Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Monday, February 22, 2010

Lelaki jambu pilihan cik bunbun

Dalam entry lelaki jambu yang lepas, aii dapat simpulkan bahawe lelaki jambu ni bermaksud lelaki yang kalau dia pakai baju pompuan, orang tak tawu dia tuh lelaki. Ngahahahaha!! Ape pasal pelik bebenor konklusi yang aku dapat ni. Tak kesahlaa. Terima kasih kepada yang telah sudi memberi maklum balas pada entry tersebut. *kenapa ayat aku skema semacam pon tak tawu. Hohoo :D

Dan banyak jugak yang berminat nak tawu siapa lelaki yang aku letak dekat penghujung entry tu kan. Ngihihii..

Mamat neh kan?? Sugoi! Sugoi! Aiwah.



Aku kenal dia sejak aku kecik-kecik dulu, men besikal sesama, main pondok-pondok. Ala-ala cerita cinta monyet gituwlah. Hahaha. Sweet je. Sweet je korang kene tipu! Mihahahahaha!!


Sejak bila aku pandai naek basikal pon tatawu. Lalalala. Lagipon, masa cik bunbun kecik-kecik dulu, mane ade kawan lelaki. Hihihii. Sangat pendiam dan suci gitulah senang cerita. Bila dah masuk sekolah menengah barula start perangai gedik macam ni. Ngehehehe :D


Back to the story, sebenarnya aku nak goreng banyak-banyak lagi biar nampak macam aku ade skandal dengan dia. Lalalala. Tapi tak sanggup pulak sebab tiphu dohse mat-hi seksa mahsuk nehraka. Ade pahammm??? Hihii

Mesti kene tepek gamba ni lagi. Sebab dia nampak sangat cumel. Lalalala. Mase aku menggugel gambauu dia, aku terjumpa blog dia. Already following walaupon dia dah tak update. Hohoo. Kes sangap semacam aku ni. Lepastu tergugel jugak facebook dia. Lalalala. Walaupon aku tak tawu ape menatang fesbuk tu, aku dah add dia jugak. See, sangat sangap kann?? :P


Ohkeylahh, sekarang kita mula introduction pulak.


Aku kenal dengan dia sejak aku form 2. Masa tu lagu dia yang femes lagu tika dinihari tapi lagu dia yang buat aku sangap sangat dekat dia adalah lagu MAHAR CINTA. Aku dah letak lagu dia kat blog ni. Yang kau orang tengah dengar ni la. Ehhh, aku tak bagitawu eh yang mamat ni sebenarnya penyanyi nasyid. Hehehehe :D


Aku first skali fall in love, dalam bahase bungenye, bukan dengan rupe dia. Tapi dengan suara dia. Sedapnye makk aiii. Kalah K ep C, pizza hut, Kenny rogesss dan yang sama waktu dengannya. Lalalala. Bila aku dah beli kaset dia, baru aku tawu yang nyanyi suara sedap tu rupenye hensem jugak. Harharharrr!! *aku tawu aku beli kaset jek, tak mampu beli karaokelahh.. ngihahaha.


Sambil kau orang dengar lagu kat belog ni sila take note betol-betol suara dia. Sangat merdu cak lempong gitulahh. Eh kejap, cak lempong tuh menatang ape?? Lalalala :P


*bahagian yang bold tu part yang dia nyanyi. Sila jangan jatuh cinta pada suara itu sebab aii sudah choppp. Ngihahaha.


Mahar Cinta
Album : Devotees
Munsyid : Devotees

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..


Sila kelik kalau mahu lihat. Lalalala :P



Orang kate video nih tahhapehape. Tapi aku kesah hape. Dah aku sukew, nak wat camne. Lalalala :P *pssst, lagipon dia hensem hape. Oppss. Ter mengaku pulakkk. hihiii



Album DEVOTEES paling baru. Release bile pon aku tak ingat. Tahun 2008 kot.
* dari kiri :syauqi, muhammad, adi akmal, halim

Nama sebenar:Adi Akmal b Sehrom

Umur: 24 Tahun. Kalau tak silap akulahh, sebab aku rase dia 6 tahun lagi tue dari aku

Asal :Johor Bahru,Johor


Adi akmal ni pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan,Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Dah graduate kot. Selain tu, sekarang ni dia ade gak mengacara rancangan ape tahh kurang pasti dekat TV1. Yang aku tak sukenye, dia tak pakai spek pulakkk. Aku rase dia nampak lagi sweet bila dia pakai spek. Lalalalala. Dan aku rase yang patot jadi pengacara gandingan dia tuh, aku! Cesss! :D *bercakap gagap-gagap ade hati nak mengacarakahh?? hihikk


dari dulu aku letak gambau dia yang ni dalam dompet aku. Konon-konon bila orang bukak dompet aku bulehla mengaku dia ni pakwe aku. Hohooo. Single tak sedar diri pulak. Apekahh?? Lalalalala :P


aku pernah dengar satu quote ni “cinta itu tanpa syarat”

so, aku nak sangap kat dia pon takde syarat. Aku suke sebab aku suke ;) pengakuan berani mati ni. Ngihahahaha :P


ni lagu lagu devotees yang mahsyukk habes. Aku sukew gila. Sila donlot kalau tak malu. Hihii. Tak kire, donlot jugak sebab aku taw kau orang tak malu ponn. Lalalalalala :P

mahar cinta
sahabat

jejak cita hot!! ;)
aku merinduimu
bersama

tika dinihari
ku damba redhamu (feat azizi misk)
setiap kali



ni pulak lagu yang lain. Silalah donlot kalau rase-rase macam nak dengar.

lament (dalam bahase omputih)
alpha (lagu rap) (feat akbar)
tragedi Diana (lagu pasal princess diana)
hijrah menuju Allah
luahan rindu

mencari cinta (feat yasin)
kekasih
ilmu – yang ni tak jumpe pulak kat 4shared. Carik sendiriklah yer. Ngihahahaha.


Lirik pulak sila search sendirik kat sini



Bila dah dengar lagu-lagu ni, bulehla tinggalkan pendapat anda yer.


Sila jangan tulis macam ni “eh. Ape ni?? Tak sedap ponn. ape pasal kau minat dekat dia” Memang nak kena terajang. Ngihahaha. Aku kungfu sekalik karang. Lalalala :P

Ataw macam ni “eh. Saya pun peminat adi akmal. Dia tuh saya punye” Aku akan cakap “see youuu in couurrtttt!!!”. Hakhakhakkk!!

Takdelahh. Takpe, kite kongsi. See, aku sangat baik kann???


Sekian ;)


17 comments:

Ashraf Yusof said...

haha... dalam dunia blog ni mcm2 kita boleh tulis even ianya juz angan2 kita. hehe... myb aku pun jambu... jambu air. huahuahua!!

p/s: dah tak nak singgah ke blog saya lagi ker?

cik bunbun said...

asyfar yusof: jambu air ke jambu batu ?? ngihahahha ;) eh, gambar yg kamu gune ni gamba sebenar ke??

mysarah said...

cik bunbun ni memang sempoi la. jom geng jom ;p

ai minat jugak nasyid. tp dolu2 la. now dh tak sempat nak layan. tanx 4 sharing. ai donlod sume. nnti2 nak dengar2. ;p

cik bunbun said...

mysarah :wah wahh. besnye ade org puji. lalalala :P

jom sep geng! hahaha

zack zukhairi said...

best jugak lagu ni. :)
tapi kalau bab-bab nasyid ni, aku minat hijjaz je. hehe.
anyway, definition utk lelaki jambu itu macam...err...betul ek? haha!

cik bunbun said...

zack zukhairi : hahaha. hentahhla.. tula org suh komen dlm entry lelaki jambu taknak.. ngihahaha

zack taw ape?? anda jambukah?? hihii :P

aNoZ said...

bila cik bunbun nk masukkan anoz dlm entry ni? =(( huuuuu

nawal said...

la....penyanyi nasyid ke.. cam profeser jeh..
tpi bile gambo last, baru percaya die nih nasyid :)

kalo x dpt, berangan pon jadik la kan???

hahaha!

:)

zh-ena said...

jambu gak mamat tu

cik bunbun said...

anoz : hahaha. kamu sgt suke fofularkahh?? ngihahaha



nawal : eh, ade muke profeser ke?? hahaha. lawoknye


zh-ena : terime kasih ;) tetibe je. lalalala :P

norain ishak said...

hai cikbunbun..
comel larh "boyfren" anda itu.hahaha.
btw, ko same cam aku kowt..aku suke laki pakai spec..nampak mature sikit..nampak jujur,mungkin?hahah..ok2..aku pun suke merepek cam kau..

cik bunbun said...

norain ishak : erk? mature? lalala.. hihi. tapi jgn rebut taw. hihiii

iela said...

huhu..ingatkan penyanyi biasa...rupanya penyanyi nasyid :P huhu.. cute jgk..tapi tak minat lelaki jambu.. hehe

cik bunbun said...

iela : baguslahh, tak payah tarik rambut. ngihahahaha

Syasyaaa H said...

Ohhhhhh devotees rupenyeeeee ;O i suke TIKA DINIHARI. fuhh mendayu jeaa kann >,< *minat lagu tapi takenal pn penyanyi. thanks to cik bunbun

stARfiSH said...

Devotees dianggotai:
muhammad-25thn (pegawai kerajaan)
ahmad shauqi-25thn (ketua kump)
adi akmal-24thn (student)
abdul halim-24thn (student)

akan keluar dgn album baru berjudul Berjalan Tanpa Henti dlm sedikit masa lagi. teruskan menyokong mereka ye~

sharifah said...

Adi akmal ni tersangat lah merdu suara nya . Tp saya lagi suka abd halim . Haha . Lagu first yg menarik saya ke devotees ni adalah lagu mahar cinta . Pergh sdap gle baben lah gua cakap