Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Friday, March 12, 2010

Lenguh lidah nak menyebut plus minus segala bagai. Tapi eksaited jugak ;) terima kasih chekgu. :)

Hah! Hambekk kauu. Tajuk kunun-kunun berita gembira tapi senanye eden nak kabo berita tak gembira ni. Eheiii. Saspen bukan? Oke, aku memang tak pandai buat saspen. Mengaku dulu la. Ahaks ahakss :P



----------------------------------------



Amek result semalam. Tak payahla cerita aku tak leh tido malam sebelum tu tapi tido peluk rere. Huhuu. Tak payahla cerita aku bekfes ape sambil tenangkan perot dup dap dup dap. Perut yang berdupdap hokayyy! Uhh.


Tak payahla cerita aku dan hani tekan bell suruh bas berhenti tapi bunyi pon takde. Malu taw tekan bell tak bunyik! Malu! Uhhhh. Semua orang pandang.


Tak payahla cerita kitorang kene tinggal bas yang sepatutnya bawak kitorang ke sekolah. Dua bas hokayyy! Terdampar kat depan Nanyang Siang Pau tuh. Kalau ade nampak dua heko pompuan pakai baju sekola tu kitorang lah tu. Huhuuu.


Tak payahla cerita aku akhernye naek teksi sebab givap tunggu bas tak nak berhenti tapi bayar tambang kurang sebab pakcik teksi tuh baek hati. Semoga dia murah rezeki kerana menyenangkan hari kami. :D


KUNUN-KUNUN TAK NAK CERITA TAPI DAH TERCERITA PONNN.wakaka :D



--------------------------------------


ALHAMDULILLAH :)


Result SPM oke je ;) Tak teruk pon. Lalalala :P Terima kasih kepada semua yang turut mendoakan dan tak putus-putus memberi kata-kata semangat. Kalau anda tidak mendoakan mungkin result tidak sebaik ini. Terima kasih juga kepada blogger yang membuat entry tips BERGUNA untuk amek result. Kenapa ayat ni skemass semacam ahaks ahakss :P


Kalau ALLAH tak izinkan aku dapat keputusan sebagus itu mungkin aku pon tak dapat merasa. Tak ada yang mampu menggambarkan perasaan ini kecuali ALHAMDULILLAH. Nak kene tunjukkan kesyukuran pulakla ni hohh. Mengejar A untuk akhirat. INSYAALLAH. Haha.


Eh, janganla kata aku nak menunjuk-nunjuk ke, poyo ke. Cuma nak berkongsi kegembiraan je. Ngee:D lagipon penuh chatbox tuh shume nak tanye result. Hakhakk :D perahsann gile pompuan nih.lalala :P


tahniah jugak kepada kawan-kawan yang mendapat keputusan cemerlang terutamanya kepada sape-sape yang baca belog ni. Yang tak gembira tuh jangan putus asa. SPM bukan penamat. Bukankah begitu? Weh, apasal hari ni aku tulis skemasss?!! Ahhhhh!


Bila aku tengok kawan-kawan aku menangis aku pon sedih. Uhukk.



Nah, nak taw sangat result aku kannn? Ahakss. Perahsan jap.lalalala. macamlah kau orang nak tawu kan.

Gamba paling kecik yang kau orang pernah jumpa dekat belog aku. Ngihahaha:D. sapo tak nampak dah tak lame lahh tu bulehla besauukan.



Dalam kesempatan ni, aii nak buat kata-kata penghargaan untuk chekgu chekgu walaupon aii tawu mane ade chekgu bace belog aii. Ahakss.


1
Firstly, kepada semua chekgu yang dah ajar aku sejak tadika, sekolah rendah, dan juga sekolah menengah ni. Dari umur aku enam tahun sampailah dah besau panjang besar gedabak pon ade jugak. Miahahaha. Debabkahh? Tidakkk! Ahaks :P


2
Second, kepada semua chekgu yang ajar subjek SPM termasuklah chekgu masa fom4. Nak aku listkan ke name? ummmmmm. Tak nak kan?? Ahahaha :D yang paling penting chekgu kelas aku yang paleng banyak bagi kata-kata semangat. Kalau mase mintak restu tu, dialah yang peluk paling lama sekali.



PUAN ZANARIAH BT MARTHAN. Chekgu kelas merangkap chekgu BM. Dialah yang paling marah sekali masa aku nak berhenti STAM hari tuh. Hakhakk :D


3
Yang terakhir, kepada chekgu yang mengajar subjek kritikal aku.


Chekgu fizik. PUAN ROSILAWATEE BT ABDUL KADIR.



Aku memang dah nak givap dah fizik ni. Tapi disebabkan chekgu tak pernah givap aku pon tak sanggup nak givap. Aku ulangkaji jugak walaupon rase nak meletop kepale otak ni hahh. Ahaha.


Paleng best mase peluk chekgu shila semalam. Senyuman dia, hoh! Membuatkan aku bangga berusaha untuk subjek ni. ;) plus, mase nak paper fizik tuh aku baru broken heart. hakhakk. bukak buku jek nanges. lalalala :P seb bek ade kawan-kawan yang bagi semangat;)


Gamba kenangan dengan chekgu shila. Budak laki ni semua dah hilang uniform sebab masak BBQ kat belakang tandas asrama. Adoyy. Ngahaha :D



Chekgu addmath. ENCIK HALLID BIN ABDUL BARI

*Gamba dia takde. Tapi Sirius hencem. Marah pulokk chekgu munirah.lalala :P


Chekgu yang paling aku hormat disebabkan kesungguhan dia dan kewibawaan dia. Suara, tak payah cakapla. Kelas hujung sane ponn buleh dengar. Jimat letrek tak payah pakai mikrofon. Lalala :P. sikit ponn tak garang. Kelakar ade banyak. Sentiasa bagi semangat.


Subjek addmath ni kalau aku dapat A pon mesti kebetulan je ALLAH nak bagi rezeki. Sebab tajuk LOG AND INDEX tuh aku tak pernah lepas. Seploh chekgu ajar aku pon tak lepas-lepas. Ahakss. Sebab masa chekgu fom4 ajar tajuk ni aku demam plus fly balek rumah. Ngahaha. Patotlaa kan. :D


Yang paleng salute dekat chekgu hallid ni, dia tak pernah putus asa. Masa trial hari tu, ramai yang fail add math. Tapi aku takla :P. Chekgu siap bawak kitorang jungle trekking lagi dekat HUTAN SHAH ALAM. Aku ponn tak taw ape name hutan tu dan tak pernah tawu kat shah alam ada hutan. Hahaha. Kau orang tawu tak?;)


Lepas siap jungle trekking tuh, stop dekat tengah dataran buat latihan addmath kat situ ramai-ramai. Ahakss. Kirenye macam kelas tambahanla. Cume tambah peluh sikit.


Oh ye, masa nak SPM dulu aku buat latihan add math sambil baring atas katil. Bukan baring meniarap taw. Baring kepala kat bantal. Memang tak lohgikkkk!!! Patotla Addmath yang paleng teruk wakaka:D teruk-teruk pon ohkayy lagi;)



Akhir kata, TERIMA KASIH CHEKGU! SHAYE SAYANG CHEKGU SEMUA :)




-------------------------------------



Tapi aku terkilan jugak semalam sebab tak jumpe CHEKGU RAFIDAH. Chekgu sejarah aku merangkap warden asrama yang paling banyak bersusah payah. Teringat masa chekgu merajuk sebab ramai tak siap nota sejarah. Uhuhh. Kene marah kaw-kaw punye. Ahakss.


Dia takde semalam sebab ayah dia meninggal.AL-FATIHAH. Kalau tak aku nak pelok-pelok dia. Sebab dia baek dengan aku. Masa henset aku kene rampas dia yang bagi kata-kata semangat. Sape suruh gataii bawak henset kahkahkahh :D


Masa bulan puasa dia bawak aku pergi bazaar ramadhan. Naek kereta kancil chekgu. Chekgu laen tak ada lagi yang bawak aku jalan-jalan. Haha. Masa aku nak berhenti amek STAM aritu ponn aku mintak khidmat nasihat dia dan dia sokong aku. Ohhh, sayang chekgu! ;) nak mesej dia tapi nak menunggu masa yang sesuai sebab mungkin dia masih bersedih sekarang.



p/s: kalau arwah ayah ada mesti dia bangga. AL-FATIHAH.

p/s 2: ada sesiapa yang kecewa ke tengok result aku tuh? Haha. Keshiannn kene tipu. Kahkahkahhh :D shaye dapat stret A Alhamdulillah. Tapi ade plus minus shume shume. ngee :D



sekian ;)

29 comments:

zh-ena said...

tahniah
awatnya result spm tu dikaburkan

apa2 pun k.ena ucapkan tahniah
pasnie nak sambung di maner

ema.razali said...

tahniah :D this year ema SPM . cuak pulak . huhhu :p

Cik Ecah said...

tahniah cik bun2..(walaupun x nmpk result tu berape huhuhuhu :)

Zqah said...

smart yea result cik bun bun ?
hahaha ..
tahniah sbb dpt result y okay !! =)

~ نورحياتي ~ said...

tahniah erk cik bunbun..

lps ni nak smbung mane??

alfatihah tuk ayah cikgu bunbun..semoga roh ayahnya dicucuri rahmat,.amin..

farhana said...

Tahniah.... =)
Kebanggaan keluarga ni.... =)

q-nizam said...

congrats bunbun moga teruskan pejuangan dah blajar lagi :)

cik bunbun said...

zh-ena: malula nak tunjukk bukan shume A+. hahahaha :D


ema : lepasni ema plak kene tunjuk result. lalalala :P


cik ecah : holohh. jgnla kecewa tak nampak. lalala :P

cik bunbun said...

zqah : smart? haha. nak perahsan kejap. mihahaha :D


nur hayati: tengs doakan. xtaw lagi sambung kat mane. xde cite2. apekahh?? ahakss :P

cik bunbun said...

farhana : kebanggaankahh? emmm, belum kot. insyaAllah;)


ejum: tengs. insyaAllah akan truskan prjuangan ;)

mysarah said...

punya la bersemangat besarkan. hampeh jer. cit

gce-o 2A? gud!

cik bunbun said...

Mysarah: haha. gce-o je tak belerkan. atlis tak keciwa sgt kan? hee :D

Papa meow said...

Tahniah Cik Bunbun

X mo belanje ke hahahar

cik bunbun said...

papa meow : papa meowla kene banje. owg penat blaja. hakhak :D

syue said...

tahniahh! dpt straight A =) saaaaaangat jeles :'( good luck in your future ok.

ciQu said...

ciss....tertipu jugak sebab besaqkn gmbar tuh...memang rahsie eh. haha.. tp pas sambung u mesti rindu balik zaman sekolah ni..

Aus MeLankoLik said...

wow bunbun ,
aku baru bace..
hehehe.
cayalah .
straight A or street A

hahaha .

* tepuk tangan *

cik bunbun said...

syue : tengs;) bru teringt nak tnye result kamu.


ciqu: haha. tertipu kannn? kan dah cakap bawah tu. haha


aus a.k.a firda: haha. tengs aus. nak eskemmmm!

mizzura said...

congratz bunbun...!!

n a t h said...

wahhh. congratz. pandai glew. ^^

miloicekaw1119 said...

penatla nak fokus cik bunbun..

cik bunbun said...

mizzura : tengs dear;) ngee..


nath : tak pandai pon, rezeki :)


cik paro : fokus ape cik paro??

Hamba-Nya yang lemah.. said...

salam...
tahniah dapt 11a...

mira said...

tahniah dapat 12a..
takyah rasie2..sume org udah ketahuan...hehe

cik bunbun said...

mira : hahahaha.bukan doblas, seblas je. ngee :D


hamba-Nya yang lemah : haha. tengs;)

encik tikus said...

hahak.bile aku bace entry nih.ingat semua kenangan di sekolah.aduusss.btw,tahniah lee dapat straight A,;))

cik bunbun said...

encik tikus : haha. malula pulokk ko bace entry ni. ngahaha.

ko utang aku result ko. belom gtw aku lagi knnnn. gagaga :D

Arra JaSmY said...

salam..

haha.tanhiah dikk.meh nak kiss cket meh*haha,tetibe*

permulaan yg baik,Lpas nih trus maju kedepan ok.Chaiyok2.:)

sugar said...

olololo...
kita bukan maen semangat klik gamba terkecil tu.


sekali blurr ya amat.adehh.
nak jugak taw result nye bunbun aii.
huhu.tapi pape hal pon, nnt da masuk U, semua dah laen.dah tak sama langsung dengan sekolah. beware!!!!
muahahaha.sila takot sekarang.