Hye guys. Missing blogging and blog readers tapi komitmen to
studies and all overtop semua kerinduan itu ~.~
Mesti ramai dah tahu kan result aku tiptop masa first semester
hari tu nguehehehehhh ßperasan
gila mamphus kuikui. Takdelah tetetop mana pon. Cukuplah nak buktikan tak
sia-sia aku stop berblogging for good je lah kaaan. Phuuuuuuuiiihhh =,=
Senang cerita, life so far so good. Hidup tak sesosial macam
kat Pasum dulu – lepak dengan kengkawan tengok midnight movie blablabla. Tapi
paling sosial sekarang ni pon, pergi kelas pum pang pum pang dengan klasmet,
balek kelas main masak-masak dengan rumet. Gila sosial tak hidup sekarang ni
BAHAHAHHH.
I feel good na na na na na na na~
| sebab dah lama tak update belog, maka dah buntu nak letak gamba apa =,= |
Anyway, bercintalah
seperti kita tak pernah terluka.
Kalaulah ianya semudah nak menaip frasa tersebut di papan
kekunci ini – Cewwaah – hagaknya sekarang ni aku dah pun kemaruk bercinta
dengan monyet-monyet yang berderet nakkan aku tu (Tipu je ni. Hakikatnya, bukan
setakat manusia, monyet pon tak terasa nak pikat aku sesobbbss)
Love is a good thing kan sebenarnya?
Kalau tiada cinta, dunia ni takkan jadi warna warni. Kalau tiada
cinta, semua manusia buat hal masing-masing – tak peduli dah kiri kanan. kalau
nak perumpamaan yang lebih dahsyat, Kalau tiada cinta, semua manusia saling
berbunuhan. Phuiihhh sangat mendalam disitu.
Tapi cinta sesama manusia ni masih sangat complicated untuk
ditafsirkan.
Tak kira berapa banyak irama dan lirik cinta yan kita
dengar,
Tak kira berapa banyak novel cinta yang kita baca,
Tak kira berapa banyak filem dan drama cinta yang kita
tonton,
Kita takkan faham selagi kita tak alami sendiri.
Aku pernah rasa yang;
tengok bintang dekat langit tu penting – walaupun sekejap
tatap wajah si dia tu penting – walaupun sekilas
dengar suara si dia tu penting – walaupun sesaat
sebab hakikatnya cinta tu memang membuatkan seseorang buat
perkara bodoh-bodoh yang memang tak kan disedari.
Tapi benda bodoh macam ni la yang bagi kehangatan masa
bercinta tu (cewwah macam berjuta je kan pengalaman aku ni KAH KAH KAH)
Itu dulu.
Masa zaman-zaman yang aku anggap cinta tu cukuplah kalau
masing-masing saling bahagia dan membahagiakan.
Tapi sekarang;
kalau cakap pasal cinta, kena cakap pasal
jodoh sekali.
Kalau cakap pasal cinta kena cakap pasal masa depan sekali.
Kalau cakap pasal cinta kena fikir pasal tanggungjawab dan
keturunan sekali.
Makin besar pulak ‘cinta’ ni. Makin complicated pulak
aduhainyee.
See see, Nampak tak sekarang aku dah matang sikit dah boleh
fikir benda-benda macam ni kahkahkah. Okay, mungkin matang siiiiikit je dari
bulan lepas.
Alkisahnya, ada lah sorang kawan sekolah aku ni dah selamat
dah kawen (nama dirahsiakan BAHAHHH) Alhamdulillah, katanya suaminya tu ustaz
ustaz gitu. Sejok hati maks ni dengau
haa. Ni telinga yang mendengar ni yang buat orang rasa gatal-gatal nak kawen
jugak. Kononnya nak kembangkan keturunan, nak passkan gene dan DNA genius dan serba kreatif ni
kepada anak-anak pui pui pui.
Tapi sekarang ni, angan-angan jelah dulu.
Solat pun masih tinggal-tinggal lagi. Baca Al-quran pun
tajwid salah-salah lagi. Yang sunat-sunat tu pun malas nak buat lagi. Diri ni
pun takde aura-aura keustazahan lagi, macam mana nak mimpi dapat bakal suami
soleh macam ni BAHAHAHHH.
Lepas tu, nak kawen takde duit lagi. Nak cari duit, kerja
pun belum lagi. Nak kerja, degree pun takde lagi. Takkan nak bagi anak-anak
makan batu dengan fosil je nanti.
Thennnnnnnnnnnnnnnnnn, Off to study guys~nak korek
dalam-dalam ilmu geologi ni.
p/s: doakan aku cepat-cepat jumpa jodoh aku okay *gatal* =P
Bercintalah seperti
kita tak pernah terluka. Harapnya suatu hari nanti. Dengan the one and
only. Amin ya rabbal alamin.




