Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Wednesday, January 20, 2010

purple purple on my blog.. kyaaahh :)

Blog aku da bertukar jadi kaler purple. Taw tak kenapa?



Sebab aku da tak suka warna merah. Tu warna faveret dia.

Aku pon da tak suka bintang.

Bintang-bintang kat langit semua ketawakan aku

Aku cabut semua sticker bintang kat kalkulator aku.

Dan tanggalkan keychain bintang dari henset aku.

Dan aku tanggalkan keychain huruf S yang paling aku suka tu dari beg aku

Dan aku koyak diari aku yang ada tulis nama dia

Dan aku tutup muka dia dekat gambar dengan stiker dan aku baling gambar tu.

Yap.tula aku bila patah hati. Tapi tu sebulan yang lalu.

Bila N tengok yang aku tulis aku da tak suka kaler merah dan aku tak suka bintang, dia Tanya aku, “kau ni kenapa?”

Yap.. itula aku bila patah hati.

Aku tak pernah menyesal aku jatuh cinta dengan dia. Tapi aku menyesal bila aku benarkan dia tipu aku.

Tapi sekarang, aku bercakap kat telefon dengan dia, dan berbual pasal perempuan lain yang da buat hati dia sedih.

Yap, pelik kan kisah ni.. tapi tula yang berlaku dalam realiti hidup aku.

Atau kau boleh cakap, aku ni yang pelik sebenarnya. (tengah garu kepala)

Kahkahkah! Kelakar betul kau orang ni, kenapa kau orang baca blog orang pelik ni??


Hmm.. tak kesahla.. aku tetap sayang kamu semua yang masih membaca blog aku ;)

No comments: