Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Monday, May 3, 2010

Karya Celaru Hati Haru Biru 2# - HATI KITA ADA TAMAN

Sayang,
Kau kata dalam hati ada taman
ADA
Tapi taman musim luruh
Sedih berpanjangan
Tiada bunga-bunga cinta



Sayang,
Aku kata dalam hati ada taman juga
ADA
Tapi taman musim sejuk
Beku berpanjangan
Tiada bunga-bunga cinta



Bolehkah aku terus berharap
Agar taransformasi terjadi
Biar hati kita ada taman musim bunga
Bahagia…






Hakcehh. Puisi cinta lagi. Menyampah aku. Agagagagagaga:D ni yang nak bukak kelas falsafah bunbun mereng kepala teleng lagik ni. Muahahaha:D



Kalau Nak Berjaya Kena Berusaha


Semua orang tawu ni. Man jadda wajada. Siapa berusaha dia berjaya. Ceh, peribahasa budak sekolah rendah T__T. tapi bila datang bab-bab cinta ni, kalau kita berusaha kuat mana pon, kadang-kadang tak berjaya juga. Sebab orang kata JODOH ni ketentuan Allah. Entahlah. Kadang-kadang aku memberontak.



Pernah jugak aku dengar, jodoh kita ni ada banyak. BANYAK. Tapi kita yang kena berusaha dan berdoa. Doa pada Allah. Dekat mana aku dengar ya, ustaz sekolah rendah rasanya. Inilah jadi kalau duduk dalam kelas berangan, tak ingat apa cikgu cakap T__T



Persoalan;

A kata: takpe JODOH ketentuan Allah. Nanti dia akan datang juga.



Tu pon kalau betul dia datang. Tapi macam mana kalau jodoh kita tu pon masuk mode menunggu jugak. “takpe, kalau ada JODOH nanti dia akan tiba” alkisahnya, mereka berdua ada jodoh tapi tak buat apa-apa. Ending tak ke mana.



Tapi bercakap soal jodoh, KALAU ADA JODOH, mungkin nanti mereka bersama juga kerana pilihan keluarga. Itulah orang kata jodoh. Haihhh. Sudah pening dah hujah aku ni. Kekekekeke;P kejap menyokong kejap membangkang. Daku 50-50. Haiyakkk!



Soo, boleh ke aplikasikan konsep ‘kalau nak berjaya kena berusaha’ dalam percintaan? Kalau suka seseorang perlu ke bagitawu? Usaha lah tu kannn. Bila pandang dari sudut jodoh, tak payah bagitawu lah kut. KALAU ADA JODOH ADALA. Tapi nanti menyesal tak sudah pula. Hailaaaaa. Aku tanya ni, kau orang jawablah oke :D


-Dalam Misi Merealisasikan Impian Melihat Taman Musim Bunga-



Perlu ke berusaha? Cepat tolong jawab. Daku susah nak decide! Kekekekekeke;P pasal decision jek suruh kau orang buat. Hak hak hakk:D aku memang tak reti buat keputusan T__T. soo, tolongla bunbun mereng kepala teleng ini oke. Mihahaha:D




p/s: sebarang cadangan dan pandangan sila utarakan sebelum 5/5/10/. Bhahahaha:D sebab aku perlu karang surat cinta sebelum 6/5/10. Kekekeke;P ohh, apa sebenarnya terjadik pada aku? Jengjengjengg!!


p/s 2: berdasarkan pandangan kau orang yang telah kau orang decide untuk entry yang lepas, aku rasa aku takkan delete belog yang lagi satu tu. Nanti kalau aku nak menyumpah seranah santau menyantau ke, aku tulis dekat situ. Ahaks;P



sekian;)




*orang lain sibuk matriks UPU aku sibuk puisi cinta T__T

15 comments:

Pipi Muncet said...

Weh warga malaysia.
Cik bunbun puisi cinta
jiwang beb.
nampak macho.
rupanya dalam hati ada zoo.
hahah.
eh taman* haha

koru said...

jodoh eh..susah nak explen sal ni.sebab?bab2 jodoh ni bukan kita tentukan.contoh?kita dah plan nak jumpa 'sumone' di 'sumplace'..kalau ada jodoh,jumpa la kita ngn sumone tu..tapi kalau takde jodoh(tiba2 ada emergency balik kg bla3..) tak jmpa gak..=)

p/s:ades..nak karang surat cinta pon ada dateline ka??=)

Kim said...

problem jugak bab2 jodoh ni! kim malang dlm percintaan bunbun!! huu~

♥ shiMawar ♥ said...

dear..

melihat taman musim bunga

sis sedikit kompius..nk komen, tp takut kuar tajuk plak..ekceli, bun2 nk brusaha utk mengorat lelaki or bun2 nk gi smbg stdy kt oversea..??

xpe le..oleh kerana sis ni jiwang 45 karat, sis nk komen brdasarkn pemahaman yg bun2 cuba utk dptkn seseorg yg bun2 suka..

betul kata org, klu ade jodoh, xkn ke mana..kdg2 kita usaha brcinta bagai nk rak, last2 die kawen dgn org lain..ade plak org yg lnsg tak brcinta, tp kena kawen gak..ade org yg lalui mcm2 kesusahan, tp akhirnye dpt gak brsama..

klu bun2 rasa die akn bg respon yg baik, tak salah bun2 mncuba..kot2 die pn mmg tggu bun2 mulakan langkah pertama..sape tau kn..? :)

si para para said...

di luar tenang...dalam ahati ada tanam permainan...hehe

norain ishak said...

bunbun gatal..!haha..pergi sambung belajar dulu, baru pikir kawen..hehe..

Papa meow said...

Betul tu, kalau jodoh x kemana, sama lah konsep nya kalau dah rezki x kemana. Percayalah...usaha2 juga, selebihnya berserah padanya... tol x?

Orait...lagi tentang layout, t kasih bagi panduan. Tapi apa kata cik bunbun buat entry tentang layout macam yang ci bunbun buat ni, buat satu tutorial. Complete la satu2. Senang nak ikut, banyak lagi yang tak tau termasuk papa ni, percaya lah. Hehe...kalau leh la... x leh x pa, tp kalau buat kasi tau le, nanti papa bookmark untuk dipraktikkan dimasa free nanti hehe...t kasih ye Cik Bunbun.

Meowwww2

cik bunbun said...

@Pipi Muncet

hahaha. dalam zoo ada beruk dan pipi muncet. kekekeke;P

cik bunbun said...

@koru

huuu. memang sukar nak tafsir bab jodoh ni. huhu. ehh. ada datelinala. sebelum tarikh spesel tu. haha

cik bunbun said...

@? shiMawar ?

haha. tahniahla tak terkeluas tajuk. kekeke;P

komen sis memang da best:D ku akan prektik. haha

ciQu said...

jodoh xtau sangat, tp penjodoh bilangan tau lar.. jodoh jugak kan..

dannyneutron said...

haha.jiwanglah.
tape tape.
anda mmg sesuai amik
sastera.
haha..
walking

cik bunbun said...

@norain ishak

kekeke;p ni bukan gatal nak kawen ni prektis makes perfect. ehehehehehe:D

orait kak, nak smbung blaja la ni. muahaha:D

cik bunbun said...

@Papa meow

maksudnye usaha dulu la kan? bru berserah. oke2. maseh papa meow. jasamu dikenang. kekeke;P

tpi bunbun xreti tulis entry tutorialla. hahaha. boleh tak alasan camni? haha

cik bunbun said...

@ciQu

anda maen loye tekak ye. ahahahaha:D