Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Saturday, May 8, 2010

Sebenarnya aku boleh jadi budak jahat kalau aku nak. ALHAMDULILLAH aku nak jadi budak baik :D


Nah. Bukan senang nak cerita pasal sejarah family aku dekat orang laen. Even kawan baek aku pon tak tawu semua perkara. Lepas ni sebelum tidur, bolehlah kau orang fikir yang kau orang ni istimewa sebab boleh baca sejarah hidup aku. HA HA HA. Bajet artis kejap macamlah orang nak tawu sangat kekekekeke;P



ini gambar hiasan. sekiannnnnn :D


----------------------------------------------------


SELAMAT HARI IBU :]



Mak, adek sayang mak with all of my heart :D sob sobbbb ni yang mula nak tacing aww tak suka hukhukk T___T


My mum bukan jenis yang akan bagi hadiah bila aku dapat pencapaian apa-apa.
Tapi aku tawu, semua yang dia buat untuk aku buktinya dia sayang dekat aku


My mum bukan jenis yang selalu tanya masalah aku.
Tapi aku tawu, dia sebenarnya kerja keras untuk besarkan aku dan abang aku


My mum bukan jenis yang akan bawak family jalan-jalan.
Tapi aku faham, weekend dia akan berehat lepas penat bekerja



----------------------------------------------------


HAL KELUARGA AKU VERSI SATU.



Versi satu ni kawan sekolah rendah aku je kot yang tawu. Tu pon aku tak pasti mereka ni ingat lagi ke tak.


My late daddy start tak tinggal serumah dengan family sejak aku darjah empat. Kiranya darjah empat tu la titik permulaannya. Aku kecik lagi masa tu. Tak berapa nak faham apa yang sebenarnya terjadi tapi aku tawu yang ayah aku tinggal dekat rumah laen dekat PJ (Petaling Jaya).


Last time aku bercuti dengan family masa aku darjah tiga huwaaaaaaa!! Maksud aku dengan family tu; aku, abang aku, my mum and my daddy lah kannn. Hukhukk. Selalu ada jugak my mum bawak kitorang pergi jumpa daddy dekat rumah dia. Jumpa macam tu macam tu je lah. Sampailah my daddy died.


HAL KELUARGA AKU VERSI DUA.


Versi dua ni aku rasa kawan sekolah menengah je yang tawu. Tu pon bukan semua kut. Just yang rapat-rapat.


Tapi aku rasa yang tawu versi dua ni lagi kesian kut. Sebab diorang cuma tawu yang my daddy meninggal masa aku form 1. Awal tahun 2005. I didn’t cry when he died. Tapi I cry most of the time now because I’m missing him badly. Hahahaha! Oke gelak untuk neutralkan perasaan sedih. Haha.


ADA SATU VERSI LAGI TAPI TAK RAMAI YANG TAWU.



Hahaha. Ada lagi satu rupanya. Tapi aku pon tak ingat aku pernah bagitawu kat sape je pasal ni. Ebby je kut yang tawu. Sebenarnya antara versi satu dan versi dua tu ada a tale untold. Sebelum my daddy meninggal tu dia dah bercerai dengan mak aku. Hmmm. Yang ni aku tak pasti sangat tapi there it goes, macamtu lahh.


Dan aku tak benci pun my daddy. :) oke part ni boleh potong, kita sambung untuk entry khas hari bapa nanti pulak hahaha:D


AKU BOLEH JADI BUDAK JAHAT KALAU AKU NAK.



Kalau dilihat pada latar belakang keluarga macam ni sebenarnya aku boleh je pilih nak jadi budak liar yang tak dengar cakap mak. Pergaulan bebas tak ingat TUHAN etc. tapi Alhamdulillah mak aku hantar aku pergi sekolah agama belaja ilmu agama. Masih boleh berfikir tanpa mengikut nafsu :)


Kalau difikir-fikir, mak aku boleh je abaikan aku dengan abang aku. Buat hape nak jaga aku susah-susah. Semua dia buat sorang sorang je. Dialah yang cari duit nak nak bagi aku makan. Dia jugakla yang masakkan. Susah kann? Kalau dia nak buang aku pon boleh jugak kalau dia nak tapi she never did that. SUSAH MACAM MANA PON, dia tetap jaga aku dan abang aku :)


KASIH SAYANG SEORANG IBU ITU TANPA SYARAT



Orang putih cakap unconditional love. Tak sama dengan cinta seorang kekasih. Seorang kekasih akan mencintai tapi bila pasangan dia curang, mungkin dia akan melupakan. Tapi cinta seorang ibu tu, buruk macam mana pun anak dia, susah macam mana pun nak jaga anak dia, dia akan buat yang terbaik jugak :)


THE QUEEN OF MY HEART :]



Mak.. terima kasih sebab tak pernah buang adek dan abang. Walaupun mak tak selalu tunjukkan kasih sayang mak, adek tawu semua yang mak buat dalam hidup mak, semuanya untuk adek dan abang :))

Jom teman aku nanges jom hahaha!


SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU-IBU DI SELURUH DUNIA:D


Satu hari nanti bila aku dah senang, aku takkan biar mak aku kerja susah susah. Setiap hari dia boleh pergi spa. Nak pergi melancong luar Negara pon aku akan tunaikan. Hahaha:D oke keep my word. Kalau agak-agak macam aku lupa nanti ramai-ramai boleh kejar aku dengan parang. T__T aku harap aku tak jadi macam Si Tanggang, mintak-mintak dijauhkan. Aminnnn :D



Oke, siapa menangis baca entry ni angkat tangan! :D aku sempat tarik nafas banyak kali bila sebak terus tak jadi nak nangis hahaha:D



Sekian ;)

14 comments:

nughul said...

s0b23
bunbun..xtau dh nk ckp ape
be a g0od girl 4 ur m0m k

Aqeel said...

huhuhuhuhu bole masuk contest selamat hari ibu ni kak bunbun xD

NHIDAYAT said...

hahaha, bun bun jgn jd budak jahat...hehee

baguslah cita-cita bun2 tuh semoga tercapai..ameen, niat yg baik mesti dipermudahkan

hey jom jd kawan!

http://ilovefullcreammilk.blogspot.com

pondokmerah said...

nice blog, boleh tunjuk ajar saya baru buat blog today

http://pondokmerah.blogspot.com/

Anak Perak said...

ya..sy pon nk jadi anak yang baik utk ibu sy.sweet x.hehe..

miloicekaw1119 said...

nice entry..
menusuk kalbu..

memang mak kite takde gantinye..
sayangi die,
balas jasa die ye cik bunbun..

jgn jadi budak jahat!!

nanad said...

tsk..sedeyla cik bunbun..be strong ok ;)
suke post nih .. *two thumbs up~
happy mother's day

Alynn Notnot said...

happy mothers day.semoga dugaan2 semua ni buat cik bunbun lebih kuat :)

♥ shiMawar ♥ said...

erm..mgkin ni akn jd comment plg pendek yg pernah sis post..sbb sis dilanda kesedihan yg amat.. (T___T)

kasih syg ibu mmg tiada tolok bandingnye..sis TAK dtg dari fmly kaya..dulu sis igt sis malu dgn kwn2 sbb sis tak kaya mcm dieorg..slalu mmberontak bila tak dpt ape yg diinginkan..slalu rasa mcm tak suka dgn kongkongan mak ayah..tak bebas..

tp makin sis dewasa, sis tau yg mak ayah le harta plg berharga..bru skang sis fhm erti ksh syg mereka trutamanye mak..betapa mak sgt mnderita utk besarkn n jaga sis yg nakal n merisaukan ni.. :(

alhamdulillah, sis masih punya kedua2nye..masih merasa ksh syg mereka yg tak pernah brubah sedikit pn wlupun usia sis dh semakin brtambah..malah sis rase sis makin manja plak brbanding dulu..

kpd yg masih punya, hargai le mak anda..kpd yg dah tak punya, doakan le Allahyarhamah..moga berbahagia di sana..insyaALLAH..

luv u mum! (T___T)

p/s : sori, gagal wat comment yg pendek..

Epul Azimi said...

walaupon mak awk tak penah cakap tapi dalam hati dier awklah anak yg terbaek yg Allah bagi untuk dier tau.:)

encik tikus said...

Mak kau comel :)

wehh datang blog aku,ade sedikit perbincangan,mane tau kau boleh bagi pendapat :)

ayue said...

heyy bunbun .
be a good girl yahh (:

maisyara Pot! Pot! said...

happy mother day! T___T

Aku said...

Semoga anda terus kekalkan kebaikan anda. Sentiasa beringat dan jgn pernah alpa kerana ujian dari Allah tidak akan pernah habis. Bersyukurlah pula sekiranya anda diuji kerana itu menandakan anda sangat dikasihi oleh-Nya. Seperti seorang ibu dan bapa apabila membiarkan anak-anaknya hidup berdikari bersendirian bukan bermakna mereka benci anda tetapi kerana sayang mereka kepada andalah mereka berbuat begitu supaya anda menjadi seorang yang kuat dan mampu berdepan dengan apa saja cabaran kelak. Lagi satu, janganlah sekali-kali kamu memandang hina pada sesama manusia tetapi bantulah mereka.