Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Sunday, May 2, 2010

Mula-mula LISA SURIHANI. Kemudian TIZ ZAQYAH. Hailaaa lumrah lelaki.

Pertandingan Pose Paling Mengancam

Tak payah teka siapa menang. Ku tidak mahu tahu. Bhahahaha.



Entry ini memang tiada kena mengena dengan lisa surihani dan tiz zaqyah. Bahaha. Tajuk nak ngetop je lebey. Entry ini khas untuk budak gemok kecayanganku muahahahaha:D. Sebenarnya aku nak letak tajuk macam ni. ‘mula-mula afnan. Kemudian fazliana’ HAHAHAHAHA. Siapakah?


Tapi aku takut kalau budak gemok perasan tajuk tu kemudian terkantoilah yang adiknya yang tulus mulus ni selalu mengutuknya di belog wakakaka:D sebab afnan tu bekas ehem-ehem dia dan fazliana tu pulak ehem ehem dia. Kakakakahhh:D kalau ada jodoh, bakal kakak ipar aku le tuuuuu :P


SELAMAT HARI LAHIR BUDAK GEMOK :D


anda sudah masuk usia emas dua puluhan tapi bilakah anda akan lebih serius untuk belajar? Soalan cepu cemas di situ.



Aku tawu dia tak baca belog aku. Tapi aku nak jugak tulis ni. Aku harap lima tahun akan datang dia akan tergugel entry ni. Ahahaha. Sebab kalau dia tawu sekarang habislah penggunaan brodben ku akan ditahan. Wuwuwuwuwu. Dia kan mandat besaaaarrrr punya! Kehkeh:D


--------------------------------------------



-AKU SAYANG KAU-


Hei, siapa tak sayang adik beradik sendiri kan? Walaupun kau selalu buli aku, kau tetap abang aku. Selalu. Selalu sangat kene buli. Setakat kena wrestling tu, masa kecik-kecik dulu dah kena. Kalau berebut sofa pon kau sanggup tarik kaki aku, seret aku sampai jatuh. Hahaha. Kejam kan. Penderaan kanak-kanak sila laporkan. Wuwuwuwu.



Aku selalu nangis masa kecik-kecik dulu bila kau buli aku. Mentang-mentang aku kecik kau besar aku muda kau tua, kemainn kau ye! Bila aku dah besar, aku guna mulut untuk lawan balik. Hahaha. Sebab aku tak suka kau buli aku lahhh! Sekarang, kalau aku lawan cakap kau, mesti kau pukul aku. Sampai lebam. Wuwuwuwuwuwuu. Penderaan remaja bangka sila laporkan. Hahahakk.



Aku selalu lawan pon sebab aku tak suka kau buli aku. Tekanan perasaan kut sebab selama 18 tahun tak cukup bulan hidup ni kena buli je. Hahaha. Bila aku bagitawu mak kau pukul aku sampai lebam, mak cakap aku yang salah. Hailaaaa. Kurang kasih sayang oke sila laporkan lagi. Bahahaha! Aku harap sekali je kau faham yang aku tak suka kau buli aku.



Kalau kau kata tu nasihat, aku harap kau go back and prektis cakap lebih lembut lagi sebab adikmu yang tulus mulus ni memang kepala batu. Hehhhh



-AKU MINTAK MAAF. OKE?-



Kau selalu kata mak lebihkan aku. Aku pulak rasa mak lebihkan kau. Cuma aku tak pernah cakap je. Senang cerita, kita ni tak bersyukur kot? Uhukhukk. Kalau aku bukan adik yang baik, aku mintak maaf oke. Aku tak sempurna. Aku bukan adik yang kau boleh buli senang-senang macam dulu. Sebab aku dah makin kentalla aku tawu yang kau memang suka naik angin dengan aku. Hukhukkk.



Kadang-kadang aku harap yang kau takde pon bagus. Tapi sebenarnya, kalau kau takde memang tak okeh. Huhuhuu! Kau tawu, Aku cuma ada mak dengan kau je. Huwaaaaaaaaaaaaaa! Tak suka tulis tacing tacing T__T


----------------------------------------------



Oke dah. Tamau tulis lebih-lebih. Hahaha. Malu la aku tulis tacing tacing ni. Bhahahaha. Hanya insan terpilih je yang buleh baca ayat-ayat tacing aku ni. Hukhukk. Entry nak mengucap selamat hari lahir dah jadik entry meluahkan perasaan T__T


AKU DAN BUDAK GEMOK MEMANG BERBEZA



Uhohh. Selalunya yang aku jumpa, kalau anak sulung dalam femeli tu pandai, sampai ke adik-adiknye pon stok budak pandai jugak. Kalau ikut istilah sains maksudnye genetik budak pandai. Hahakk. Suka hati aku jek.



Aku dengan abang aku tak tawu kat mana titik persamaan tuh. Agaknye dekat nama je kut. Nama aku ada HIDAYAH. Nama dia ada HIDAYAT. Hahahakk. Cipulus punya nama hahakk. Nasib baik nama aku ayu. Bhahahaha!:P Siapa yang bagi nama tak pulak aku ingat T__T banyak makan kari kepala ikan T__T kalau tak silap aku arwah ayah aku la kut.



Dalam femeli aku, genetik pandai dalam akademik semua jatuh kat aku. Alhamdulillah :D yang aku tak puas hatinya, genetik hebat bersukan semua jatuh dekat dia. Oke tak bersyukur disitu yerp. Astaghfirullah. Haha. Sebab tu aku ni terkontang kanting kaki bangku yang amatlah haii. Wakaka:D kalau nak lebih tepat lagi, akulah budak yang selalu larik dari aktiviti koko lepas tu buat homwek dekat kelas. Lalalalala;P tapi ku bukan nerd T__T



Kau orang bayangkan jela. Abang aku tu, dari kecik lagi dah jadik pengawas. Pengerusi, setiausaha, bandahari bendahara panglima semua dia bolot. Jipang sungguh lalalala;P kemudian wakil sekolah badminton wakil sekolah nasyid, habis semua dia nak wakil. Belum kira tarik tali bla bla bla yang aku tak amek tawu lagi. Kalau aku sama sekolah dengan dia dah lama aku menumpang kefemesan itu. Hahakk:D


AKU DAN BUDAK GEMOK SELALU GADUH BENDA REMEH-TEMEH


Oke. Gadoh tu memang stendedla kan. Haiyakk. Kalau tak gaduh tu memang sejuk perut mak mangandung. Hukhukk. Masalahnya di sini, kalau tak gadoh pasal benda simple memang tak boleh.


SATU: Gaduh rebut cawan.


Hahahahakk. Logik gila cawan pon nak berebut. Kalau berebut nak duduk depan dalam kereta tu dah lama dah aku mengalah sebab aku tak pernah menang T__T.






Hah, nilah cawan yang selalu direbut tu. Ape yang spesel pon aku tak tawu. Tapi secara jujurnya, aku memang suka gila cawan ni. Sumpah! Suka suka suka sangat! :D cawan ni dah lama dah. Sejak zaman kanak-kanak dulu. Kau orang bayangkan jela, dari dulu sampai sekarang tak berhenti rebut lagi T__T haish!


DUA: gaduh pasal new tab dan new window.


Hahahahakk. Hei logik gila neh. Bhahaha! Dia kalau bukak browser dia suka bukak in a new tab. Kiranya penuh tab kat situ. Hailaaa. Aku tak suka oke. Aku suka bukak new window. Kalau belogwalking tu sampai berpuluh-puluh window aku bukak.



Masalahnya disini, aku takde kesah pon hal dia. Dia suka suki choki choki nak dop bebel bebel kat aku. “kau ni guna la new tab bla bla bla bla bla” haish! Masalah betul mamat neh! Haiyak! Senang cerita dia suka nak nampak kemas-kemas. Bilik dia pon lagi kemas dari bilik aku. Aku kompius aku ada kakak ke abang wakakaka:D



TIGA: gaduh berebut brodben.


Sekarang ni, inilah perang terbesar kot. Hahahakk. Ade ke patut macam ni, kalau dia tak tengok tv dalam sehari, aku tak boleh gune brodben. Haiyakkk! Kalau aku tak apdet sehari tu sebab tengah gaduh la tu. Hukhukk. Tak pon dia pergi mengajar nasyid dekat mane tah lepastu bawak larik brodben. Huhuu! Tunggula aku dapat sendiri punya nanti! Bhahaha:D bila lah tuuuu T__T


---------------------------------------------------




Dah lah tuu, panjang pulak entry ni lalalala;P mengutuk budak gemok je yang banyak. Hukhukk. IMAN AZLAN, kalau anda sedang membaca entry ini, JANGAN BERANI REPOT dekat budak gemok. Aku kungfu kau nanti. Ahak ahak ahakk:D aku tawu kau dah berpaling tadah dan sudah bersekutu dengan bro rahmat kau tu, sooo, sila jangan berani repot yek! Bhahaha:D




p/s : selamat hari jadi dan semoga panjang umur RAHMAT HIDAYAT B AHMAD TAMIZI. Kita dah lama tak sambut befday sejak ayah tak ada kan.. hukhukk T__T.



p/s 2 : dulu kita bahasakan diri kita abang-adik. Sekarang rasa macam janggal. Hehehehehhhhh!




sekian;)

14 comments:

naz said...

haha selamat hari jadi. bila u sentuh soal ayah u. i turut simpati ok. korang kuat tapi masa i belum tiba lagi.

nashue said...

kali pertama singgah baca entri yang best,,hahahaa...

Zqah Ail said...

akak pun ada cawan tuu .. tiap2 ptg buat air sirap n minum sorang2 !! hahaha

new tab ? akak suka .. sokong abg dr adik !! jgn marah =p

maisyara Pot! Pot! said...

sy pun dak gemok. nak gaduh dengan sy tak? xD


*lisa kakak ku. xD

norain ishak said...

first aku nk ckp,aku jeles org ade abang.sebab aku ada kakak-kakak je.abang ipar-abang ipar pun ade.tapi tak boleh nak buat macam abang kandung.ada batas-batasnya.second,hepi besday kat abg kau tuh.third,bila lah aku nak ade 'abang' sendiri nie.haha!

syahira ariff said...

sweetnyer kakak camnie
eheh,bunbun kem salam sama berfdey boy
=D

cik bunbun said...

@naz

eh ape maksud blum tiba masa? uhh. terkejut neh T__T

cik bunbun said...

@nashue

oh nashue tengs:D
entry sebelum ni pon byk yg best. haha
masuk lif tutup sendiri T__T

cik bunbun said...

@Zqah Ail

huwaaaa. akakkkk :((
majuk neh. haha

cik bunbun said...

@maisyara Pot! Pot!

haha. klo ku lawan budak gemok slalu kalah T__T haha.
soo, tamao la. haha

cik bunbun said...

@norain ishak

ohh. gatal nak kawen. same case la kite. hahaha!

cik bunbun said...

@syahira ariff

ahaha.
ku bukan kakaklaaa..
ku adekk. hahahahaha. haiyokk

F U N F A B U L O S I T Y said...

hepi hepi bufday kepada dia..
macam2 berlaku kan kalo dgn adik beradik ni-kalo tak bergado-mmg tak sah lah ;D

♥ shiMawar ♥ said...

wa..so sweet..siap ade entri khas utk abg ek..ni mesti syg abg sgt2.. :)

dulu masa kecik2 pn sis slalu gado dgn adik n akak2 sis..ade jek tak kena..kdg2 psl channel TV pn bleh gado..xmasuk akal btul!

tp bila dh beso, semakin rendukan zman kanak2 tu..rendukan mereka sbb msg2 dh bz dgn keje n study masing2..time kt kampung jek bru bleh brsama2, gelak ketawa..

so, serius kita kena hargai ape yg kita ade skang..sblm kita kehilangan sume tu..kan..?

p/s : klu bun2 nk sambut bday, meh le sambut dgn sis..jgn sedeh2 k dear.. :)