Bunbun


Graduating applied geology student of University of Malaya, Kuala Lumpur. Married to a cute husband. Currently 22 y/o. Some older opinion might no longer serves as mine

Saturday, January 23, 2010

cinema sick part 1

Semalam aku pergi mid valley buat kali ketiganya dalam masa terdekat ni.. haha.. dan itu menjadikan semua movie yang aku tengok jumlahnye sudah genap 6 bijik semuanya.. gagaga :D setiap kali aku pegi, mesti aku tengok 2 ketul movie..

Tarikh : 20 dec 09
Companion: madi, C


1**New moon





Aku pon tak tengok citer twilight. Tapi aku tengok cite ni pon sebab selalunya, kalau aku pegi dengan madi, mesti dia yang kena tengok cite yang aku nak tengok. Haha.. kali ni aku kasi dia can pilih cite pulak.. kehkehkeh… kejam btol aku ni.. btw, aku suke gak cite ni.. overall okayyla.. haha.. kalau si nunun tu suke Edward, si madi suka Jacob, aku plak suke dua-dua.. tak boleh nak pilih pasal dua-dua encem banyak punya.. aishoo!! Haha.. antara dua.. wuo wuo yeah!! :P

2 ** Zombieland



Cite ni yang penting 18 la..

Akak yang jual tiket : ni kompem da 18 da ke?
Aku : obcozla..akak tak rase ke muka saya ni muka matured semacam??


Kahkahkah.. aku tipu je.. obcozla aku angguk-angguk je.. pasal masa tu kan aku baru 17 je. Hmm.. tapi cite ni memang lawak abes. And mase aku tengah kunyah-kunyah popcorn, tetibe ada scene menggelikan gila tahap vampire bunuh diri dengan minum racun..sila abaikan penggunaan adjektif berlebihan.. haha.. aku tengok madi kat sebelah, dia pon da berhenti mengunyah. Hahaha

Tarikh: 10 januari 2010
Companion: madi, nunun, F dan friend of F (I dunno his name)

1**Old dogs



Ini abang jual tiket memang bes gile wa cakap lu.. sporting abes.. haha.. Indian.. n encemm.. gagagaga :D hidup semangat satu Malaysia! Hoyehh!! nama dia siva kumar.. aku yang tanya dia.. aku tak pernah gedik,Cuma kali tu je.. haha.. aku tipoo. aku kan pemalu, nak tanya name konon. Hehehh.. cite ni pon kelaka. Kadang-kadang bile ada part yang tak lawak sangat pon aku gelak pasal aku dengar si nunun ketawa berdekah-dekah kat sebelah.. hahahh. Dia dengar ceramah ustaz kat musolla pon dia gelak macam tu jugak :P

2** Sherlock holmes

Cite ni pon bes sangat tahap kebaboom dan bang bang boom abes.. hahahh.. memang padanla pasal kat Malaysia, UK ngan US cite ni sume dalam carta top 3. Lagipon aku memang minat buku Arthur conan doyle. Cume bila bace yang English yang btol-btol klasik tu memang hancurlahh kan.. haha.. so,this movie memang sesuai untuk peminat conan doyle. Aku harap nanti akan keluar movie dari buku yang laen pulak

Tarikh : 22 januari 2010
Companion : ebby, didi, c-dot

1** Adnan semp-it


Time nak beli tiket memang aku tercari-cari abang siva kumar aku tuh.. haha.. tapi dia takde. Kaunter pon tak banyak bukak. Maybe,sebab hari tu hari jumaat kot. And aku baru taw, bila beli ngan kad student memang dapat murah.. selalu aku beli 2 tiket dengan harga 22 hengget. Tapi ble gne kad student boleh dapat 14 hengget untuk 2 tiket. Jimat 8 hengget.. haha.. tapi masalahnye, kad yang si ebby tu guna adalah kad matriks samtaj. Yang mana, kitorang pon da tak skola situ lagi.. hakhakhak.. kalau aku taw, awal-awal lagi aku da gune.

Ooo-eym-gee. OMG! Aku memang tak percaya yang memang tak ramai orang pon yang tengok cite ni.. suku pon tak sampai.. sebab hari tu hari jumaat kot. Tapi bila gelak memang macam penoh je panggung tu..hakhakhak. yang paleng kelaka time si bobby (lakonan along) ngan si wawa(tak ingat nama pelakon) tengah syiok menyanyi duet kat tepi tasik, tiba-tiba kepala peragut yang hilang lepas accident sebab dikejar oleh diorang tu jatuh dari atas.. hakhak.. memang tak traumalahh aku ni.. hakhak.. penat gelak. Kalau nak gelak sendiri,kau pegilah tengok citer ni okayy!! ;)


2**The spy next door


Bagi peminat Jackie chan macam aku ni memang tak boleh lepaskan cerita ni.kelaka n touching. Seb bek tak nanges. Kalau tak rosak mekap aku.. hakhak :D penonton-penonton dalam panggung memang emosi habes. Sape yang gelak sakan tu pon aku tak taw. Hakhak.. n bile las-las, ada tunjukkan scene yang tak jadi. Bila keluar je, rase macam rahang ni da tak boleh nak dibetolkan. Gugugu :)

Hmm, cite Sherlock holmes ngan old dogs masih lagi ditayangkan. Cite the spy next door ngan adnan sempit mungkin akan lama lagi ditayangkan. So, jangan lepaskan peluang ni untuk habiskan masa bersama family ataw kawan-kawan hokayy! :D

Cite yang aku rasa nak tengok tapi tak akan boleh tengok punyela
· Tooth fairy
· Cite Jackie chan yang lagi baru.(tak ingat tajuk)
· Lu fikirla sendiri (lakonan nabil.. auuu! My pakwe.. gosh!) :P
entry ini akan bersambung pada entry akan datang. sila nantikan ;) wink!

No comments: