Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Sunday, November 28, 2010

Cik bunbun tak boleh dengar cerita sedih-sedih. Automatik akan menangis. :’(

Kebelakangan ni banyak betul cerita-cerita sedih ni. Yang paling menyedihkan mestilah berita kematian. Tak gitu?



Kucing aku mati pon aku menangis gila gila. Apa lagi kalau yang pergi itu manusia.



Sebenarnya hari isnin minggu lepas, bunbun dapat berita yang ayah cik ena meninggal. Lama jugak simpan berita ni dalam hati. Kumpul kekuatan untuk tulis dekat belog.



Cik ena ni salah sorang kawan baek bunbun masa sekolah dulu. Tak payah teka yang mana satu bunbun sebab masa ni bunbun belum comel. Haha.

Cik ena yang berdiri sebelah bunbun. Tu pon kalau dapat teka yang mana satu bunbun. Lulzz :P



Dapat je berita tu. Terus sedekahkan yaasin. Tak boleh dengar tak boleh dengar. Air mata akan automatik jatuh… sebab teringat arwah ayah.



Sebab akan teringat macam mana pagi tu dapat panggilan yang ayah dah takde.Hujan pagi tu. Tapi bunbun tak menangis. Lepas beberapa hari hingga ke hari ini baru terasa kerinduan menusuk hati.


Sebab akan teringat macam mana budak gemok (abang bunbun) mandikan jenazah ayah. Nampak macam dia menangis.


Sebab akan teringat macam mana jenazah ayah masa tu. Banyak kesan jahitan. Post mortem. Sebab ayah bunbun meninggal dekat rumah dia. Sorang-sorang. Tak tawu punca. Tak sempat jumpa dia buat kali terakhir.


Sebab akan teringat macam mana semua saudara simpati dengan bunbun tapi masa tu air mata tak keluar. Mungkin pura-pura tabah? Bunbun baru tiga belas tahun masa tu.


Sebab akan teringat macam mana keranda tu masuk dalam liang lahad. Masih tak menangis pada saat tu.


Sebab akan teringat kucupan yang ayah bagi masa kali terakhir bunbun call dia. “mmmuaaaahhh”. bunbun tak balas pun. Bunbun tak cakap dekat dia betapa bunbun sayangkan dia. Sebab masa tu bunbun nanges senyap-senyap. Bunbun nak ayah sembuh. Bunbun tak nak dia pergi.


Sebab akan teringat kali terakhir jumpa ayah masa ayah dekat hospital. Dia tengok reportkad bunbun. Nombor satu. Ayah kata ayah bangga.



*****


Sekarang dah lima tahun. Kadang-kadang dah lupa rasanya ada seorang ayah. Dah lupa suara dia. Apa bunbun boleh buat? Allah lebih sayangkan dia. Kadang-kadang bunbun lupa nak doakan dia. Lupa nak sedekahkan fatihah dekat dia. Lupa.



Siapa yang menangis baca entry ni, bersyukurlah. Sebab hati kau orang masih lembut. Mungkin esok ayah orang laen pulak yang pergi. mungkin mak orang laen. Mungkin jugak kita yang pergi dulu dari ibu bapa kita. Semua tu tak mustahil.



Bertaubatlah selagi ada masa. Berubahlah selagi ada masa kesempatan. Yang paling penting, luahkan pada mak ayah kau orang, kau orang sayang diorang. Jangan jadi macam bunbun. Tak sempat. Naseb baek untuk mak masih sempat.



Hari tu bunbun hantar mesej dekat mak.


“Mak, terima kasih lahirkan adek. Adek sayang mak. Mak jangan balas tau mesej ni.”


HAHAHA. Malu. Biarlah mak baca lepas tu senyap-senyap je.




Yang pernah rasakan kehilangan ni, tabahlah hingga keakhirnya. Sampai bila-bila pun kita tetap akan rindu. Yang tak pernah rasa, bersedialah. Mungkin bila-bila sahaja. Apa yang kita boleh buat, berdoa. Berdoa agar dipanjangkan umur mereka. Paling kurang sampai waktu mak ayah akan rasa bangga dengan kita. Mak tak menyesal pernah lahirkan kita.


Bunbun baru je lepas call cik ena tadi.



Dengar suara dia oke-oke sajork. Boleh bergelak ketawa. Baguslah macam tu. Lega je dengar. Dia dah temui kekuatan dia.



Kita kan orang islam. Kita kuat. Kita akan sedih tapi bukan sedih yang berpanjangan. Sedih kita tu kerana kuatnya kasih sayang. Tapi kita akan kembali tabah sebab kita percaya ketentuan Allah. Kita percaya janjiNya sudah tiba. Kita percaya Allah adalah sebaik-baik perancang dan Allah tahu apa yang lebih baik untuk kita.


Tabah itu tanda keimanan kita.




Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Ali-imran ayat 139.



Nah. Allah bagi darjat yang tinggi pada orang yang tabah. Orang yang membuktikan keimanan mereka :)



setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (luh mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.

al-hadid ayat 22



semua tu ketentuan Allah yang dah lama Allah tulis dalam suratan kehidupan kita. sebagai hamba kita kena redha. dan dari redha tu akan datangnya tabah.


Even baru-baru ni, kawan aku tulis dekat belog dia, yang mak dia sakit. Sakit kronik. Aku menangis jugak. Sedih takut-takut kalau dalam masa terdekat ni dia akan rasakan apa yang bunbun pernah rasa. Nauzubillah (mintak-mintak Allah jauhkan).


So kau orang yang baca entry ni, tolong doakan sekali mak kepada kawan bunbun tu cepat sembuh. Walaupun kau orang tak tawu nama dia, takpe doakan je. Allah maha mengetahui niat kita.


Banyak betul berita sedih. Inilah namanya ujian dan dugaan.


Kuncinya? Kunci yang sama. TABAH DAN SABAR.



Apa yang kita dapat dari semua ini?


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.

At-taubah ayat 111.



Ini yang bunbun selalu pegang;


kalau Allah ambil apa-apa yang dipinjamkannya untuk kita, dan kita tabah dan sabar, Allah akan beri yang lebih baik sebagai ganjarannya. Mungkin tidak di dunia tapi ayat di atas tu buktinya. Allah bagi syurga :)






Motif entry ni? Tak laen tak bukan, kalau hari ini kau orang rasa sedih, ingat, buktikan keimanan kau orang. Sedih boleh. Tapi jangan berpanjangan. Hapuskan air mata dan bangkit lagi. Bangkit menjadi hamba yang dambakan keredhaanNya!



Sekian :)

9 comments:

ImanAzlan said...

sedih..
aku kadang2 terfikir, apa jadi kat family aku kat umah, time aku kat mesir ni...tapi Allah yang mengetahui segalanya..

al-Fatihah.

ANATI SOKI said...

tabah eh my dear.. muah muah muah.. teheeeee

cik bunbun said...

iman : yakin yg Allah akan jaga family ko kat malaysia ni. Allah tu maha memelihara ^__^. ade mase aku datang umah ko, jenguk dorang. hahahaha. jalan pon x tawu ade hati nak pergi ==

cik bunbun said...

anati : tengs dear! :D

izyani_azahari said...

al fatihah. sedih baca cita pasal arwah ayah bunbun :(

comel je msg mak tu. :P

suke!

cik bunbun said...

izyani : hoho terima kasih! alemak terbangga pula. siapa yg comel? mesej tu ke ataw bunbun? erk.

cik @!en said...

sedih..

apapun moga terus tabah menghadapi dugaan... ^__^

SuFfian.Aeskandar said...

bUN..TERIMA KAseh k..
terima kaseh sngt..
hmm sabar gak k..doakan arwah ayah tu..
:)

cik bunbun said...

pian : same2. i just want u to be happy ^__^