind date ke untuk aku, atau ajak aku jumpa mana-mana kawan lelaki kau orang suruh teman ke ape ke. Kakakakakahhh perasan gila bunbun XD



So kepada lelaki-lelaki yang hagak-hagak terasa tu;


I MAY NOT WHAT A GUY WANT, tapi aku bukan perempuan yang takde maruah. Sukahatilah nak fikir apa, I’m with my own way and you live with your own way. Biar buruk di mata anda semua tapi baik di mata Allah. Allah’s love is all matters right? tehee:)


Sekian :)
*mintak mahap kalau terasa. peace ^^*

9 comments:

NuR said...

hee~ aku tak penah ade kwn rapat lelaki..so, xbape tawu laki ni sume same jer ke..or ape2 je la.. Tp tgk lam tv mnjadikn aku seram tuk brkwn rapat ngan laki..(haha..nmpak sgt aku ni t'pengar0h ngan tv) ;P

ImanAzlan said...

kau bukan nak kasi aku terase en?

teeheehee

cik bunbun said...

nur ; aku terharu ko first komen. haha. eh tapi dulu bukan umah ko tader tv ke cane boleh terpengaruh dgn tv plakkk XD

cik bunbun said...

iman; aku benci kawww. kaww suka buat2 tak paham. dah takpayah balek mesia lahh ==. haha

N@D said...

it is juz bayangan aku je hamster tu kuar 3 kali sbb die cute smpai teringat2 bila bace pasal ur post or ko memang letak 3 kali?

haha

:D

izyani_azahari said...

hye dear~
lama tak datang sini. :P
huhu. sabar lah. nnt kawan balik, best lah balik kan. :)
visit my blog jugak eh. :))

ImanAzlan said...

hahahah, chill2.. aku igtkan untuk kawan kau yg kat cairo tuh..hehe

zai said...

cik bunbun!! i loikee entry ni.

i faced the similar situation just like u okehh. ni rasa mcm nak cakap yg laki-lakih loser, ker zai yg loser. i dont know. huahuaaawaa.

selamat study ye cik bun bun

dah lelaki bt kita kecewa, ape lagi.jum berscandel dgn sis zai.hahahah. i guarantee u tak kecewaa.

ReEnApPLe said...

cool la... aku pun pernah dpermainkan perasaan oleh guys... hehehhe. tapi ntah la... skang nie x ambik pnduli dah pom sal lelaki .. aku just berkawan jer .. being more than a friend??? opsss... sowii.
(^___^)