Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Thursday, February 25, 2010

Kehilangan ke-mud-an. Hentahhlaaa.. sapa sayang aku, sila baca! Penting!



Sebenarnya aku tak de mud nak menaip entry malam ni. Hah-ha! Mungkin disebabkan mud kecutian maulidur rasul kot. Ye lahh orang menganggur pon kena bercuti ye dokk? Ngihahaha.


Hmm. Pasal mesej semalam tu, (rujuk sini) aku pon belom habis pikiak. Bukan setakat sebab perlu berjumpa si dia tapi melibatkan banyak perkara yang memang tak boleh nak fikir sorang-sorang. Ade pahamm??


Memanglahh best nak pegi jumpe kawan-kawan dulu yang kita maen kejar-kejar kat padang same-same, yang kita main pensel dengan kotak pensel jadi rumah ape kess, yang kita berlumba nak tulis karangan yang terbaek, tak boleh tengok orang laen markah lebih dari kita. Hikhikk. Seronok! Seronok!


Tapi kann. Tapi… haiyoooo. Manyak susah mau terang woo. Lu olang ingat senang macam lu kila itu one two tlee ka? :P

Sila rujuk peta minda di atas. Chanteque je kann aku lukis. Ngihahaha. Sempat pulakk.


Masalah Pertama : Malu-Malu Kambing, Senyum-Senyum Kucing. :D


Bukan malu hape, sebab kawan- kawan yang aku rapat semua takde. Semua yang tinggal geng-geng yang haku bukan rapat sangat. Aku ingat lagi, masa aku bercakap dengan diorang, bukan macam diorang nak cakap dengan aku balek. Cess, aku ni ada masalah sikit pasal kengkawan yang aku tak rapat ni sebab diorang berkawan macam.. macamm.. alahh, faham-faham sendiriklahh.


Cekgu aku pernah cakap yang kawan terbaek yang dia pernah ada adalah kawan dia masa sekolah menengah, sampai dah masuk U pon diorang keep in tac. The same goes to me laa. Ehh, aku speakinglahh. Ngihahahaha.


Malu tu sebab… alahhh, aku ni bukanla jenis yang pot pet pot pet mesra alam tak hengat. Pemalu mak nokk. Kalau kau orang jumpa aku kat tengah jalan pon mesti kene kau orang yang tegur aku dulu. Kalau orang yang tak kenal aku, first impression mesti kata aku ni gila garang. Mengapakahh? Hmmm..



Masalah Kedua : Menggunakan Kenderaan Kaki Sendiri.


Mak aku bukannye reti nak tulung-tulung hantar aku ni. Haiyoo. Dia pagi-pagi lagi dah pergi sekolah. Dahla 3 haribulan tu hari rabu, hari orang sekolah. Sekolah aku tuh dahla kena ikut jalan kampong, kalau jalan kaki, memanglahh boleh sampai tapi kompemm mekap abes cair. Kahkahkahh! Menciklaa.


Nak suruh aku naek moto? Haram aku tawu! Nak suruh naek beskal? Haram muakkad aku tawu! Ape jadah?? Karang aku gi ngorat pakcik pakcik tepi jalan suruh tumpangkan, silap-silap haribulan, aii jadi bini namber dua dia. Ngihahahaha. Imaginasi terlampau. :P



Masalah Ketiga : Kekurangan Keyakinan Kedirian, Kepahaman?? Hoho :D



Secara amnya, aku ni dari dulu memang tak yakin dengan diri sendirik. Secara khasnya pulakk, sampai sekarang pon belom yakin. Apekahh? Haishoo. Ini kes paling berat tawu!! Hmmm. Kalaula buleh pukau aku jadi lebih yakin, dah lame aii cari itu pawing-pawang suruh pukau. Hakk. Ape kess.


Heh, kalau setakat aku gemok, mungkin boleh tahan lagi, sebab muka tak lawo? Mungkinlah jugak. Ngihahaha. Tapi yang merangkumi semuanya adalah kemahiran berkomunikasi!! Au auu! Hu. Hu. Hu. Hu.


Nak cakap ape bila jumpa orang nanti? “hei awak,lama tak jumpa kan?” boleh ke?? “hei ingat tak dulu kau pernah suka aku?” ehem-ehemm. Dah sedia ayat nak cakap dengan AHMAD nampakk. Harharharr :D bek aku pegi tak payah cakap sepatah pon. Ape macam??



Masalah Terakhir : Masalah Negara Berkaitan Etika Berpakaian. Ciss!



Inilahh yang paling lemah sekalik. Aku tawu, walaupon diorang sekolah kat ceruk kampong(bukan semua), diorang lagi moden dari aku. Aku selalu dressing simple, orang kata macam ala makcik-makcik gitu. Ngihahaha.


Kalau setakat seluar jeans? Tak payah cakaplaa. Memang aku tak pernah pakai. Jin yang pakai seluar aku. Ngihahaha. Lagi-lagi sekarang ni fofular trend tudung belit-belit, lagilahh aku malas nak mamposs. Bukan setakat tak ada tudung tu, tapi memang aku tak suka. Just that, it’s not me. Ade pahamm?? I am ori! Bukan cetak rompakk. Bab bab fesen ni memang aku ni dah jauh ditinggalkan.


Karang aku pakai jubah, tudung bidang 60, dorang kate aku salah function pulak. Ngihahaha. Belom lagi pakai tudung labuh yang berjahit kat tengah tu, silap-silap, dari jauh orang tengok, dia cakap macam ni “ingatkan ustazah mana tadi. Tua semacam” free ajer taufan Katrina aku karang. Ngihahaha. Kan bagus kalau kawan aku yang sekola KISAS tu pon ade, I wonder what she’ll wear.


So, boleh tak, kalau aku pakai je suka hati aku? Kain batik? Baju kurung ala-ala perempuan melayu terakhir? Hakhakk. Ape salahnya, nak jumpa cikgu je pon. Masti nanti cikgu cakap dalam hati “baiknye budak ni, boleh jadi calon menantu” best jugakk. Tak payah susah-susah nak cari calon. hakhakk!!!


Guys! Gurls! Help me! I need ur advise! A – S – A – P ! segala nasihat, pandangan, dorongan, galakan, sokongan amatlahh diharapkann.



p/s: tergelak aku baca komen kau orang dalam entry lepas. Zul pang pon ade. Hakhakk. Mane dia jumpa belog aku pon tatawu. cess. harap-harap dia tak bagitawu ahmad ape yang aku tulis semalam. auu!! malu!! :P




Takde mud nak tulis sekian hari ni ):

16 comments:

~ نورحياتي ~ said...

jumpa je laaa.. :)

cik bunbun said...

hoh!! erk!! aaa!

Aus said...

bunbun...
kau pemalu ke ?
hahaha .

-ImanAzlan- said...

haha, perempuan punye masalah. aku xpatut bace.

cik bunbun said...

aus : yerlahh. tanak caye pulak. hoh


imanazlan : ngokngek err kau! bace jerlahh. klo ko dtg 3hb ni aku sekeh ko. hakhakk

tut..tut.. said...

tgkatkan kyakinan anda!waah!haha.bunbun bleh!

Zqah said...

haha .. pakai jea ape cik bunbun suke .. peduli ape org nak kate ..
cik bunbun kne yakin !!! chayok2 !!

zaza said...

huwargh hahaha.. pakai cam selalu pakai! jangan tak pakai apa-apa sudah!..

-ImanAzlan- said...

ko datang gak er 3hb niee?

Fyra Ruslan said...

oh,sy faham situasi anda.
sy pun mcm tuh gak.
dilemma giler.
tp last-last xpg jugak sebab xder konfident. hehe
iyelah, dh 5 tahun xjumpa.
memang lah xrapat lgi.

btw,kuatkan keyakinan diri.
pegi aje.
show ur true image.
dorang akan lebih suka.
good luck.
^.^

mysarah said...

just be urself ok. pedulik apa org nak kate ;)

laila said...

ops byknye masalah

cik bunbun said...

-imanazlan- : tak taw lagi pegi ke takla.. hohoo.. ni mesti tak pam cite.

Aus said...

aku x caye !!
hahahak .

cik bunbun said...

aus : tulungla percaye. kahkahhkahh.:D

p.i.n.a.t. said...

kalo pakai kain batik ngn tshirt pon da ckup menarek da cik bunbun..heee~XP