Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Tuesday, February 2, 2010

Aku ada hepatitis? Dan liver cirrhosis?? Apakah??



Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang

1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dasyat
2. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya
3. Dan, manusia bertanya, “apa yang terjadi pada bumi ini”
4. Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya
5. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) padanya
6. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya
7. Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya
8. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya


Suratul zalzalah

Kita selalu lupa. Kita selalu leka. Apa yang kita buat saat demi saat. Minit demi minit. Hari demi hari hinggalah tahun demi tahun, senang cerita, sepanjang hidup ni lahh kan. Apa yang kita buat akan dicatit oleh malaikat di kiri dan di kanan.


Di padang mahsyar nanti, kita akan menerima buku amalan. Kalau banyak amalan baik, kita akan terima dengan tangan kanan. Kalau sebaliknya, kita akan terima dengan tangan kiri. Kau cuba tengok tangan sendiri. Dua-dua belah. Fikir,fikir dan fikir.. tangan manakah yang akan menyambut huluran buku amalan kelak??

gamba kredit to : http://e-dekz.blogspot.com/



Dan setiap amalan akan tidak akan dibalas melainkan dengan yang setimpal dengan apa yang dikerjakan .

Hmm.. betapa sia-sianya lah hidup aku ni. Apa je lah amalan yang aku da buat. Terasa banyak dosa je

Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada-Nya
Itulah hakikat rasa kehambaan
Bahagia…

Tak ingat sape yang nyanyi lagu nasyid ni. Lirik pon maen agak-agak je.

p/s: malaikat sedang melihat. Fahamlah wahai diri. Fahamlah wahai kamu. Allah sentiasa memerhati. Kenapa bersenang-senang melakukan dosa. Mengertilah wahai diri. Mengertilah wahai kamu.

hmmm..

p/s 2: kenapa susah ye nak ajak diri membaca Al-Quran. Nak ajak diri berblogging senang yang amatlahh.. alahaiii… aku ni ada penyakit hati kot. Bukan hepatitis. Bukan cirrhosis. Tapi penyakit hati kotor. Bagaimanakahhh??

sekian ;)

2 comments:

Qisha said...

thanks 4 the reminder..hurm, samalah kita :(

cik bunbun said...

hahaha. masalah besar bg blogger kn. lalala :P